ASAS ELEKTRIK 09

Tenaga Elektrik dan kuasa Elektrik

-Unit bagi tenaga elektrik ialah Joule
-Jika cas elektrik satu coulomb (Q)
-Bergerak diantara 2 titik dengan satu volt (E)
-Kerja bagi tenaga elektrik adalah satu joule (J)
* W (kerja) = EQ (volt x coulomb)
-Kadar melakukan kerja dinamakan kuasa elektrik (P) dan simbolnya W (watt)
-Satu watt adalah kadar perlakukan kerja bagi tiap2satu joule/saat
-Dengan perkataan lain kuasa elektrik disebut joule/saat
* P = w/t dimana (t) menunjukan masa iaitu saat.
-Kuantiti (Q) bergantung kepada nilai arus elektrik I (A) yang tetap bagi tiap2 (t) saat jadi.
* Q = It
-Oleh itu W =Eit (J) dan P = EI (watt)
-unit kuasa elektrik (w) boleh juga didapati persamaanya dengan unit kuasa kuda watt
* (W) = 746 watt = 1 kuasa kuda.

Contoh:-
Satu pemanas memerlukan 223.8 (KJ) tenaga dalam 2 minit,berapakah kuasa elektrik dalam kuasa kuda? punca voltan 215V,nilai rintangan?

Kaedah:-
P = W/T (watt)
W  = 223.8 (KJ) = 223,800 Joule
t    = 2minit = 2 x 60 = 120saat
P    = 223800 / 120watt = 1865watt

Kuasa kuda = P/746 = 1865/746 = 2.5(kk)
V = 215V
P = IV = V²/R
R = V²/P
R = (215)²/1865ohm
  =24.7ohm

ASAS ELEKTRIK 09

0 comment... add one now