Free service for muslim to remove tattoos

Sempena bulan - bulan naik gaji ni isteri aku setuju nak belanja sarapan pagi di McD aku orait jer makan free.  Dekat kaunter ada surat khabar free aku capai lah sekali kot - kot ada kupon yang McD nak bagi . selak -selak tengok gambar jumpalah cerita yang berkait ini.

Menurut surat khabar ini( the sun pg13) , Orang Islam yang mempunyai tattoo boleh membuang tattoo meraka secara percuma di Hospital Unisversiti Sains Malaysia (HUSM) secara percuma mengikut kaedah rawatan laser, Berita harian pun ada berkata begitu juga.

Menurut pakar plastic surgery Dr Wan Azman Wan Sulaiman (aku kenal nama sahaja) sesi rawatan yang dijalankan lebih kurang  5 atau 7 sisi bergantung pada saiz , lapisan kulit dan juga dakwat yang digunakan dan mengambil masa lebih dari sepuluh bulan, ini kerana selepas satu sesi , rawatan susulan akan dilakukan selepas enam bulan dari rawatan sebelumnya.

Onlajer yang suka menyibuk pun berkata :-
            Selalu juga dengar cerita dari mertua  zaman 60an hingga hujung 80an kebanyakan kelasi kapal atau navy yang berbangsa melayu mempunyai tattoo" dan sekarang lagilah tak mustahil anak - anak muda melayu islam pun terikut - ikut budaya bertatoo ini. kalau  bukan islam  ok jugalah agaknya.

{ 16 comments.. read them below or add one }

azman azman 22 June 2012 at 12:40
bagus sgt pihak yg memberikan perhidmatan percuma nih.
jebengotai jebengotai 22 June 2012 at 16:37
mmg memudahkan urusan pihak lain..ttp dh tau ade perkhidmatan ni jgn sengaja nk bertatoo lak..
Jajas Jajas 22 June 2012 at 20:12
yg terlalu mengikut barat...
irsah irsah 22 June 2012 at 20:51
memang betoi.. kelasi kapal macm jadi trend buat tatoo. nih nah suh abang angkat buang kat HUSM. perkongsian terbaik. thks.
CIK TOM CIK TOM 22 June 2012 at 23:49
bgs ada servis percuma camni..so memudahkan pd yg nak balik ke pangkal jalan..
daddydee daddydee 23 June 2012 at 00:01
ini sudah bagus. semoga tiada lagi pandangan serong terhadap insan yang telah bertaubat.
tehr tehr 23 June 2012 at 00:09
memang sentiasa ada cara untuk balik ke pangkal jalan
asal mahu je
Yas y Yas y 23 June 2012 at 11:06
waa...sudah bagus nih...tak pernah tau pun ada agensi buang tatu free mcm nih...
Hafizul Hafizul 23 June 2012 at 13:26
mesti sakitkn..eee apa faedah auu buat tatoo..hehe
Kampung Balimbang Kampung Balimbang 23 June 2012 at 15:01
senanglah klu ada sesiapa yg bertattoo-tattoo ni dapat perkhidmatan percuma...Thanks info bagus ni..
Razif Razif 24 June 2012 at 11:22
Sangat bagus ni ... dakwah yg sangat baik
chii chii 24 June 2012 at 22:50
Bg mereka2 yg ingn membuang tanda2 berwarna yg x sepatutnya ada,harus mengmbil peluang.

X tau plak chii navy ada tatoo ni
cik lala cik lala 25 June 2012 at 17:23
baguslah kalau percuma..
so siapa2 yg nak buang tatoo, pi sana....
Cikgu Hairul Cikgu Hairul 25 June 2012 at 21:21
Kalau buang tatoo ni menyakitkan, rasanya tak wajib buang.
titan titan 26 June 2012 at 02:51
wah, bagus ni. ada khidmat percuma.