Awal Tahun Di Madinah Al Munawaroh

on Tuesday, 13 November 2012

Assalamualaikum, Alhamdulilah sudah dua hari di kota Madinah al munawaroh sangat seronok rasanya dapat tiba di bumi Nabi SAW. dengat keadaan hotel yang cukup dekat dengan Masjid Nabawi seumpama Azan  sudah dilaungkan pun masih sempat lagi kita hendak turun berjemaah tanpa ketingalan takbir pertama. ( cuma agak penat sedikitla kalau nak turun dengan jangka masa bergitu hehe). Dan disini musim sejuk rasanya baru bermula dengan tanda matahari terik tapi dengan angin sejuk mula menerjah kulit dengan jangka masa malam lebih lama daripada siang.



Gambar dekat atas aku celok dari google kalau nak dari camera aku kena tunggu pasal aku tak bawa cabel usb. Hotel ini adalah salah satu hotel yang paling dekat dengan mesjid,dan seterusnya yang paling hampir dengan makam Rasullah SAW. Dan berhadapan hotel ini ada hotel yang menempatkan restoran Indonisia yang harga aku tak nak komen sangat, tapi yang penting sodapp.
Dan dikesempatan ini aku mengucapkan salam maal hijrah yang akan tiba pada hari khamis ini, Insyallah dan oleh kerna itu juga terpaksalah aku google kan doa awal tahun dan hujung tahun bagi kegunaan kita semua. 

دعاء أخير تاهون (دباح سبلوم مغرب هاري ترأخير تاهون )
بسم الله الرحمن الرحيم
وصلي الله علي سيدنا ومولانا محمد وعلي اله وصحبه وسلم. اللهم ما عملت في هذه السنة مما نهيتني عنه، فلم أتب منه ولم ترضه ولم تنسه، وحلمت علي بعد قدرتك علي عقوبتي، ودعوتني إلي التوبة منه بعد جرأتي علي معصيتك ، فإني أستغفرك فاغفر لي. وما عملت فيها مما ترضاه ووعدتني عليه الثواب، فأسألك اللهم يا كريم يا ذا الجلال والإكرام أن تتقبله مني ولا تقطع رجائي منك يا كريم وصلي الله علي سيدنا محمد وعلي اله وصحبه وسلم

DOA AKHIR TAHUN

Selawat dan Salam ke atas Penghulu dan junjungan kami Muhammad serta para keluarga dan sahabat baginda. Ya Allah, segala laranganmu yang telah aku kerjakan di tahun ini dan aku tidak bertaubat darinya sedangkan engkau tidak menyukainya dan tidak melupainya. Dan Engkau Ya Allah tetap berlembut kepadaku dari mem4balas kesalahanku dan telah engkau menyeruku agar meminta ampun terhadap penderhakaanku, maka aku memohon ampun dariMu. Ampunkan aku Ya Allah. Ya Allah segala amal perbuatanku di tahun ini yang kamu sukainya dan kamu janjikan ianya dengan pahala maka aku pinta Ya Allah agar menerimanya dan jangan kamu putuskan harapan aku padamu Ya Tuhan yang maha pemurah.

دعاء أول تاهون (دباح سلفس مغرب هاري فرتام تاهون بارو )
بسم الله الرحمن الرحيم
وصلي الله علي سيدنا ومولانا محمد وعلي اله وصحبه وسلم. اللهم أنت الأبدي القديم الأول وعلي فضلك العظيم وجودك المعول ، وهذا عام جديد قد أقبل، أسألك العصمة فيه من الشيطان وأوليائه وجنوده . والعون علي هذه النفس الأمارة بالسوء . والاشتغال بما يقربني إليك زلفي يا ذا الجلال والإكرام، يا أرحم الراحمين وصلي الله علي سيدنا ومولانا محمد وعلي اله وأصحابه وسلم.

DOA AWAL TAHUN

Selawat dan salam buat penghulu dan junjungan kami Muhammad, keluarga dan sahabat baginda. Ya Allah tuhan yang kekal abadi, maha Qadim dan pertama, dengan kelebihanmu yang agung dan pemurahmu tempat meminta bantuan. Inilah tahun baru yang sudah menjelma. Aku pinta darimu di tahun ini pemeliharaan dari syaitan dan kuncunya, bantuan menghadapi nafsu pendorong ke arah kejahatan, dan bantulah aku untuk menyibukkan diri ini dalam usaha mendekatkan diri kepadamu Ya tuhan empunya kemuliaan, yang maha mengasihi



Untuk versi yang lebih terang sila kepautan 

Ranking: 5

40 comments :

  1. wah...bro ada kat madinah ye?? bestnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, dan yang bestnya line wifi excellent hehe

      Delete
  2. :) Semoga semuanya mengikut perancangan dan selamat. Amin

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah seronk awal tahun di madinah..
    hrp bpeluang ke sn jgk nanti..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah,memang 100% disyorkan

      Delete
    2. mmg dlm perancangan jgk..dh dftr haji tp turnnya lmbt lg dlm 20 thn..huk3..maybe plan buat umrah dulu..

      Delete
    3. Semoga tercapai hajat cik tom,insyaAllah

      Delete
  4. sejak bila berada di sana ? buat haji ke aritu bro ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejak 6/10,Alhamdulilah terpilih

      Delete
    2. alhamdulillah..mudah mudahan selamat perjalanan balik nanti

      Delete
  5. tahniah bro dapat sampai ke sana

    ReplyDelete
  6. Kau buat umrah ke brother? Alhamdulillah3x
    Semoga selamat pergi dan pulang..

    Sama2 kita baca doa akhir + awal tahun esok agar
    lebih diberkati tahun baru akan datang..

    ReplyDelete
  7. Tahniah bro...dlm diam2 sampai lak kat Mekah....bila balik nih...n tq share doa nih...

    ReplyDelete
  8. wah seronok dgr kawan2 dah sampai sana... & tq share juga ye

    ReplyDelete
  9. Bestnya dah berjaya jejak kaki ke sana.. Sempat update lagi tu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat madinah je yang line dia excellent hehe

      Delete
  10. semoga hidup kita lebih bermakna pada tahun baru ini. :)

    ReplyDelete
  11. Salam Maal Hijrah kepada awak dan famili

    Bestnya berada di Madinah...

    Semoga semuanya selamat yer

    ReplyDelete
  12. Sambut tahun baru di Madinah. Salam Maal Hijrah. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam maal hijrah untuk bro AB juga

      Delete
  13. semoga semuanya berjalan dengan baik bro..

    ReplyDelete
  14. seronok disana krn tenang sahaja :]

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. Insyallah bro ada rezeki pasti dapat kesana

      Delete
  16. Syukurlah tiba di Madinah pada TAHUN BARU :)

    ReplyDelete
  17. semoga semua urusan dan perjalanan pulang dipermudahkan.

    ReplyDelete
  18. sesiapa saja yang pernah ke Madinah pasti sangat merindui Masjid Nabi yang indah dan wangian pagi waktu Subuh di seluruh kota Madinah.

    ReplyDelete

 
© onlajer,Net All Rights Reserved
OnLajer