PENGHULU ISTIGHFAR




Maksudnya: Ya Allah,tiada tuhan yang sebenar melaikan Engkau.Engkaulah yang menjadikan aku, Aku adalah  hamba-Mu dan aku berjanji mentaati-Mu semampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan kelakuanku. aku kembalikan kepada-Mu segala nikmat yang kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dangan dosa yang dilakukan. Ampunkanlah aku kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku selain Engkau".

(Riwayat al-Bukhari no.6306 dan6323)

KETERANGAN DAN PETUA BERAMAL

Menurut al-san'ani dalam subul al-Salam,doa ini dinamakan 'sayyid' yang bermaksud penghulu kerana ia menghimpunkan makna yang menyeluruh serta ekspresi keinsafan iaitu taubat seorang hamba kepada penciptanya.

(Subul al-Salam Syarh Bulughul Maram : Bab Zikir dan Doa)

Menerusi ungkapan doa ini, muslim akan menyebut seikhlas hatinya pengharapan kepada kasih sayangnya agar diberi keampunan daripada dosa yang dilakukan.Al-Imam al-Nawawi dalam al-Azkar meletakan istigfar ini antara himpunan doa pengharapan yang wajar dibacakan untuk beroleh keampunan.




1 comment... add one now

Unknown Unknown 17 April 2012 at 13:39
selalu istigfr je..x tau plak ad penghulu istigfar..apa pun..terima kasih utk perkongsian yg menarik