Magnet Block

Artikel pada kali ini menerangkan seberapa ringkas cara untuk membaik pulih seketul Magnet Block.Kegunaan dia aku tak berapa pasti kerana saiz dia kecil sahaja jika besar ia biasa diguna di kilang-kilang besi seluruh dunia untuk mengankat besi buruk untuk proses pengredan atau menuju ke kawah pengleburan.Apa-apa pun sedikit sebanyak ia berguna untuk pelajar jurusan elektrik atau orang yang suka ambil port macam aku .Sumber gambar dari hp aku dan gambar kerja diambil di workshop sebelah ofis aku hahaha.

Langkah Pertama
Mengeluarkan coil yang terbakar,memotong dua coil supaya kita dapat mengira bilangan pusingan wayer itu.Ambil satu sampel wayer untuk di ukur saiz nya.Cara mengukur seperti disini.

  
Langkah Kedua.
Bersihkan besi magnet dan buat tapak coil dengan mengunakan baklite.Ukur petak besi untuk saiz dalaman coil.Dengan mengunakan papan buat bentuk segi empat sama dan tebuk lubang pada garisan mengikut saiz empat segi itu.
Pusing wayer mengikut jumlah kiraan coil itu.


Langkah Ketiga.
Masukan coil yang telah siap pada besi magnet.

Langkah Kempat
Lukis bentuk coil mengikut Bentuknya dan potong mengikut lengkungan yang telah dibuat.Dengan mengunakan film paper potong mengikut tinggi besi (lebihkan dalam  1mm) dan dengan mengunakan silicone buat penghadang seperti didalam gambar.(pastikan acuan yang dibuat tidak bocor.


Langkah Kelima
Bancuh compound ataupun insulation Varnish Dan tuang kedalam acuan yang telah dibentuk.(pastikan wayer pada kedua-dua coil telah bersambung)


 

Langkah Keenam
Biarkan compound membeku  semalam dan gosok mengunakan sand paper supaya compound sama rata dengan besi.DanSetelah selesai pasang terminal block pada wayer keluar .



{ 11 comments.. read them below or add one }

akhiyy akhiyy 7 May 2012 at 14:53
dah lame tak sentuh bnde ni..hehhee
baguznet baguznet 7 May 2012 at 15:12
Bila dah siap, nampak mcm besar plak. he he hee...
pipoq pipoq 7 May 2012 at 17:04
aku kalo bab nak membina semula ni memang malas sikit..tapi kalo nak meleraikan tu agak teruja dan berasa seronok seperti tikus mendapat labu untuk dibaiki la..hehehe
Yas y Yas y 8 May 2012 at 02:21
woww....tak penah aku dok sentuh2 mende gini bro....
mie mie 8 May 2012 at 02:52
rajin pula membina semula ek..
hehehehe
kodinz kodinz 8 May 2012 at 11:39
D.I.Y - ni kira extreme dah ni bagi aku. benda2 kecik leh la d.i.y. klu cam bro tunjuk nih aku surrender :)
Wira Nordin Wira Nordin 8 May 2012 at 12:47
gila ah....
ko patut ada rancangan reality tv sendiri la..huhuhu
chii chii 11 May 2012 at 11:00
errr..dr 2 ketul magnet yg kecik..bertuka mnjadi besar..kiranya power magnet nya pn akan turut bertambah ar kan sebab ada coil tu
onlajer onlajer 11 May 2012 at 16:48
Benda yang dua ketul tu wayer belum jadi magnet lagi kalau dah dimasukan supply elektrik baru dia jadi magnet
akubiomed akubiomed 14 May 2012 at 21:28
Baru tahu macamana proses re-winding dilakukan.