Pertandingan Mental Aritmetik

on Thursday, 27 September 2012

Assalamualaikum,

Hari minggu yang lepas ini aku telah memaksa diriku untuk menghadiri Pertandingan Mental Aritmetik dan Congak yang disertai oleh anak ku. Seronok juga aku melihat telatah bebudak ini walaupun tak menang aku yakin anak  aku pasti telah membuat yang terbaik untuk petandingan ini. Kalau nak di ikutkan pun aku sendiri belum pasti dapat mengalahkan anak-anak yang berusia enam tahun ini, kagum juga melihat anak -anak ini menjawab soalan tolak campur  yang bernilai ribu dalam bahasa inggris habis sahaja cikgu membacakan soalan dalam masa tak sampai berapa saat bebudak ini sudah dapat menjawab dengan tepat. Kalau aku masih lagi terkial-kial mengalih - alihkan biji sempoa.

Dan tahun ini jugalah tahun akhir anak aku belajar di tadika pintar bistari ini, dan pada pandangan aku memang berbaloi membayar walaupun yuran agak mahal sedit dicampur dengan kerja sekolah yang tak pernah tak ada dalam masa beberapa bulan sahaja anakku telah lancar membaca rumi dan jawi disamping pencapaian mata pelajaran matematik pun bertambah cermerlang. Walau pun cikgu - cikgu disana berpesan peningkatan anak-anak pun mesti ada dorongan ibu bapa tak guna hantar anak kesekolah yang yurannya mahal tapi tanpa bimbingan ibu bapa bebudak itu tak akan kemana.

Dekat bawah ini aku snap satu gambar masa pertandingan dan hero pertama aku duduk no dua dari kiri baris belakang , apa lah cikgu ini bagilah duduk depan baru ada peluang nak menang hehe.


Guna kamera handphone cap ayam 
Dekat link ini ada gambar selain dari ini dan cerita yang berkait 





Ranking: 5

12 comments :

  1. bagusnyer bapak cam ni sentiasa beri sokongan pada anak2,. like3

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali apa salahnya lagi pun persekolahan tahun ini sudah tiba penghujungnya

      Delete
  2. :D Kita ni tak dibiasakan guna sempoa dari kecil.. kalau tak tentu dah hebat sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. time tu ada pertandingan antara ibubapa dan anak2 pulak tu dua2 teror lepas mak anak lepas anak mak hebat betol

      Delete
  3. dulu guna gak sempoa ni..lpastu dh lupa..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih boleh guna setakat campur dan tolak heh

      Delete
  4. mak aih.. dorang mampu selesaikan dalam berapa saat je soalan yang bernilai ribu2? dasyat betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betol boni, aku terus terang angkat kain putih

      Delete
  5. mental aritmetik memang bagus. Pengiraan cara cepat.

    ReplyDelete
  6. bagus pertandingan ni, anak-anak pun semakin pintar~

    ReplyDelete
  7. memang seronok ni menumpang aktiviti budak tadika
    aku pernah juga ikut mereka berkhemah [prasekolah]
    memang gempak habis
    hehe

    ReplyDelete

 
© onlajer.net All Rights Reserved
OnLajer