Onlajer,Chain Block & Chain Saw

on Tuesday, 10 July 2012

Kesah yang takde berkait dengan cerita Eyriqazz vs Denaihati mahupun tentang bapak budak rock otai omputih Loudnes yang tengah meneran sambil mendengdangkan lagu heavy chain . Walau pun meraka tidak melalak sebegitu rupa, Sememangnya orang-orang lama kita sudah mengetahui heavy chain itu rantai yang berat. seberat rantai yang bersambung pada beg duit yang isinya lebih ringan daripada rantai yang membelit kelengkang si pemakainya hehe.
Minggu yang sudah-sudah aku dan brader aku yang menetap di kampung telah mendapat satu arahan mendatori dari pada orang tua kami untuk menebang pokok-pokok kelapa yang berhampiran istana pusaka yang akan diwarisi kami. Jadi sebelum pokok kelapa itu merebahkan di dinding, Elok sangatlah kiranya kami bergotong - royong menyelesaikan misi ini.

Misi yang dahulunya memerlukan sekurang - kurangya  tiga orang telah dilaksanakan dengan kadar jayanya oleh aku dengan brader aku dengan bantuan alatan yang sudah agak lama aku tidak gunakan.

Ini pokok Kelapa yang takde buah

Dengan bantuan tali yang telah kami cari didalam peti kami ikat pada ketingian maksima yang tercapai dengan galah. Tujuannya supaya arah tumbang pokok mengikut arah yang dikehendaki.

Chain block company bukan chain block sendiri

Tali yang membelit batang kelapa kami sambung pada chain block yang kami sangkut pada dahan rambutan yang berhampiran. (takut juga takut tali putus campur dengan dahan patah) Gua tarik rantai ini sehingga setegang-tegangnya


Aisey gambar brader gua menebang takdelah almaklumlah gua diberi tugas untuk mengawal chain block ini
so takde masanya  nak snap2 gambar

Poko kelapa rebah kebumi 

Thimberrrr... berghhhhhh bergegar tanah di kawasan sekitarnya sikit lagi kena tong simpanan saham harian hehe

pokok kelapa yang telah ditebang
Dengan sengaja brader gua menebang pada kadar ketinggian ini untuk meminimakan ketinggian pokok kelapa

Pucuk kelapa

Kecewa tidak dapat buah kelapa muda, pucuk kelapa pasti ada isinya.

Umbut Kelapa

Kiranya masa zaman aku budak - budak dulu kalau nak tiba hari raya pasti ada sahaja lodeh yang dicampur dengan umbut kelapa untuk membanyak isi - isi penting nya. 
Catatan ini tidak disertakan dangan gambar - gambar gua dan brader gua minum air sirap , setelah selesai menjalankan tugas - tugasan. sambil gelak - gelak cakap selamat duit aku dari kena bayar upah orang tolong tebangkan ngeh,ngeh,ngeh



Ranking: 5

38 comments :

  1. sedp tu umbut kelapa..buat kerabu sedp

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah cuba buat kerabu

      Delete
    2. serius beb aku tak pernah makan lagi kerabu umbut ni, lain tempat lain cara penyediaanya

      Delete
  2. wah..kire hebat dah ni..boleh amik upah tebang pokok dah =)

    umbut kelapa mmg sedap! lama dah tak makan...hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi cari dekat kedai orang acheh la mungkin ada hehe

      Delete
  3. wah!! dahsyat gak kau menebang..
    Dulu ada juga ikut potong pokok durian kat kampung2 jual kayu.
    Pakai chainsaw dengan apabende tu chain blok dan kabel...
    Salamkenal bro!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, first time aku buat keje nih

      Delete
  4. x pernah rasa umbut klpa.. cmnala rs'y tu ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah sikit lah nak terangkan rasa nya, lebih kurang rasa kekacang

      Delete
  5. sedap ke umbut kelapa ek??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap dimakan begitu sahaja hehe

      Delete
  6. rugi, kalo ada air kelapa muda sekali ngn isinya mmg perghhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brader gua dah petik semua kelapanya sebelum aku balik kg

      Delete
  7. Kawe pon dulu2 ada tlg tebang pokok kelapa. Bahaya ehhh.. Kalau tak cukup tegang tarik, pokok boleh silap landing. Anyway, zaman kawe dulu, kami pakai kapak jer. Kebaikannya pula bila guna kapak boleh pengeruhi arah pokok jatuh dengan cara pokok di kapak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah kawan kira lagi otai lah bab tebang menebang nih

      Delete
  8. ada juga kegunaan benda tu ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda yang mana satu boni chain block ke

      Delete
  9. Masa kecik2 dulu selalu tgk org tebang pkok kelapa.. skrang mana ade dah.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga tengok kawasan juga lah, sekarang ni batang kelapa pun diaorang boleh beli

      Delete
  10. Kalau pakai chaisaw kejap sahaja kerja-kerja menumbangkan pokok kelapa ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma nak setting tali dan rantai tu lambat sikit

      Delete
  11. sedap kalau ratah mentah2 ubut kelapa tu hehehe..:)

    ReplyDelete
  12. berbaloi kalau buat kerja sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tak berbaloi 1 jug sirap setel berdua ngeh,ngeh,ngeh

      Delete
  13. pehh..susahnya nak dapat umbut kelapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang dulu panjat bawak kapak nak dapat kan umbut

      Delete
  14. menarik ni unbut kelapa ... tapi aku tak suke daaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini makanan otai2 kopek kelapa nih

      Delete
  15. masa kecik dulu suka tengok orang tebang pokok..suka jerit timberrr..hehe

    ReplyDelete
  16. Teringat kenangan zaman ayh aku tebang pokok kelapa..hehe..mula-mula buang semua pelepah..tali memang kena ikat pada batang pokok supaya batang kelapa tak tumbang ke rumah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupa pulak nak bagi tahu memang betul sabit dulu pelepah - pelepah biar senang nak kawal

      Delete
  17. Umbut kelapa tu yg paling best!! Masak lemak putih,pastu lawan plak dgn sambal belacan. Perkhhhhhhhh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak lemak makan dengan nasi bubuh sikit sambal terasai

      Delete
  18. umbut kelapa masak lemak, sodaplah. umbut kelapa sawit pun sodap juga, mesti ramai yg belum cuba...heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah juga rasa der cuma tekak aku kata kurang kicks le hehe

      Delete

 
© onlajer,Net All Rights Reserved
OnLajer