PESAN UNTUK IBU DAN AYAH

on Thursday, 22 March 2012


Semoga kita mendapat manfaat dari kata-kata berbahagia ustaz. Amin.
Assalamualaikum wrt. Hari ini keputusan SPM diumumkan. Sudah menjadi lumrah, ada yang gembira ada yang berduka. Kepada anak2 yang berjaya tahniah diucapkan. Jangan leka sehingga lupa akan Allah yang menganugerahkan segalanya. Banyakkan bersyukur dan istiqamah dalam ibadah bagi memastikan kejayaan tersebut kejayaan yang berkat, bukan kejayaan sementara yang akhirnya akan membawa kita jauh dari jalan Allah.

Kepada yang kurang berjaya, janganlah berputus asa. Ana telah berjumpa dengan ramai insan yang sangat bahagia kehidupan mereka walaupun keputusan SPM mereka tidaklah sebagus mana. Amalkan doa ini, semoga kita tergolong dalam golongan hamba yang berjaya disisi-Nya;


“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari hilangnya nikmatMu, dan hilangnya kesehatan dariMu, dan datangnya kutukanMu secara tiba-tiba, dan dari segala kemarahanMu.” (HR Muslim)

Kepada ibubapa, berjaya atau gagalnya anak kita bukan bergantung pada keputusan SPM mereka sebaliknya sejauh mana mereka mampu menjadi anak yang soleh yang boleh mendoakan kita setelah ketiadaan kita nanti. Janganlah terlalu berkeras dengan mereka sebaliknya nasihatlah dengan berhikmah. Ada petua mengatakan kalau anak lelaki, nasihat mereka sambil menepuk lembut bahu mereka manakala kalau anak perempuan (khususnya buat ibu-ibu), belai lembut tangan mereka. InsyaAllah mereka akan mendengar nasihat kita...


Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Post a Comment

 
© onlajer,Net All Rights Reserved
OnLajer