Asas Elektrik 03


Geseran menghasilkan Elektrik
-Ada 2 jenis cas elektrik pada sebarang benda iaitu cas positif dan cas negatif
-Jika digosok sebatang kaca pada selembar kain sutera,sutera ini akan mendapat elektron daripada batang kaca.
-Apabila ada elektron yang dipindahkan ke sutera maka kaca tadi mempunyai lebih cas positif.
-oleh itu kita boleh katakan sesuatu benda yang kehilangan elektron akan mempunyai cas positif,ini dinamakn cas elektrik tetap.
-Jika 2 bola kecil di gantung dengan benang pada satu palang,kedua-duanya boleh bergerak dengan bebas.
-jika kedua-dua bola itu bercas positif,ia akan menolak satu sama lain,dan begitu juga keadaanya apabila ia bercas negatif.
-Tetapi jika satu positif dan satu negatif,kedua-dua bola akan menarik satu sama lain.
-Dengan itu kita boleh mengatakan bahawa apabila 2 cas yang sama didekatkan ia akan menolak dan jika berlainan ia akan menarik.
Kedudukan bola yang bercas

0 comment... add one now

© onlajer.net, All Rights Reserved

Rock with Thesis Blogger Template from Malayatimes.com

Back To Top "