Malam 1 Syawal

on Monday, 27 August 2012


Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya pada semua rakan blogger, Alhamdulilah dapat bertemu kembali di dunia maya ini. Orang - orang lama pasti ada yang sudah menyambut Raya ketupat istilah selesainya berpuasa enam hari pada bulan Syawal. Pada rakan-rakan Semoga hari raya tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran dan segala amal ibadah di bulan Ramadhan dapat diteruskan hendaknya.

Gambar dari google
Apa agaknya sambutan malam 1 syawal rakan - rakan semuanya adakah tengah mengemas last minute ,memasak juadah raya, atau tolong membakar sumbu mercun dengan alasan tolong budak-budak bakarkan hehe. Kalau tempat kawan, Ayah akan buat arahan mendatori pada anak-anak supaya berkumpul dan bertahlil lepas maghrib kirim arwah yang tengah bersedih atas berakhirnya Ramadhan yang mulia.

Err Berjimak Malam 1 Syawal? hehe orang-orang tua dahulu pasti akan berkata kalau dapat anak nanti jari tangannya akan ada enam (Betul atau tidak aku tak pasti,  tapi rasa nya ada kitab lama yang menceritakan permasalahan ini ,tapi bukan haram ya).

Oleh itu bagi orang-orang yang berguru atau bertarikat  selaian 10 malam terakhir Ramadhan pastinya malam 1 syawal ini meraka akan berjaga untuk melipatkan kali ganda amal ibadah dan berdoa memohon limpah kurnia dan meminta keampunan, keredhaan,murah rezeki dan keberkatan.



Ranking: 5

23 comments :

  1. Rasanya ramai yang melebihkan persiapan menyambut raya pada malam tersebut.. termasuklah saya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sampai kg dah banyak yang disiapkan hehe

      Delete
  2. KA sampai kg pulak, byk perkara g nak disiapkan hehehe

    ReplyDelete
  3. Malam raya memang malam paling sibuk dalam beratus malam sepanjang satu tahun. Semua benda nak diselesaikan malam tu. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasti nya badan akan merasa penat hehe

      Delete
  4. bini tak ada nak berjimak le..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde bini apa lagi cepat2 la nikah

      Delete
  5. Malam raya aku pun bz ngan persiapan raya...heheheselamat hari raya onajerr

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi tak sempat lah nak jeling2 haha

      Delete
  6. bagus jugak tu. Boleh mak jadikan sbg tradisi dlm keluarga kelak. Bertahlil dimlm raya utk dikirimkan kpd ahli2 keluarga yg dah meninggal

    Btw, selamat hari raya on! Maaf zahir dan batin ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya , lepas maghrib memang time tengah tak buat apa2 jadi bolehlah bertahlil bersama keluarga

      Delete
  7. Malam raya biasa2 sahaja sebab takda kampung. Tiap2 tahun beraya di KL or pegi jalan TAR.

    ReplyDelete
  8. tak sempat nak ON malam tu semua penat oikir nak raya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi rasanya semua orang pun tak sempat nak on haha

      Delete
  9. ehh betul ke jimak malam raya dapat anak yang lebih jari tu??haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu aku tak pasti cuma cerita2 orang - orang lama yang mengatakan ada kitab lama yang menyatakan permasalahan ini

      Delete
    2. jgn dicuba bro...:) hehehe tapi kalau dah tak tahan on jer hehehe

      Delete
  10. Malam Raya sudah tentu sibuk untuk 'finishing raya' :-)

    ReplyDelete
  11. biasanya aku masih dengan kesibukan tolong isteri
    hehe

    ReplyDelete

 
© onlajer,Net All Rights Reserved
OnLajer