Doa Lepas Solat

Ya Allah ya Tuhan, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada-Mu. Ya Allah kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap, ya Allah kurniakanlah kami agama yang jitu dan unggul, selamat dari segala marabahaya dan petaka, Ya Allah kami mohon kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta-minta jasa orang lain. Berilah kami ya Allah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharapkan orang lain selain Engkau sendiri, kembangkanlah lembayung rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta siapa sahaja yang bersama-sama kami, janganlah ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu, wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankanlah pinta,perkenankanlah ya Allah.

Ya Allah sesunguhnya aku mohon pertunjuk daripada Engkau, mohon ketakwaan, sihat sejahtera dan kekayaan.

Ya Allah wahai Tuhan kami betulkanlah segala amalan perbuatan kami, kurniakanlah kelebihan kepada kami bukan kekurangan, kurniakanlah kemuliaan kepada kami bukan kehinaan, kurniakan kelimpahan kepada kami bukan sekatan, redhakanlah kami dan kurniakanlah keredhaan. Mohon limpah rahmat-Mu jua ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

Ya Allah tolonglah daku untuk mengingati-Mu dan mensyukuri atas nikmat-Mu dan perbaikilah segala ibadahku kepada-Mu.

Ya Allah kami mohon kepada-Mu akan nikmat yang secukup-cukupnya, mohon kesihatan selama-lamanya, mohon keselamatan yang sempurna, mohon umur yang setuah-tuahnya, mohon kebaikan yang sempurna, mohon rezeki yang semewah-mewahnya, mohon anugerah yang sebaik-baik, mohon sifat lemah-lembut yang sehalus-halus hikmahnya dan mohon amal yang sebenar-benar faedahnya.

Ya Tuhanku aku mengharapkan kegembiraan dari Engkau untuk aku dan isteriku dan dari keturunanku pandangan cahaya mata yang menyenangkan dan jadikanlah aku pemimpin orang-orang yang bertakwa.

Ya Tuhanku tunjukanlah daku untuk mensyukuri  nikmat-Mu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan supaya daku dapat berbuat amal soleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan memberi kebaikan kepada anak cucuku, sesunguhnya aku termasuk orang-orang yang sentiasa bertaubat dan orang-orang yang berserah diri.
(Dan masukanlah daku dengan rahmat-Mu dalam kumpulan hamba-hamba-Mu yang soleh.)
Al-Nam ayat 19

Wahai Tuhanku jadikanlah aku orang yang tetap mendirikan solat dan begitu juga zuriat keturunanku wahai Tuhan kami ampunilah dosa-dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami dan dosa-dosa orang-orang mukmin sehingga hari kiamat.

Wahai Tuhan kami, lembutkanlah kami pada memudahkan  tiap-tiap pekerjaan yang payah, maka bahawasanya memudahkan tiap-tiap yang payah itu atas Engkau amatlah mudah. Wahai Tuhan kami, memudahkanlah segala kerja-kerja kami, serta berilah ketenangan bagi hati kami, dan kesihatan bagi tubuh badan kami, serta kesejahteraan dan afiat pada agama dan dunia kami, sesunguhnya Engkau amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah hidupkan aku sekiranya hidup itu lebih baik untuku, dan matikanlah aku sekiranya mati itu lebih baik untukku.

Onlajer: Makna doa yang boleh kita amalakan sepanjang hayat, Dipetik dari kitab Teman Ibadah di Tanah Suci susunan - Haji Ali Bin Haji Ahmad (07-3328186)
Doa Lepas Solat

5 comments.. read them below or add one

boni kacak boni kacak 15 October 2012 at 20:43
amin...... terima kasih untuk doa ni bro... sama2 kita amalkannya..
JebengOtai™ JebengOtai™ 16 October 2012 at 00:28
kalo ade tulisan arabnya mmg leh hafal ni.. :)
Hazmin Hamudin Hazmin Hamudin 22 October 2012 at 15:59
Bagus perkongsian ni..Harap boleh diamalkan..