Musholla Dan Bilik Air

Lepak - lepak tanpa ngeteh dengan bapak - bapak budak seofis aku berbual pasal bangunan kilang - kilang baru yang agak rancak dibangunkan dikawasan perindustrian baru,lebih-lebih lagi di sebelah Bahagian Pasir Gudang ramailah cukong-cukong besar buat kilang untuk perusahaan meraka.

Kilang - kilang besar khususnya kilang besi tengah mencanak-canak dekat tempat aku ini, Tapi bukan itu persoalan yang digembar - gembur bapak - bapak budak ini persoalan meraka cuma kenapa rata-rata bilik solat itu mesti dibina bersebelahan tempat mengeluarkan najis Bilik Air.

 


Contoh Musholla bersambung dengan tandas tengok plan ini mesti terdetik dihati perasaan geram. Tapi cuba kita fikir kebanyakan mushollah di shopping-shoping complex terletak bersebelahan bilik air.' bagus juga ya ada tempat untuk sembahyang '.hehe


     Dalam endas kepala aku ,macam mana kita nak cakap lebih kita bukan mufti alias perdana menteri yang boleh bagi projek ini, dulu masa aku minta boss tukar bahagian pintu bilik sembahyang kearah 
lain pun dia dah macam tak puas hati, lagi kita nak minta tukar tempat silap- silap dari dia nak buat bilik solat terus cancel tak jadi buat.Lagi  Hampeh. Tak berapa pasti pula aku tentang ada undang-undang yang meperuntukan majikan perlu membina bilik solat mengikut kehendak pekerja-pekerja meraka.Pada aku ada tempat untuk menunaikan fardhu lebih baik daripada tak ada.


{ 28 comments.. read them below or add one }

Rai Rai 28 May 2012 at 12:57
alhamdulillah musolla kat tempat kerja saya sangat terjaga dan cantik..agak dekat dengan bilik air..tapi kondisinya baik dan tidak hamis dan tak berbau..ventilationnya elok..malas ceo pun buat bacaan yasin kat musolla tu..
Kesuma Angsana Kesuma Angsana 28 May 2012 at 13:08
kkdang masalah juga berkenaan tempat musolla ni..
baguznet baguznet 28 May 2012 at 14:18
semuanya bergantung pada boss syarikat sebenarnya. Dulu masa saya baru belajar kerja, sykt lgsg x sediakan tempat solat, mcm mengemis nak bersolat.

Last yg saya pernah terlibat dgn kes mcm ni, mmg tiada dlm akta pekerjaan yg mewajibkan majikan menyediakan tempat solat malah utk memberi pelepasan utk solat Jumaat. Skrg saya tidak pasti sbb dah lama x semak Akta Pekerjaan
QueeN TerataI QueeN TerataI 28 May 2012 at 15:30
mcm kat opis sya ni ada 2 pilihan.. sebelh bilik air ada.. dalam opis pun ada.. tp mmg rasa sedih sgtla bila tempat solat tu letaknya sebelah bilik air...
Iza Teratak Usang Iza Teratak Usang 28 May 2012 at 17:04
Assalam..
Ya la, dekat office hubby saya pun sama, bilik air bertentangan dengan toilet tapi terjaga elok la kedua-duanya.
Mudah juga kadang2 tu, bila ke tandas, nak solat pun dekat, tak perlu ke tempat lain lagi..
Kalau di RnR, lepas berjalan ke tandas, nak kena ke arah lain pula untuk solat, makan masa jugak ni..
Kesimpulannya, baik ada dari tak ada langsung dan bersih.
Blog Keperawatan Blog Keperawatan 28 May 2012 at 17:13
Mushola dan tempat berwudhu memang sebaiknya da dalam setiap fasilitas agar kita bisa melaksanakan kewajiban agama kita untuk menunaikan shalat.
Nur Misnan Nur Misnan 28 May 2012 at 18:44
Yerlah brother.. sekurang2 ada bilik solat di office
kira memang sudah terbaik dari majikan sediakan..
pasal musholla tuh lain kali kalau nak kuar idea kau
baca ayat2 cinta, baru dia agree.. har3
Anak Ulu Cheka Anak Ulu Cheka 28 May 2012 at 19:37
pelik jg yek yg buat musalla ni mesti dgn tandas sekali mcm x bolh ubah2 dah
jebengotai jebengotai 28 May 2012 at 22:53
mungkin pelukis plan bkn beragama islam agknya..
akubiomed akubiomed 28 May 2012 at 23:00
Premis tempat kerja saya tidak ada masalah untuk ruangan solat yang disediakan untuk pekerja.
CIK TOM CIK TOM 28 May 2012 at 23:01
aah la mmg kebanyakan tmpt suka bt surau sblh toilet..ntah la sbb pe..ke diorg pk nk mudah pi buang air?? tp mmg kureng sesuai..
pipoq pipoq 28 May 2012 at 23:09
antara faktor yang boleh difikirkan tu :

1 ) sebab senang nak buat piping untuk tempat wudhu musholla tu.

2 ) dah memang ruang disediakan untuk musholla tu diletakkan berhampiran tandas

3 ) kalau buat jauh dari tandas mungkin takde siapa nak masuk musholla kot ?

apa yang penting walaupun berhampiran dengan tandas, kita kena la pastikan kawasan tu tak tercemar dengan najis..nak solat ni kat memana pun boleh asalkan tempat nak dirikan solat tu suci dari najis..
Boni JLL3 Boni JLL3 28 May 2012 at 23:34
sebaiknya dibuat jauh sedikit daripada bilik air sebab aroma daripada bilik air tu sedikit sebanyak mengganggu kekusyukkan solat seseorang
Udinz.com Udinz.com 29 May 2012 at 07:51
mmm..musolla tepi jamban..
kenapa camtu?
kena jauhkan sikit..
Izzuddin Fauzi Izzuddin Fauzi 29 May 2012 at 08:25
tempat aku kerja lagi sakit jiwa... muat sorang je solat :P
onlajer onlajer 29 May 2012 at 08:48
Terima kasih untuk pandangan rakan sekelian,benda yang baik kita jadikan pedoman untuk masa hadapaan supaya dapat diberi jalan penyelesaian
Myra Jay Myra Jay 29 May 2012 at 09:09
Asalkan bilik solat tu bersih, tiada bau2an yang tak menyenangkan nanti dah kira ok diterima
Kakzakie Kakzakie 29 May 2012 at 09:34
Sykt tempat kakak lagilah sebaik kakak masuk baru kakak sedikan. Itupun setelah kakak punggah keluar semua kotak yg ada sebab dijadikan stor kononya. Kakak buang semua dan bersihkan. Kakak belikan tikar getah dan bawa kipas dari rumah. Kalau ada pekerja Islam kakak tunjuk bilik comel ini ( bawah tangga utk naik ke tingkat 2). Kakak bersolat dlm bilik kakak (ofice) - sedih kan....
jedi jedi 29 May 2012 at 09:34
memang lah tak elok pasal dekat jamban...tp rasanya lah diorang nak jimatkan kos piping...xperlu piping panjang...

btol tu abik ado dari takdo...
izzanis izzanis 29 May 2012 at 16:28
salam singgah..:) betul tu.. tapi kalau maintenance bagus xpe juga..
Mrs Lurve Mrs Lurve 29 May 2012 at 16:44
alhamdulillah..dkt ofis memg hampir sempurna kemudahan yd disediakan utk staff..
titan titan 29 May 2012 at 21:31
bagi aku takde masalah. janji bilik air tu bersih.
Shahrul Anuar Shahrul Anuar 29 May 2012 at 22:36
kebanyakan tempat memang macam tu...kenapa ek
cikgu Naman cikgu Naman 31 May 2012 at 23:39
dulu ada member kerja dengan syarikat cina tak diberi untuk solat jumaat, terus letak jawatan

tak patut betullah keadaan surau macam di atas tuu
onlajer onlajer 1 June 2012 at 08:09
dekat mana2 pun ada cukong macam tu,alhamdulilah boss aku ok.tapi kalau kita tak lihat plan kita jarang perasan yg sebanarnya bergini keadaanya
onlajer onlajer 1 June 2012 at 08:10
pasal bukan bangunan kita
onlajer onlajer 4 June 2012 at 12:44
biasanya pelukis plan mengikut arahan tuan punya bangunan