Ciri Ahli Syurga Dan Neraka

Sempena petang khamis ini aku nak kasi lah sedikit tazkirah yang aku copy paste dari facebook seorang sahabat  untuk dikongsi bersama dan aku tampalkan lah sekali zikir hari khamis untuk kita amalkanya.


Semoga kita memiliki ciri-ciri ahli syurga dan menghindarkan diri dari memiliki ciri-ciri ahli neraka. Aamiin.

Ciri-ciri ahli neraka:-
- orang yang tetap degil dalam kekufurannya
- sering menghalangi jenis kebajikan
- melanggar hukum agama
- meragukan kebenaran
- menyembah benda yang lain bersama-sama Allah

Ciri-ciri ahli syurga:-
- sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat)
- sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah)
- takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab Allah
- serta dia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat

Dirujuk dari surah Qaf (50) ayat 21 hingga 35.

Semoga bermanfaat. Aamiin.

Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: Yang satu menjadi) pembawa dan (yang satu lagi menjadi) saksi; (21)

(Serta dikatakan kepadanya): Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat). (22)

Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya: Inilah (Kitab catatan iman dan amal) orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia (untuk dibicarakan). (23)

***************
* Ahli neraka *
***************

(Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu): Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam Neraka Jahanam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya. (24)

Yang sering menghalangi jenis kebajikan, yang melanggar hukum agama, lagi yang meragukan kebenaran, (25)

Yang menyembah benda yang lain bersama-sama Allah; maka humbankanlah oleh kamu berdua akan dia ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya. (26)

(Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong. (27)

Allah berfirman: Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang yang bersalah). (28)

KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu. (29)

(Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada Neraka Jahanam: Adakah engkau sudah penuh? Dia menjawab: Adakah lagi sebarang tambahan? (30)

***************
* Ahli syurga *
***************

Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka). (31)

(Serta dikatakan kepada mereka): Inilah yang dijanjikan kepada kamu, kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah); (32)

(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab Allah, serta dia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat. (33)

(Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera; hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal. (34)

Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka). (35)

(Terjemahan surah Qaf (50) ayat 21 hingga 35)

{ 10 comments.. read them below or add one }

pipoq pipoq 29 November 2012 at 16:35
nak menempuh jalan ke syurga memang terkadang dirasakan pahit, kerana syurga itu manis..
donnyien donnyien 30 November 2012 at 03:56
hello bro,

perkongsian yang sangat bermanfaat untuk pembaca..
tehr tehr 1 December 2012 at 00:39
moga2 kita adalah antara ahli syurga
insya-allah
boni kacak boni kacak 2 December 2012 at 11:54
terima kasih bro sebab berkongsi... :)
JebengOtai™ JebengOtai™ 2 December 2012 at 14:56
selalu bedoa,berusaha dan berharap menjadi ahli syurga..
Mummy Akmar Mummy Akmar 3 December 2012 at 08:12
Semoga semua tergolong dalam ciri ahli Syurga.. Amin.
sabree hussin sabree hussin 4 December 2012 at 12:57
Kita semua idam2kan syurga, tetapi sayang, jalan yg kita lalui rupa2nya menuju ke neraka
AnonymousAnonymous 27 February 2013 at 19:24
TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIANNYA.