SOCKET OUTLET 13A

1G 13A S/S/O M/C
Socket outlet dalam bahasa Kontraktor nya ia dipangil Switch socket outlet (SSO) dan dalam bahasa orang kampung aku ia dipangil plag karen. Menurut lebai google soket kuasa AC adalah peranti yang membolehkan alatan elektrik disambungkan kepada bekalan arus ulang alik (AC). bekalan kuasa yang biasa dibekalkan pada Rumah atau pejabat.

Mengikut peraturan IEE
Socket outlet untuk fasa tunggal biasanya dipasang pada aras 1.5 Meter dari lantai.  Tidak boleh dipasang dikolam renang atau tempat pancutan air ini bermakna jangan sesekali dipasang didalam bilik mandi. dan tidak melebihi 250V.

Struktur Binaan socket outlet
Diperbuat daripada bakelit atau plastik, setiap terminal akan dipisahkan, apabila plag dimasukan pada socket  terminal earth akan menyentuh terlebih dahulu. Binaan plat untuk socket biasanya diperbuat daripada aloi atau gangsa yang keras.

Kabel dan MCB
Saiz kabel yang patut digunakan untuk pendawaian socket outlet adalah 2.5mm dengan kod warna Merah(boleh juga mengunakan biru dan kuning) untuk life, hitam untuk neutral dan Hijau untuk  bumi, Kebisaan pendawain domestik meraka mengunakan kabel berwarna hitam untuk life dan neutral dan hijau untuk bumi. Pendawaian ini mestilah disambung pada MCB 16A atau 20A bergantung pada jenis litar yang digunakan.

Onlajer:- Bila rasa nya aku berkesempatan nak tukar semua socket outlet dirumah  dengan brand ini .

Schneider
13A 1 Gang Double Pole Switched Socket with Neon, Silver Bronze
Yang Berkait:-








{ 26 comments.. read them below or add one }

Encik Anif Encik Anif 25 June 2012 at 17:32
Socket outlet schneider ni lawa la :D
Cikgu Hairul Cikgu Hairul 25 June 2012 at 21:12
guna clipsal je bro.. tak mampu beli yang mahal2. hahaha
jebengotai jebengotai 25 June 2012 at 22:51
mcm deco bersama onlajer..hehe
pipoq pipoq 26 June 2012 at 00:32
oooooooo..memang peraturan ke kena pasang soket tu 1.5 meter dari lantai ? ingatkan boleh suka2 je letak memana sebab kekadang tu aku tengok umah orang kaya2 ni diorang pasang kat bawah je..
titan titan 26 June 2012 at 02:33
jarang aku tengok orang post pasal soket. haha..bagus nih.
onlajer onlajer 26 June 2012 at 07:54
harga dia pun lawa juga hehe
onlajer onlajer 26 June 2012 at 07:54
Clipsal dan PDL pun dah di take over by schneider
onlajer onlajer 26 June 2012 at 07:59
Tulis je nak buat tunggu esok nak raya gamaknya hehe
onlajer onlajer 26 June 2012 at 08:02
Peraturan memang tulis macam tu tapi tak lawa le kalau socket outlet letak tinggi2 kalau suis takpe pasal takde wayer yang keluar dari situ. nak taruk berapa tinggi pun terpulang pasal takde sapa yg datang buat pemeriksaan, cuma untuk keselamatan, kontraktor suka pasang tingi2 pasal jimat kabel hehe
Iza Teratak Usang Iza Teratak Usang 26 June 2012 at 10:24
Assalam..
Ada rumah sendiri nanti nak pasang la socket tu...
Izzuddin Fauzi Izzuddin Fauzi 26 June 2012 at 13:05
Ye... Betul tu, kene pasang tinggi... Dalam bilik air ada yang pasang bagi kegunaan heater tapi letaknya tinggi. :) Paling selalu tengok bila kita pasang aircond :)
suri suri 26 June 2012 at 15:25
kt rumah msih pakai soket yg lama..kt melaka.kt kt ipoh mmg siap2 pemaju punye kerja.
suri suri 26 June 2012 at 15:26
soket lama dan skrg mmh jauh beza dari ketebalan dan warna
baguznet baguznet 26 June 2012 at 18:07
baguz ke soket ni bro? tgk mcm best jer... anyway, tau tak mana nak cari suis yg ada timer?

Pesta Buku Negeri Selangor
onlajer onlajer 26 June 2012 at 18:18
setahu aku takde suis yg ada timer tapi kalau plag ada yang build in 24h timer.harga dia kalau kat tempat aku lebih kurang RM45
Nur Misnan Nur Misnan 26 June 2012 at 18:48
Dirumah memang gunakan socket baru ini... lebih kemas...
Nur Misnan Nur Misnan 26 June 2012 at 18:49
bagusnet masudkan utk pasang ke suis utama ke?
akubiomed akubiomed 27 June 2012 at 00:08
Bro tahu standard socket outlet emergency dan essential supply untuk hospital. Macam tidak ada seragam warna kodnya?
mie mie 27 June 2012 at 00:33
socket baru ni terbaik..
ehehhee
ProfHariz ProfHariz 27 June 2012 at 18:41
Bab-bab elektrik memang tak minat. Hahaha
hafizmd hafizmd 29 June 2012 at 14:34
Mmg cantik soket tu. Nampak elegen!

pasai pelah soket kat rumah aku ada yg pasang rendah2...huuuh
AnonymousAnonymous 2 August 2012 at 14:27
Mohon onlajer dapat buat posting yang menunjukkan cara-cara menukar socket outlet yang rosak, beserta dengan foto sekali.

Tak lupa juga sertakan sekali tips keselamatan dalam menukar socket outlet supaya pembaca lebih arif dan mampu melakukan kerja DIY menukar socket outlet dengan lebih selamat.
onn Lajer onn Lajer 2 August 2012 at 15:29
akan kucuba mengusahakannya
onn Lajer onn Lajer 10 September 2012 at 12:44
kebiasannya untuk 2 unit 13A s/s/o boleh kita guna 20A MCB