KOPERASI PERMODALAN MELAYU NEGERI JOHOR BERHAD


Maklumat Am
NAMA : KOPERASI PERMODALAN MELAYU NEGERI JOHOR BERHAD
TARIKH DAFTAR : 3 MAC 1966
NO. PENDAFTARAN : 4206/3.3.66
ALAMAT : 50-B, TINGKAT 5, BANGUNAN KPMNJ ,JALAN SEGGET, JOHOR BAHRU
NO. TELEFON : 07-223 2050
NO. FAX : 07-224 5501
EMAIL : kpmnj@melayujohor.com
BANK - BANK : RHB BANK BERHAD , BUMIPUTERA COMMERCE BANK (M) BERHAD
Objektif
Objektif KPMNJ adalah untuk mengumpulkan dana dikalangan orang Melayu dan dilaburkan dalam bidang ekonomi. Oleh yang demikian, orang Melayu dapat bersatu untuk bergerak dalam bidang ekonomi. Sebagai balasannya, mereka akan mendapat keuntungan dari segi dividen, bonus dan berbagai faedah lain yang disediakan oleh KPMNJ.
Wawasan KPMNJ
Menjelang tahun 2010, KPMNJ akan menjadi sebuah koperasi yang kuat dengan aktiviti perniagaan yang kukuh dan berdaya maju serta dapat melibatkan penyertaan ahli-ahli selaras pengamalan prinsip koperasi.
Misi KPMNJ
Menjadikan KPMNJ kukuh, teguh dan berdaya maju.
Mempastikan perniagaan KPMNJ mempunyai ketahanan dan daya saing di dalam era globalisasi dan perlaksanaan AFTA & WTO.
Memastikan pembangunan dan perkembangan mampan ke arah menempatkan KPMNJ sebagai sebuah koperasi terkemuka di Malaysia.
Menggalakkan penyertaan maksima ahli-ahli KPMNJ melalui aktiviti-aktiviti ekonomi bagi menambah pulangan selain daripada dividen tahunan.
Membudayakan tahap pengurusan yang berkualiti, cekap, berhemat serta berintegriti.

Keanggotaan
SYARAT-SYARAT
Terbuka untuk Orang Melayu yang merupakan Warganegara Malaysia
Telah mencapai umur dewasa 18 tahun
Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun dan Bermastautin atau bekerja atau memiliki tanah dalam kawasan operasi.
Sumber:
http://www.melayujohor.com/index.htm

Nota:
Aku sengaja terbitkan catatan ini untuk menghasut anda semua untuk melabur di koperasi melayu kerana keuntungan tahun 2011 sebanyak 8%.Dan setiap kali kita menghadiri mesyuarat (4jam) faedah Rm50 berserta karipap 2biji dan sebotol air mineral (500ml) akan diberikan kepada setiap peserta.
KOPERASI PERMODALAN MELAYU NEGERI JOHOR BERHAD

4 comments.. read them below or add one

Denaihati Denaihati 12 April 2012 at 14:28
Datang mesyuarat pun dpt elaun rm50, terbaik ni.
onlajer onlajer 12 April 2012 at 14:37
Yup aku baru menyertai koperasi johor selama setahun,dan pada setiap tahun akan diadakan mesyuarat agung tahunan.kiranya baru first time aku dapat
ketikketok ketikketok 16 April 2013 at 00:27
Diskaun, Baucar dan Rebat Tunai Untuk Koperasi Anda di Rakan Kop 1KUBSB. Tawaran TERHAD!