Masjid Kampung Seri Merlong

on Thursday, 6 September 2012

Sejarah Awal Masjid Kampung Seri Merlong Tahun 1925


Sejarah awal Masjid di Kampung Seri Merlong,Rengit,Batu Pahat telah terbina pada tahun 1925. Dalam tahun 1920-an, orang-orang keturunan Jawa dari seberang (Indonesia) telah datang dan meneroka kebun hutan di sini. Mereka diketuai oleh Embah Yusoff. Dengan kerjasama dan permuafakatan, secara bergotong-royong mereka menebang kurang seluas 3 ekar untuk mendirikan sebuah masjid bagi tujuan mendirikan solat Jumaat. Berkat ketabahan dan ketekunan mereka dapat mendiri sebuah masjid pertama di Kampung Seri Merlong. Masjid ini berkeluasan 30 kaki X 40 kaki. Bahan binaannya adalah daripada kayu-kayu hutan yang tebang dan beratapkan daun rembia, manakala lantainya daripada kayu. Dindingnya pula dibuat daripada kulit-kulit kayu. Masjid in dapat menampung jemaah antara 50 hingga 70. Jemaah untuk sembahyang Jumaat datang dari Kampung Belahan Tampok, Kampung Parit Gantong, Kampung Sungai Bagan,  Kampung Sungai Jambi dan Kampung Parit Tengah.





















Masjid Jamek Kampung Seri Merlong Tahun 1953.


Dalam tahun 1953, masjid ini telah diubahsuai dengan cara bergotong-royong yang mana bahan binaannya diperolehi daripada yuran ahli kariah dan derma daripada orang ramai yang diketuai oleh Wak Abdullah. Bangunan ini adalah separuh batu dan beratapkan zink, berdinding papan dan tidak bersyiling. Luasnya lebih besar daripada masjid asal iaitu 60 kaki X 80 kaki. Masjid yang dibina ini dapat menampung antara 200 ke 300 orang jemaah




















Masjid Jamek Kampung Seri Merlong Tahun 1960

Ubah sesuai dilakukan lagi pada tahun 1960 di mana bahagian bumbung dan menara ditukar kepada esbestos dan bersyiling. Semua peruntukan diperolehi daripada kerajaan sebanyak RM14,000.00. (Ringgit Malaysia : Empat Belas Ribu Sahaja).





















Masjid Jamek Kampung Seri Merlong Tahun 1986

Pada 17 Oktober 1986 bersamaan 3 Safar 1407 Hijrah, masjid lama telah dirobohkan dan diganti dengan masjid sementara bagi membolehkan masjid baru dibina. Projek bangunan masjid baru ini dibina dengan bantuan daripada kerajaan sepenuhnya dengan perbelanjaan sebanyak RM245,000.00. Masjid ini siap sepenuhnya dan digunakan untuk solat Jumaat pertama pada 25 Mei 1987 bersamaan 23 Ramadhan 1418 Hijrah dan sehingga ke hari ini.




















Onlajer: Saja - saja ulang tayang post sejarah Mesjid Kampung aku kiranya aku tolong buat backup hehe. Bangunan Mesjid sudah 4 kali bertukar dan aku hanya dapat merasa dua bangunan sahaja.

Sumber asal
Ranking: 5

14 comments :

  1. daripada sebesar pondok sampailah serba moden. Alhamdulillah. surau ni masih lagi tersergam gah di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma murid sekolah pondoknya dah kurang ada

      Delete
  2. kalau letak gambar terkini kan best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini memang gambar scan dari buku sejarah

      Delete
  3. lama jugak usia masjid ni..mungkin leh buat satu sudut sejarah di kawasan sekitar masjid ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau aku balik kg aku cuba ambil gambar terbaru InsyAllah

      Delete
  4. binaan tahun 1953 n 1960 memang unik n cantik, kalau dikekalkan lagi menarik rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak tahu kenapa tidak dikekalkan masa tu belum lahir lagi lah bro saya tapi brader2 saya tahu.

      Delete
  5. Hebat orang dahulu membina masjid mengunakan sumber alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu kalau bangunan kayu lebih murah tengok orang buat rumah batu cop mesti orang kaya nih, tapi sekarang kalau ada yang buat rumah kayu wah orang kaya nih

      Delete
  6. wah bagsu siap ada sejarah masjid lagi ni..

    ReplyDelete
  7. info berguna buat studies. sekurangnya betul cakap bro.. ada backup.. mana lar taw sistem archives kena delete ker.. heeee

    ReplyDelete

 
© onlajer.net All Rights Reserved
OnLajer