YAHUDI ATAU ZIONIS

on Friday, 23 March 2012


SATU LAGI PENCERAHAN - YAHUDI DAN ZIONIS

akhirnya pencerahan berjaya
akhhirnya ramai warga yang sedar
bahawa yahudi itu bangsa
bahawa judaisma itu agama

bahawa zionisma inilah
sebenarnya musuh rakyat dunia

maka warga pun tahu bahawa
nabi juga pernah berkahwin dengan wanita yahudi

ketika fakta ini ditimbulkan 
oleh faris nor 4 tahun dahulu
bukan main lagi kutukan sampai

tapi nabi kahwin dengan 
wanita yahudi ini adalah fakta
fakta yang ditemui 
melalui hasil kajian
melalui pembacaan
melalui pencerahan

bukan hanya melopong mendengar khutubah

zionisma adalah gerakan politik
zionisma percaya bahawa palestine hak yahudi
zionisma bekerja rapat dengan kapitalsima antarabngsa
zionisma adalah sebahagian dari imperialisma

bukan semua zionis yahudi
bukan semua yahudi zionis
di kuala lumpur ini 
ada zionis tempatan

PERNIAGAAN : PAS HANYA KECAM ZIONIS-harakah daily

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Isu perniagaan dengan orang Yahudi yang diketengahkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang bukan perkara yang sukar difahami oleh umat Islam, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dalam satu kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa Abdul Hadi hanya menjelaskan fakta sejarah dari perspektif sirah Rasullullah di mana baginda menjalankan muamalah urusniaga dengan orang Yahudi di Madinah kerana perkara ini jelas disebut dalam banyak buku-buku sirah.
“PAS dukacita dengan pelbagai kenyataan yang dikeluarkan pelbagai pihak yang menganggap kenyataan Presiden PAS bermotif politik kerana beliau menjelaskan dari sudut ilmiah perbezaan antara bangsa Yahudi dan gerakan Zionis, yang telah merampas tanah umat Islam di Palestin dan sentiasa memberi amaran kepada umat Islam,” kata beliau.
Dalam satu makan malam minggu lalu, Abdul Hadi berkata, aktiviti urusniaga dengan Yahudi dibenarkan, tetapi bukan dengan Zionis kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurusan dalam perniagaan dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.
 
SUMBER
-TUKAR TIUB-


Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

Post a Comment

 
© onlajer,Net All Rights Reserved
OnLajer