Umat Islam Rohingya tidak mempunyai negara?


Pencerahan minda dari Hizbut Tahrir Malaysia


Tanpa Khilafah, umat Islam Rohingya tidak mempunyai negara untuk melindungi mereka.

Sekali lagi, salah satu daripada penduduk dunia yang paling ditindas sedang berdepan dengan penyeksaan dan kezaliman. Umat Islam minoriti Rohingya telah diserang, dibunuh dan rumah-rumah mereka dibakar oleh penduduk majoriti Buddha di Myanmar kerana seorang wanita Buddha mendakwa telah dirogol oleh orang-orang Rohingnya. Kekejaman yang berlaku ini sudah menjadi suatu kebiasaan bagi penduduk Rohingya di Myanmar kerana mereka menghadapi kezaliman, ancaman, ugutan dan penyeksaan daripada pendududk Buddha, tentera Myanmar dan pihak keselamatan setiap hari.

Kekejaman ini mula berlaku ketika mana kepimpinan junta Myanmar telah mula beransur-ansur kembali ke pangkuan dunia setelah bertahun-tahun dipulaukan oleh masyarakat dunia. Sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah ditamatkan apabila negara tersebut telah mula bergerak ke arah sistem pemerintahan demokrasi. Pihak junta mahu membuktikan kepada dunia bahawa mereka boleh mengendalikan negara mereka yang terdiri daripada pelbagai jenis penduduk etnik di Myanmar. Barat sedang menunggu untuk membuka sempadannya dengan Myanmar dan para pelabur telah mula meninjau keadaan di Myanmar selepas bertahun-tahun diperintah oleh rejim tentera. Myanmar adalah merupakan salah satu batu loncatan bagi Amerika Syarikat  untuk menghalang China daripada menjadi kuasa utama dunia, yang mana ia telah melindungi dan menyokong junta tentera di Myanmar selama bertahun-tahun lamanya. Terdapat banyak kumpulan etnik yang diiktiraf (keberadaannya) di Myanmar tetapi malangnya kaum Rohingya bukanlah salah satu daripada mereka. Rejim Myanmar sememangnya ingin menamatkan keganasan dan rusuhan kerana ini akan menakutkan dan menjauhkan para pelabur serta membantutkan usaha-usaha ke arah sistem pemerintahan demokrasi. Halangan liputan media wujud di kawasan-kawasan di mana umat Islam Rohingya menetap di wilayah Rakhine.

Suatu tindakan yang amat memalukan daripada insiden ini adalah bagaimana kerajaan Bangladesh melayan saudara-saudara mereka di kalangan Muslimin dan Muslimat dari Myanmar. Sejak keganasan meletus di wilayah Rakhine, ramai kaum Muslimin Rohingya telah melarikan diri dengan menaiki kapal dan belayar ke Bangladesh yang merupakan negara jiran Myanmar. Apa yang dapat disaksikan setelah tiba di perairan Bangladesh, kaum Muslimin Rohingya tidak diberikan perlindungan dan keselamatan oleh saudara-saudara semuslim mereka. Sebaliknya, arahan telah dikeluarkan oleh kerajaan Bangladesh supaya kesemua Muslim Rohingnya dihantar pulang semula ke laut menuju ke Myanmar, kembali kepada tempat kezaliman dan keganasan mereka. Kebanyakan kapal-kapal tersebut dipenuhi oleh wanita dan kanak-kanak yang belayar selama 9 jam dan tidak mempunyai makanan dan minuman yang mencukupi. Kapal-kapal tersebut telah diarahkan supaya belayar semula ke laut. Apa yang dilakukan oleh kerajaan Bangladesh adalah sama sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Thailand beberapa tahun lalu apabila kaum Muslimin Rohingya ingin meminta suaka politik di sana. Berkaitan insiden ini, Menteri Luar Bangladesh, Dipu Moni memberitahu wartawan bahawa: “Kami tidak mahukan pelarian baru yang datang dari Myanmar”.

Peristiwa ini dengan jelas telah menunjukkan niat dan sikap sebenar kerajaan Bangladesh bahawa mereka langsung tidak mengambil peduli tentang keadaan umat, sebaliknya mereka terus mempertahankan dan melindungi sempadan palsu yang melingkari negara mereka. Apa yang menarik dalam hal ini adalah kerajaan Bangladesh sanggup untuk membelanjakan banyak sumber dan tenaga mereka bagi memastikan bahawa sempadannya dengan Myanmar terjaga berbanding dengan nilai nyawa umat Islam Rohingnya. Pada masa yang sama, kerajaan Bangladesh juga tidak berhati-hati atau tidak meningkatkan keselamatan sempadannya dengan India di mana ramai kaum Muslimin Bangladesh telah ditembak, dibunuh dan dicabul oleh pihak keselamatan India. Sikap yang berbeza yang ditunjukkan oleh kerajaan Bangladesh apabila berhadapan dengan India telah menzahirkan sikap dwistandard dan hipokrasi kerajaan Bangladesh.

Di dalam Islam, kita mempunyai konsep persaudaraan sesama umat. Kita mengetahui konsep ini kerana ia merupakan sebahagian daripada jiwa kita. Islam telah mentakrifkan bagaimana sepatutnya kita memandang konsep kesatuan dan persaudaraan sesama umat:

Allah سبحانه وتعالى berfirman:


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ


"Sesungguhnya sesama Mukmin itu adalah bersaudara" [TMQ Al-Hujurat (49) :10]

Allah سبحانه وتعالى berfirman:


وَإِنَّ هَٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ


"Dan sesungguhnya umat ini adalah umat yang satu dan Aku adalah Tuhan kamu. Maka bertaqwalah kepada Aku." [TMQ Al-Mu'minun (23) :52]


Rasulullah (SAW) صلى الله عليه وسلم bersabda:


"Seseorang Muslim adalah bersaudara dengan Muslim yang lain. Ia tidak akan mezalimi saudaranya dan tidak akan membiarkannya dizalimi oleh orang lain." [HR Muslim].


Islam menetapkan bahawa seseorang Muslim sekali-kali tidak boleh mengabaikan Muslim yang lain. Disebabkan kita mempunyai ramai pemerintah yang tidak ikhlas yang sedemikian rupa, kita dapati bahawa kuasa-kuasa asing menggunakan perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam ini untuk memenuhi agenda mereka. 
Kami berharap agar Allah menyatukan semula umat Islam ini menjadi satu badan, yang mana dengannya ia akan menamatkan penjajahan ke atas tanah-tanah umat Islam, menamatkan penindasan yang dilakukan oleh para pemerintah umat Islam serta yang dilakukan oleh kuasa-kuasa asing.


Onlajer:- Sedih melihat mayat yang terdampar sehingga menampakan tulang ranka. Itu yang dah meningal dunia cuba kita bayangkan jika kita tidak mampu untuk memberi perlindungan ,makanan dan lain-lain nya pada anak-anak dan keluarga kita.
Umat Islam Rohingya tidak mempunyai negara?

{ 14 comments.. read them below or add one }

tehr tehr 21 June 2012 at 18:38
mereka tak datang ke malaysia ke?
kalau mereka datang, negara kita terima ke tidak nanti?
shraqs shraqs 21 June 2012 at 23:41
Di sebalik kejadian ni boleh dijadikan pengajaran dan tauladan untuk kita sebagai warganegara Malaysia yang mempunyai negara yang merdeka supaya bersama2 menjaga kemerdekaan yang kita ada sekarang jangan sampai hilang.

Personally, aku tak nampak apa pilihan yang kita ada sekiranya perkara sedemikian berlaku di negara kita sedangkan ramai rakyat dari negara2 jiran kita nak sangat ke Malaysia. IMHO
jebengotai jebengotai 22 June 2012 at 00:20
negara kita kene wat sesuatu..
titan titan 22 June 2012 at 00:55
aku baru tahu benda nih..
Denaihati Denaihati 22 June 2012 at 09:08
semua saudara kita lebih tabah dan semoga Allah membantu mereka.
Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine 22 June 2012 at 10:01
kesian kita nengok sedara islam kita kt sane tu kan.. semua negara tidak mahu iktiraf warganegara mereka tu.. kita kt malaysia ni kena amik iktibar...
AnonymousAnonymous 22 June 2012 at 10:08
sebagai sedara sesama islam saya amat bersedih bila baca tentang.. moga jd iktibar utk kita tq
Iza Iza 22 June 2012 at 22:45
Assalam..
Sedih bila jadi macam tu. Umat Islam selalu ditindas.
CIK TOM CIK TOM 22 June 2012 at 23:53
sedih bc kisah umat Islam ditindas di negara lain..
tp tanpa sedar pun negara kita sedang mengalami situasi yg sm tanpa kita sedari..
UNHCR UNHCR 23 June 2012 at 00:57
Benda nie dh lama berlaku...since 1982...dah 30 tahun dah...
petikan dari http://ric-malaysia.weebly.com/
Rohingya Refugees The Muslim Rohingya population of Burma has been consistently persecuted by the Burmese government. In 1982, the Burmese government passed a law which effectively stripped citizenship for the Rohingya. Further, they have very limited freedom of movement, no freedom of religion, and frequently experience land seizure, forced labor and arbitrary arrest. The Rohingya are currently excluded from the resettlement programs for Burmese of other ethnic minorities from the Thailand-Burma border camps. An estimated one million Rohingya have fled Burma by boat, often paying unscrupulous people smugglers, and the refugees now live in Malaysia, Bangladesh, Thailand, and the Middle East.

menurut http://www.unhcr.org.my
As of end April 2012, there are some 98,100 refugees and asylum-seekers registered with UNHCR in Malaysia.
- Some 89,900 are from Myanmar, comprising some 34,430 Chins, 22,840 Rohingyas, 10,480 Myanmar
Muslims, 10,510 Rakhines, 3,780 Mons, 3,250 Kachins and others from other ethnicities from Myanmar.

- There are some 8,200 refugees and asylum-seekers from other countries, including some 4,480
Sri Lankans, 1,090 Somalis, 790 Iraqis and 440 Afghans, and others from other countries.

71% of refugees and asylum-seekers are men, while 29% are women. There are some 20,000
children below the age of 18.

There are also a large number of persons of concern to UNHCR who remain unregistered.
Refugee communities themselves estimate that the population of unregistered refugees and
asylum-seekers to be some 10,000 persons.

nak tolong? contact terus ke
UNHCR Representative
United Nations High Commissioner for Refugees
570, Jalan Bukit Petaling
50460 Kuala Lumpur

Tel: 603 2141 1322
Fax: 603 2141 1780
Email: mlslu@unhcr.org
UNHCR UNHCR 23 June 2012 at 01:04
nak tolong?
contact terus ke
UNHCR Representative
United Nations High Commissioner for Refugees
570, Jalan Bukit Petaling
50460 Kuala Lumpur

Tel: 603 2141 1322
Fax: 603 2141 1780
Email: mlslu@unhcr.org

atau contact
Ministry of Foreign Affairs of Malaysia
Wisma Putra, No 1, Jalan Wisma Putra, Precint 2, 62602 PUTRAJAYA
Phone: +603-8887 4000,
+603-8887 4570 (after working hours)
Unknown Unknown 24 June 2012 at 15:16
mari kita sebarkan reramai...bagi up sikit penderitaan org2 rohingya nih...
Unknown Unknown 24 June 2012 at 22:41
Xtau nk kt apa. X sepatutnya kerajaan bangladesh buat cmtu. Sepatutnya bntuan d berikan,terutama skali pd kanak2 dan wanita.
titan titan 26 June 2012 at 02:59
hemm..apakah yang sepatutnya kita lakukan?