24H Timer

Assalamualaikum dah lama rasanya aku tidak mengeluarkan post yang bersangkut paut tentang elektrik. pada post yang terdahulu aku pernah mengeluarkan post kotak kawalan masa yang memerlukan banyak modal atau modifikasi yang mungkin merumitkan bagi orang yang tidak mempunyai latar belakang elektrik.

Jadi aku mencadangkan salah satu produk yang sesuai diguna di rumah plug socket 24jam. Plug ini sesuai diguna pada peralatan elektrik yang tiada timer off atau mode tidur. Benda yang patut dimiliki oleh para penjaga kewangan yang  ingin mengawal kos bil elektrik angkara socket - socket outlet yang tidak reti mematikan diri sendiri. Socket ini boleh didapati di kedai - kedai hardware dan dipasaraya yang berdekatan dengan anda.

Timer 24jam
-Voltan 240V
-Dail pengawal masa yang mudah ditetapkan
-Arus elektrik sehinga 13A (3kw) dan daya ketahanan lampu
  400W
-15 minit untuk setiap minima kawalan
 

4 comments.. read them below or add one

pipoq pipoq 2 September 2012 at 20:17
kotak fius rumah aku tu ada problem sikit..adakah boleh tukar sebahagian atau kena ditukar keseluruhan ?

FYI, ni kotak fius jenis lama..yg dia punya connector tu dari cam seramik..

masalahnya macam tak berapa nak ketat dan kekadang keluar percikan api dari situ..

onn Lajer onn Lajer 3 September 2012 at 08:06
maksud pipoq kotak fius utama ke (DB) kalau DB baik ditukar semua kerana faktor keselamatan, kalau nak murah pipoq beli barang sendiri lepas tu minta budak2 elek tolong tukarkan. Pipoq boleh mengunakan jenama eps, max guard atau LS tapi kalau nak lagi bagus gunalah abb,schneider atau hagger.
JebengOtai™ JebengOtai™ 5 September 2012 at 00:50
upda rasanya lgik baik..selamat walaupun kene keluarkan duit skit.. :)
pipoq pipoq 9 September 2012 at 04:59
rasanya fius jenis HRC (High Rupcturing Capacity)tu..buat masa sekarang ni, takde lagi dah fius yang keluar percikan letrik tu tapi satu soket yang dipasang kat bawah kotak fius tu dah takde letriknya..

disebabkan ni rumah sewa, dah buat aduan kat tuan rumah tapi tu la lambat betul nak amik tindakan..hehehe..

bahagian lain letriknya semua ok dan berfungsi..

nak tunggu onlajer buat nota pasal fius pulak la lepas ni..