RASULULLAH DIHINA, JIHAD JAWABNYA!



Pencerahan minda dari Hizbut Tahrir Malaysia

Untuk ke sekian kalinya, Junjungan besar kita, Rasulullah SAW dihina lagi oleh puak kuffar. Kali ini oleh Sam Bacile, seorang warga Amerika Syarikat berketurunan Yahudi, melalui filem murahannya bertajuk The Innocence of Muslim. Dalam filem ini, Rasulullah SAW digambarkan sebagai seorang lelaki kaki seks, pembunuh, penipu dan pemimpin yang tolol. Kebiadaban penerbit filem ini telah mengundang kemarahan kaum Muslimin di seluruh dunia sehingga protes yang berlaku di Libya telah meragut nyawa Duta AS, Chris Stevens dan tiga warga AS lainnya di Benghazi pada 11/9/12. Pemerintah AS, dalam sidang medianya, berdalih tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan pembikinan dan penyebaran filem seperti itu kerana merupakan sebahagian dari kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat (freedom of expression) yang dijamin oleh undang-undang mereka. “Sekarang, saya perlu tekankan bahawa di dunia saat ini dengan teknologi terkini, hal itu mustahil untuk disekat. Bahkan kalau boleh disekat sekalipun, negara kami mempunyai tradisi kebebasan bersuara yang dilindungi oleh perlembagaan dan undang-undang kami dan kami tidak dapat menghentikan setiap warga negara yang menyuarakan pandangan mereka sekalipun hal itu tidak disukai,” tegas Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton.

Kenyataan Clinton ini hanya menunjukkan sifat lepas diri seorang pemimpin tetapi dalam masa yang sama cuba melindungi rakyatnya yang biadab atas nama kebebasan bersuara. Inilah cara hidup dan nilai AS yang diagung-agungkan itu, iaitu kebolehan menghina seseorang atas nama kebebasan. Inilah erti ‘kebebasan’ yang dijulang oleh Barat iaitu kebebasan untuk melakukan apa sahaja, termasuk kebebasan menghina orang lain, menghina agama orang lain, menghina kitab suci orang lain, menghina Nabi dan segala bentuk penghinaan lainnya. Inilah ajaran demokrasi yang dibawa dan dilaung-laungkan oleh Barat. Mungkinkah Clinton akan menjawab seperti di atas jika ibu bapanya sendiri dihina sedemikian rupa? Jika ibu atau bapanya atau si Clinton sendiri dituduh dan dihina sebagai seorang yang gila seks, pelaku seks songsang, suka membunuh, pembohong dan sebagainya, adakah dia akan menjawab seperti yang dia telah jawab? Hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan berdiam siri tatkala orang tuanya dihina, apatah lagi jika Rasul yang kita wajib cintai melebihi dari orang tua kita, dihina. Justeru, sudah sewajarnya bagi kaum Muslimin yang cintakan Rasulnya, bangkit menyuarakan protes dan kemarahan apabila berlaku penghinaan sedemikian rupa, sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW. Sabda baginda SAW,

“Tidak beriman seorang pun di antara kalian hingga aku lebih dicintai daripada bapanya, anaknya dan manusia seluruhnya” [HR al-Bukhari].

Amat hinalah orang yang menghina semulia-mulia makhluk. Firman Allah SWT,

“Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya, mereka termasuk orang-orang yang sangat hina” [TMQ al-Mujadilah (58):20].

Kebiadaban Barat Atas Nama Kebebasan Dan Demokrasi

Sungguh telah jelas sikap permusuhan kuffar Barat terhadap Islam dan umat Islam. Telah berulang kali mereka melakukan penghinaan kepada Islam. Baru sahaja pada 2010 seorang pendeta Kristian Florida, Terry Jones, secara terbuka menyerukan pembakaran Al-Quran pada ulang tahun ke-sembilan peristiwa 9/11. Tentera AS pada Februari  2012 membakar secara sengaja di penjara Baghram di Afghanistan 315 salinan naskhah keagamaan termasuk Al-Quran. Penghinaan terhadap Al-Qur’an juga dilakukan oleh tentera AS di penjara Guantanamo. Awal tahun ini juga umat Islam dikejutkan dengan tindakan biadab tentera AS yang kencing di atas mayat mujahidin Afghanistan. Pendek kata, daftar panjang kejahatan AS ke atas Islam dan umat Islam sudah tidak terhitung. Semuanya itu dibenarkan atas alasan kebebasan.

Manakala jika umat Islam bersuara ingin menegakkan Khilafah, menyatukan kaum Muslimin di bawah satu pemerintahan, maka AS tidak akan mengkategorikan hal ini ke dalam hak kebebasan bersuara. Buktinya, di Chicago, telah beberapa kali konferens yang ingin dianjurkan oleh HizbutTahrir dalam usaha HizbutTahrir menyeru umat Islam kepada penegakan Khilafah, telah dibatalkan oleh pihak berkuasa AS. Bukan sekadar itu, malah HizbutTahrir dituduh dengan pelbagai label negatif, termasuklah sebagai ekstremis dan menjadi pemicu kepada terrorisme. Pelarangan niqab, tudung, tudingan radikalisme, larangan pembinaan masjid di beberapa negara Eropah dan banyak lagi, kesemua ini tidak pernah mereka anggap sebagai melanggar hak kebebasan warga negara mereka. Inilah sikap double standard AS dan Barat apabila bercakap tentang kebebasan bersuara ke atas umat Islam!

Semua kebiadaban Barat ini menunjukkan adanya usaha-usaha penghinaan ke atas Islam secara sistematis dan merupakan polisi yang dibenarkan oleh mereka, malah sehingga sekarang AS tidak pernah menyekat warganya dari menghina Islam, walau dengan secebis kenyataan! Meskipun tindakan warganya secara nyata telah menodai kesucian agama Islam, memicu protes, permusuhan dan konflik ke seluruh dunia, namun AS tetap sahaja menganggap penghinaan itu sebagai sah dan mesti diberi perlindungan oleh negara atas nama kebebasan. Dalam masa yang sama, seluruh dunia tahu bahawa sokongan AS kepada Israel tidak berbelah bahagi dan jika ada umat Islam yang bersuara bahawa Israel mesti dihapuskan, maka AS akan menjawabnya dengan ancaman dan perang. AS juga mengutuk dan melarang apa jua penulisan atau propaganda yang menyerang Yahudi dan Israel dengan dalih anti-Semitism. Dengan kata lain, jika Islam dan kaum Muslimin dihentam, maka demokrasi dan kebebasan berpendapat terpakai, tetapi jika Yahudi dan Israel dihentam, maka tiba-tiba sahaja kebebasan bersuara tidak lagi terpakai. Inilah kebebasan bersuara gaya syaitan AS!

Walau bagaimana jahat dan biadabnya Amerika sekalipun, malangnya kita menyaksikan bagaimana pemimpin umat Islam terus berbaik dan tunduk kepada Amerika. Perdana Menteri Malaysia tidak terkecuali, yang begitu bangga apabila dapat bersama dan bersalaman dengan Obama, si pembunuh umat Islam. Hillary Clinton yang lidah bercabang itu juga diberi sambutan istimewa oleh pemimpin Malaysia semasa kedatangannya ke Malaysia pada awal November 2012. Inilah hakikat pemimpin umat Islam yang terhegeh-hegeh ingin meraih kemuliaan dengan orang-orang kafir walhal si kafir itulah orangnya yang membenarkan rakyatnya menghina Islam dan Rasulullah SAW! Firman Allah,

“Adakah mereka ingin mencari kemuliaan di sisi mereka (orang-orang kafir) walhal semua kemuliaan itu milik Allah” [TMQ an-Nisa(4):139].

AS Bertanggungjawab Dan Mesti Menanggung Akibat

Walaupun Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton menafikan penglibatan kerajaannya dalam kes ini, namun ia tidak semudah itu untuk diterima oleh kita. AS, selain perlu menghukum warganya yang biadab tersebut, mesti bertanggungjawab terhadap pengeluaran filem dungu itu. Kerajaan Amerika tidak boleh lari dari semua ini. Negara Amerika jelas terlibat. Ini kerana pembuatan film murahan yang menghina Rasulullah SAW ini disahkan oleh undang-undang negara itu dan apa yang jelas, dilindungi oleh AS dan pemimpinnya sendiri! Oleh yang demikian, membiarkan tanpa mengambil tindakan terhadap promosi dan penyebaran filem keji ini oleh AS, jelas menunjukkan keterlibatan AS dalam hal ini.

Oleh sebab AS merespon isu ini dengan undang-undang dan kekuatan negara, maka kita juga mesti merespon dengan undang-undang (Islam) dan kekuatan Negara (Islam). Penghinaan ini tidak akan berlaku jika tidak dibenarkan oleh AS. Justeru, polisi negara mestilah dilawan dengan polisi negara. Tekanan melalui bentuk demonstrasi dan memorandum kepada kedutaan AS di negeri-negeri umat Islam sudah tidak memberi apa-apa kesan kepada AS sejak sekian lama, walau ribuan umat Islam berhimpun sekalipun. Justeru, kekuatan AS sebagai negara harus dilawan dengan kekuatan negara juga, barulah bertemu buku dengan ruas. Walaupun negara umat Islam ada banyak sekali, namun, selagi kita dipimpin oleh para pemimpin yang pengecut dan tunduk kepada AS, maka selagi itulah AS akan terus lancang dan biadab dan selagi itulah penghinaan kepada Rasulullah SAW akan terus berlaku. Di sinilah perlunya umat Islam kepada Negara Khilafah, sebuah negara super power yang akan menyatukan umat Islam di seluruh dunia yang akan menggerakkan ratusan juta tentera kaum Muslimin bagi mengarahkan muncung senjata, kereta kebal, peluru berpandu dan pesawat yang dimiliki untuk membela kemuliaan Islam dan Rasulullah SAW.

Sayangnya Negara Khilafah sudah dihancurkan pada tahun 1924 dan sejak itu umat Islam terpecah-belah dan diperintah oleh para pemimpin sekular. Sudah tidak ada lagi kebaikan pada para pemimpin umat ini dan kita sudah tidak boleh mengharapkan mereka menjaga kesucian Islam. Mereka bukan penjaga Islam, mereka bukan penjaga umat Islam, mereka bukan penjaga kemuliaan Rasulullah SAW. Mereka cuma si rakus yang mementingkan perut-perut mereka sahaja, mementingkan harta, pangkat, takhta dan istana-istana yang mereka miliki. Ini semua lebih penting kepada mereka berbanding menjaga dan mempertahankan kemuliaan Rasulullah SAW!

Seandainya ada Daulah Khilafah, ia akan menjadipenjaga kemuliaan Islam dan kaum Muslimin serta kesucian Rasulullah SAW. Daulah Khilafah adalah perisai yang melindungi dan benteng yang kukuh kepada umat Islam. Hal ini telah ditunjukkan oleh sejarah emas peradaban Islam selama lebih 13 abad. Hatta pada masa Daulah Khilafah semakin melemah pun, kemuliaan Rasulullah tetap dijaga oleh sang Khalifah. Pada akhir abad ke-19, tahun 1890, seorang penulis Perancis, Henri de Bornier, membuat pentas drama komedi berisi penghinaan kepada Rasulullah SAW. Maka Khalifah kaum Muslimin, Sultan Abdul Hamid II, mengirim surat kepada kerajaan Perancis agar melarang pementasan drama itu di seluruh Perancis. Perancis pun memenuhi permintaan itu dan mengambil keputusan tidak membenarkan pementasan drama tersebut. Perancis mengirim surat kepada Sultan Abdul Hamid yang di antara isinya, “Kami percaya, keputusan yang kami ambil sebagai pemenuhan atas keinginan yang mulia Sultan akan mempererat hubungan baik di antara kita…”. Ketika penerbit yang sama berusaha mementaskannya di Britain dan mulai membuat persiapan pementasannya, Sultan mengetahuinya dan mengirimkan surat agar dicegah pementasan tersebut. Akhirnya pementasan itu pun dilarang walhal di kala itu British merupakan negara super power. British lalu meminta maaf atas persiapan pementasannya hingga drama tersebut tidak jadi diadakan!

Harapan Kepada Tentera Yang Ikhlas

Puak kafir penghina Islam dan Rasulullah ini berani untuk terus menghina kerana mereka tahu bahawa pemimpin kaum Muslimin yang ada semuanya bacul dan pengkhianat. Mereka tahu bahawa pemimpin yang ada ini tidak akan berani berkata apa-apa untuk menegur tuan mereka (AS), apatah lagi untuk bergerak melawan AS. Mereka adalah pemimpin yang, jika AS terbatuk, mereka akan terus terkencing! Inilah hakikat pemimpin umat Islam! Oleh sebab itulah, walaupun umat sudah bangkit menentang kebiadaban kuffar AS, namun pemimpin terus kaku dan tidak berani mengangkat kepala walaupun sedikit. Kita sudah tidak mengharapkan pemimpin yang bacul dan khianat ini. Kita sudah yakin sepenuhnya bahawa pemimpin yang ada ini sudah tidak ada gunanya lagi. Justeru, kita meletakkan harapan kepada para tentera yang ikhlas, yang hidupnya bukan untuk meraih dunia tetapi hanya untuk Allah semata-mata, agar bangkit dari lena mereka yang panjang.

Bangkitlah wahai para tentera! Sudah terlalu lama engkau berdiam diri, tidak berani berkata walau sepatah perkataan. walaupun di saat Nabi-mu dihina. Engkau sudah lama hanya memerhati sahaja Muhammad dihina, seolah-olah Muhammad itu bukan Rasul-mu! Engkau lebih setia kepada pemimpin sekular yang hanya berpeluk tubuh apabila Muhammad dihina, berbanding kesetiaan-mu kepada Allah dan kekasihNya itu. Apakah hati-mu sudah terhijab dengan ketakutan dan kecintaan kepada dunia sehingga apabila Rasul-mu dihina, engkau tetap diam membisu?! Jika engkau takut untuk hanya menyebut perkataan jihad, sudah tentu engkau lagi takut untuk melaungkan seruan jihad, bahkan tentu engkau lagi kecut untuk terjun ke medan jihad. Apakah ini sifat-mu sebagai tentera Muslim? Jika beginilah sikap-mu, maka lebih baik engkau tanggalkan sahaja uniform-mu dan berikanlah ia kepada para Muslimah yang sentiasa bersedia menyarungnya pada bila-bila masa! Tidak malukah engkau mengaku sebagai umat Muhammad sedangkan apabila Muhammad dihina engkau tidak berbuat apa-apa? Bukankah engkau menginginkan syafaat dari Muhammad SAW di akhirat kelak? Justeru, wajarkah engkau tidak bergerak membela Rasul-mu tatkala insan mulia itu dihina? Apakah jawapan-mu kepada Allah dan RasulNya itu nanti?

Bangkitlah wahai tentera! Jangan engkau hanya berani menunjuk belang dan menjadi juara berkawad di padang, kerana tempat sebenar-mu adalah di medan. Di situlah pertempuran-mu! Di situlah kemuliaan-mu! Di situlah syurga-mu! Bergeraklah wahai para kesateria. Bergeraklah membela Rasul dan agama-mu. Lepaskanlah segala ketaatan-mu daripada pemimpin yang tidak menerapkan Islam, pemimpin yang tidak mencintai Allah dan RasulNya dan berpalinglah kepada mentaati Allah dan RasulNya. Seterusnya, berikanlah nusrah (pertolongan) dan kekuasaan kepada golongan yang ingin menegakkan agamaNya. Tanyalah diri-mu, untuk apakah engkau menjadi tentera jika tidak untuk berjihad menjaga kesucian Islam, menjaga kemuliaan Rasulullah SAW, mengajar puak kuffar dengan perang-mu, membebaskan wilayah Islam yang dicengkam musuh dan membuka wilayah-wilayah baru demi menerapkan agama Allah di dalamnya? Jika engkau tidak melakukan semua itu, bermakna sudah hilanglah ruh Islam dari jiwa-mu dan maruah serta kemuliaan sudah tercabut dari diri-mu sebagai tentera Muslim.

Bangkitlah wahai para tentera! Kenakan pakaian seragam-mu dan bersiap siagalah. Bersihkanlah semboyan mu yang sudah lama tersumbat itu. Tiuplah semboyan jihad dan perdengarkanlah ia ke seluruh dunia demi menyelamatkan maruah Rasul-mu yang dicalar. Bukalah garaj dan pecahkan kesemua rantai yang mengunci kelengkapan perang-mu. Buangkanlah segala karat yang sudah lama menempel pada senapang-mu. Isikan minyak enjin kereta kebal-mu yang sudah lama kekeringan. Hidupkan enjin jet pejuang-mu yang selama ini hanya mengaum untuk hari pertunjukan yang sia-sia. Terbangkanlah ia ke arah yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya. Malaikat akan terbang bersamamu sehingga engkau menemui salah satu daripada dua kemuliaan, kemenangan di dunia atau pertemuan yang baik denganNya di akhirat.

Khatimah

Wahai Kaum Muslimin! Siapa sahaja yang mencintai Allah dan RasulNya, dia mesti berjuang untuk mendirikan agamaNya. Dan agamaNya tidak akan dapat didirikan tanpa adanya sebuah negara yang menerapkannya. Justeru, siapa sahaja yang cintakan Allah dan RasulNya, dia wajib berjuang menegakkan Negara Khilafah. Siapa sahaja yang marah terhadap orang yang menghina Rasulullah, dia wajib berjuang untuk mendirikan Khilafah. Siapa sahaja yang menginginkan si penghina Rasulullah dihukum, dia wajib mendirikan Khilafah. Siapa sahaja yang ingin memastikan Rasulullah tidak lagi dihina, dia wajib mendirikan Khilafah. Kerana hanya Khilafah sahajalah yang akan secara nyata menghentikan semua penghinaan itu, serta melindungi kehormatan Islam, Rasulullah dan umatnya. Umpama respons Sultan Abdul Hamid II terhadap Perancis dan British, dengan ketegasan sang Khalifah yang mengisytiharkan jihad jika penghinaan itu diteruskan, maka akhirnya segala rancangan jahat musuh terhenti serta-merta. Sultan Abdul Hamid II telah menunjukkan kepada kita bahawa jika Rasulullah SAW dihina, maka jihad adalah jawapannya. Inilah yang juga bakal dilakukan oleh Khalifah apabila kita bernaung di bawah Daulah Khilafah tidak lama lagi Insya Allah.

6 comments.. read them below or add one

onn Lajer onn Lajer 26 September 2012 at 18:46
Takde sesiapa yang nak tanya aku kenapa aku suka copy paste artikel dari HT.
Nur Misnan Nur Misnan 26 September 2012 at 22:54
Memang benar2 sgt.. menyambut orang kafir yang telah
menghina ISLAM + menjahanamkan ISLAM seperti di Iraq
dan membunuh rakyat yg tidak bersalah pun mahu disanjung2..
Bersuara menentang keamanan Palestine tetapi sebaliknya
sama saja...

psstt.. aku memang nak tanya bab copy tuh tapi malu.. har3
boni kacak boni kacak 26 September 2012 at 23:45
setuju... kenapa perlu bersahabat lagi dengan mereka yang dah membunuh nyawa dan memalukan agama umat Islam??
DuluLainSekarangLain DuluLainSekarangLain 27 September 2012 at 09:39
Mmg patut kita rasa terhina dan marah dgn filem itu. Then again byk kejadian ini telah berlaku dan agama lain pun dihina dgn lebih teruk lagi. Ingat filem arahan Dan Brown dulu?
Cuma cara kita membantah dan bertindak balas perlu kena dgn cara dan tempatnya. Entri ini ada mentioned psl 9/11. Maybe bagi sesetengah org kita lihat sbg amaran kpd musuh2 Islam jgn hina Islam tetapi sesetengah org mcm saya suka juga lihat pada post 9/11 dimana tindakbalas org AS menyebabkan org Muslim di AS dan ngr2 barat hidup dalam bahaya dan ketakutan.
onn Lajer onn Lajer 27 September 2012 at 12:33
pasal kalau kita ambil artikel yang sudah di photocopy dia akan terang -terang tulis anda dibenarkan mencetak,menyalin dan sebagainya kerna tiada hak cipta dalam islam.

Lagi satu aku rasa artikel dari HT bermenefaat untuk dikongsi bersama
JebengOtai™ JebengOtai™ 27 September 2012 at 17:09
rasa geram sgt bila ade yg memburukkan rasulullah, tetapi kita kene berhati2 dgn provokasi terbaru ini..mungkin ada agenda tersembunyi..