Menyambut Raya sambil Membantah AKTA 114A

Assalamualaikum kepada pemburu-pemburu lailatul qadar. Alhamdulilah lagi empat atau lima hari lagi umat islam akan menyambut hari kemenangan hari untuk kita bergembira bertemu sanak saudara. sudah pasti rakan - rakan seislam semuanya sudah teruja menyambut hari bahagia di tokok tambah dengan  lagu-lagu raya berkumandang di speaker Radio.

Semalam 14-8-2012 menurut malaysiakini warga - warga netizen tidak akan melakuan aktiviti online. Jadi pada aku bagus juga bolehlah kita  semua mengantikanya dengan amal ibadah berlipat kali ganda untung -untung bertemu juga dengan malam yang mulia. Tapi berberaa hari ini aku tak sempat untuk berbloging bukan lah ats perkara itu  semua cuma aku tengah busy,busy,busy entah bilalah nak naik gaji.

Lepas tiga baris ini  aku copy dan paste dari lelaman politk tenang akta 114A yang patut juga lah kita bantah kekadang itu fikiran dan jari kita menghentam atau tercarut dek angkara nafsu dan godaan..

 Seksyen 114a, Akta Keterangan 1950
Seksyen baru 114A 3. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 114 seksyen yang berikut:
“Presumption of fact in publication
114A. (1) A person whose name, photograph or pseudonym appears on any publication depicting himself as the owner, host, administrator, editor or sub-editor, or who in any manner facilitates to publish or re-publish the publication is presumed to have published or re-published the contents of the publication unless the contrary is proved.
(2) A person who is registered with a network service provider as a subscriber of a network service on which any publication originates from is presumed to be the person who published or re-published the publication unless the contrary is proved.
(3) Any person who has in his custody or control any computer on which any publication originates from is presumed to have published or re-published the content of the publication unless the contrary is proved.
(4) For the purpose of this section -
(a) “network service” and “network service provider” have the meaning assigned to them in section 6 of the Communications and Multimedia Act 1998 [Act 588]; and
(b) “publication” means a statement or a representation, whether in written, printed, pictorial, film, graphical,
acoustic or other form displayed on the screen of a computer.”.
Huraian
Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Keterangan 1950 (“Akta 56”).
2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan.
3. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 3 Akta 56 untuk menyelaraskan takrif “komputer” dengan takrif “komputer” dalam Akta Jenayah Komputer 1997.
4. Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 114A ke dalam Akta 56 untuk mengadakan peruntukan bagi anggapan fakta dalam penyiaran untuk memudahkan pengenalan dan pembuktian identiti seseorang yang namanya tidak diketahui yang terlibat dalam penyiaran melalui internet.
Apakah Bantahan Terhadap Seksyen 114A?
Seksyen 114a yang merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950. Pindaan terbaru ini meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya pihak yang menuduh. Sebagai contoh, jika seseorang menyamar sebagai anda dan melakukan kesalahan di internet, andalah yang bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa anda tidak bersalah.
Undang-undang yang baru ini jelas bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya. Pindaan yang baru ini boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada seluruh pengguna internet dan pihak yang terlibat dalam industri tersebut. Jika anda memiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum, anda akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di laman-laman tersebut termasuk komen dan artikel yang ditulis oleh pihak lain.
Selain itu, pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut. Lebih malang lagi, jika rangkaian wifi rumah anda dicuri atau dihack, anda juga bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh pencuri terbabit. Jika ada pihak yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel menggunakan nama anda, Seksyen 114a yang baru ini menganggap bahawa andalah pemilik sebenar akaun terbabit.

Onlajer: Yang aku copy pun aku baca sekali lalu jer. Onlajer.com telah berada dipasaran harap2 ada yang sudi membantu


       

{ 20 comments.. read them below or add one }

Anak Ulu Cheka Anak Ulu Cheka 15 August 2012 at 11:35
kena sokong kang tak pasal2 kita kena aniaya pulak :)
Yas y Yas y 15 August 2012 at 11:59
Yup...satu akta yg berat sebelah nih
Nur Misnan Nur Misnan 15 August 2012 at 12:09
Aku tak suka bab2 tak adil nih.. Alangkan court Syariah
pun yg tidak adik memberi keputusan aku bantah, apa lagi bab
yg ini.. Saya bantah Yang Ariff.. Dan saya sokong STOP 114A..
Kesuma Angsana Kesuma Angsana 15 August 2012 at 13:04
nak raya2 pown ada isu sokong x sokong juga ye> selamat hari raya dari KA sekeluarga. mohon maaf andai ada salah silap selama kita berblogging ni ye
suri suri 15 August 2012 at 13:39
setuju dg sis nur hee...sy membantah...rasa gram bila ingt pasla akta ni
suri suri 15 August 2012 at 13:40
mana yang adil kami sokong yg berat sebelah rasa tak perlu d beri sokong sb mmg rasa tak puas hati jer
Miss Yaty Miss Yaty 15 August 2012 at 14:14
aish apesal sekarang ni macam2 benda dah jadi berat sebelah ni. STOP 114A!!
titan titan 15 August 2012 at 17:02
benda tak adil. dah terang-terang takkan disokong.
munir ardi munir ardi 15 August 2012 at 18:17
MEski belum terlalu mengerti tentang hal ini namun saya juga ikut sokong apapun rekan blogger lakukan,

Note: mengenai pantunnya silahkan nak kopi berapapun untuk dipakai sahabat
pipoq pipoq 15 August 2012 at 23:49
kebebasan bersuara dalam alam maya ni memang la tak boleh disekat..cuma perlu diadakan satu manual yang lebih adil untuk menjaga hak masing2 sebagai rakyat dan pengguna..
Myra Jay Myra Jay 16 August 2012 at 10:26
Dah macam penganiayaan kalau ada yang menyalahgunakan untuk kepentingan sendiri..
Fakhruddin Fakhruddin 16 August 2012 at 22:34
wah, ramai gak buat entri bantahan ni...aku pun nak buat jugak lah..
ni kes aniaya ni..
Denaihati Denaihati 16 August 2012 at 23:11
mudahan mendapat keputusan yg positif bila dibentangkan di kabinet akan datang
boni kacak boni kacak 17 August 2012 at 04:42
itu lah. setuju dengan tuan denaihati... harap2 lah apa yang dilakukan para internet sekalian membuka mata untuk keputusan nanti
akubiomed akubiomed 17 August 2012 at 16:39
Ramai yang membantah pengubalan akta ini. Janji diCapati.
JebengOtai™ JebengOtai™ 17 August 2012 at 19:59
kdg2 kene nilai dari segi positif juga.. :)
JebengOtai™ JebengOtai™ 17 August 2012 at 20:00
bro ke redirect onlajer.com ke onlajer.com/wp/
onn Lajer onn Lajer 22 August 2012 at 19:07
ya tapi aku belum buat apa2 lagi
Manan Qayyim Manan Qayyim 24 August 2012 at 10:13
Selamat Hari raye...
aku memang tak setuju dgn akta nie... kejam...

# template ni dari forblogger kan? okey tak....


My recent post : Tajuk Elemen Penting dalam Meningkatkan SEO - Blogger Menjadi Terkenal
hafizmd hafizmd 28 August 2012 at 13:48
Nampaknya, akta ni makin panas....