Ibadah Korban


Assalamualaikum  pada hari rabu  bersaamaan 8 zulhijah ini semua jemaah Malaysia akan  bertolak ke Arafah selepas waktu zohor bagi persiapan untuk hari wukuf di Arafah pada 9 zulhijah, jemaah  haji Malaysia diarahkan untuk bergerak lebih awal sehari bagi mengelakan dari kesesakan lalu lintas dan untuk memastikan semua jemaah Haji tidak terlepas berwukuf di arafah. dan jika tidak ada aral pada jummat ini pasti ramai telah bersedia dan dapat melakukan ibadah korban mengingati peristiwa Nabi Ibrahim as dan Nabi ISmail as. Amin. dan dengan ketibaan hari raya qurban ini aku selitkan berberapa (Terjemahan surah As-Saaffat ayat 102-109)

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar. (102)

Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami). (103)

Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! (104)

Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (105)

Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. (106)

Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. (107)

Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. (108)

Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!. (109)

Semoga dengan terjemahan ayat Al-Quran ini dapatlah hendaknya kita lebih menghayati ibadah qurban ini.




4 comments.. read them below or add one

boni kacak boni kacak 23 October 2012 at 19:52
eh.. bro dah ada kat sana ke??
JebengOtai™ JebengOtai™ 24 October 2012 at 22:30
time2 mcmni pon pak rab gigit gak ker..isk2..