Biskut Bijan


Zhoucun Sesame Seed Cake


Boss balik dari beijing ada ke patut dia beri kita orang buah tangan biskut bijan , apa dekat Malaysia takde ke ? itu ayat dari rakan -rakan sekerja. Ayat aku takde ke buah tangan  ipad china boleh juga aku buat main angry bird heh. Satu je aku nak cerita kalau  rasa nak makan, makan jangan pulak banyak cengkadak benda tu kan ada logo halal jadi apa  yang korang banyak songeh . Dah tentu biskut tu buat daripada gandum sama bijan tak payah nak ragu-ragu tengok macam aku aku telan je sekeping cuma rasa dia tak sedap aku pulangkan balik sekeping pasal mula-mula aku dah tamak hehe.

Ada logo Halal tu nampak tak
Kalau nak cerita bab halal ke tak halal ini kita bukannya orang yang boleh mengeluarkan fatwa halal dan haram cuma sekadar memberi pandangan yang berdasrkan kisah para sahabat yang pernah kita dengar sewaktu kuliah mingguan, dalam kalangan sahabat bertelagah tentang keju yang di hasilkan oleh yahudi atau nasrani halal ke tidak keju ini, permasalahan ini telah di ajukan kepada Nabi (SAW) dan nabi bertanya dari apakah keju ini di hasilkan? dan sahabat pun menjawab ia dari susu lembu. mendegar jawapan itu nabi mengambil keju itu lantas dimakan nya. Dan dengan berdasarkan kisah dan logo halal itu aku tidak ragu untuk menjamah makanan yang telah diberi oleh boss aku. cuma kesedapan nya tidak setanding biskut bijan yang berada dipasaran tempatan. Atau tekak aku sahaja yang mengada-ngada kerna menurut sumber biskut ini dihasilkan mengunakan tepung bijan dan bijan sepenuhnya.

Onlajer: Kalau nak sedap makan lah Rendang

{ 15 comments.. read them below or add one }

Encik Anif Encik Anif 28 September 2012 at 16:21
:D Kalau tak mau makan jangan makan. Habis cerita :D
tehr tehr 28 September 2012 at 21:42
sapa tak mahu makan tu?
hantar je kat aku ni
hehe
Denaihati Denaihati 28 September 2012 at 21:42
macam tosey je, tapi tebal sikit.
JebengOtai™ JebengOtai™ 29 September 2012 at 00:07
tp kalo ragu2 mmg jauhkan la..huhu
boni kacak boni kacak 29 September 2012 at 00:52
tak pernah lagi makan benda ni..sedap ke bro??
onn Lajer onn Lajer 29 September 2012 at 16:40
tekak aku rasa kurang sedap hehe,
onn Lajer onn Lajer 29 September 2012 at 16:42
banyak cakap tapi sekali aku dah start makan dia orang pun ikut juga sampai licin pulak tu
onn Lajer onn Lajer 29 September 2012 at 16:43
tak lah der dia nipis macam papadom
onn Lajer onn Lajer 29 September 2012 at 16:43
yang ini aku tak ragu bro heeh
Juan Juan 30 September 2012 at 00:03
aku memang suka biskut bijan nih
CIK TOM CIK TOM 1 October 2012 at 17:16
1st time tgk biskut bijan ni..
Yas y Yas y 2 October 2012 at 16:07
Hehehe...biskut ni kira ok lagi bro...aku pernah makan makanan Korea...mak aihhhh...rase kembang tekak aku....tp nk wat camne...aku tarah je laa....jaga ati org2 korea....hahaha