Penghidup Mara Sonsang


Assalamualaikum alhamdulilah sempat juga aku menyiapkan satu artikel berkaitan dengan starter Bagaimana penghidup mara songsang (Forward Reverse starter)  untuk talian terus berfungsi malam tadi setelah kepala aku agak pening bagaimana cara nak mempopularkan dan memancing undi G+ bagi artikel yang berkaitan dengan iphone 5 dan juga menperhebat kan seo artikel 3 blog terbaik, ada sesiapa yang boleh membantu hehe.

Ok berbalik kepada topik Penghidup kawalan mara songsang, Ia memerlukan dua punat start yang akan digunakan satu untuk mara dan satu lagi untuk sonsang. Dalam litar ini, penyentuh yang digunakan saling mempunyai kunci mekanik dan punat tekan hidup saling mempunyai kunci elektrik.

Gambar Contactor Forward Reverse aku celok dari ebay
a-Apabila punat mara ditekan, arus akan mengalir dari "L" masuk ke  punat tekan henti. Punat tekan mara (bahagian hidup) ke sesentuh lazim tertutup (normaly closed) "R" ke gegelung "F" dan berakhirnya ke "N".

b- Ini bererti gegelung mara "F" mendapat arus litar yang lengkap dan bertenaga.

c- Apabila sesentuh "F" bertenaga ini menyebabkan kesemua sesentuh "F" akan berkerja yang lazimnya tertutup akan terbuka dan yang lazimnya terbuka akan tertutup.

d- Motor elektrik akan berputar pada arah mara disebabkan penyambungan yang mengikut fasanya.

e-Motor akan terus berputar walaupun punat tekan mara dilepaskan kerana arus punat tekan itu sebagai pelengkap litar telah diambil alih tugasnya oleh sesentuh tambahan "F" ( Dalam litar ia selari dengan symbol punat tekan hidup).

f-Semasa motor bergerak dalam arah mara, Apabila punat tekan songsang ditekan motor tidak akan bergerak kearah songsang atau berhenti ini disebabkan oleh terdapanya saling kunci mekanik yang dipasang pada sesentuh utama "F" dan "R".

g-Motor perlulah di matikan dahulu dengan menekan punat henti, ini menyebabkan gegelung tenaga "F" akan kehilangan tenaga dan apabila punat tekan songsang songsang ditekan gegelung songsang "R" akan bertenaga dan berkerja seperti "F".

h- Motor akan berpusing pada arah songsang kerana dua daripada fasa bekalan kemotor diterbalikan menerusi sesentuh "R"

i- Apabila punat tekan henti dtekan atau berlakunya beban lampau "F" atau  "R" akan kehilangan  tenaga dan ini menyebabkan kesemua litar gegelung akan berhenti beroperasi dan ini akan menyebabkan motor terhenti.


Contoh schematic mara songsang  (Forward Reverse)
Yang Berkait:-

DOL
PHOTO CELL
PHOTO CELL C/P
CONTROL PANEL
SYMBOL 01
KOTAK KAWALAN MASA
SAIZ KONDUKTOR


{ 10 comments.. read them below or add one }

onn Lajer onn Lajer 27 November 2012 at 11:18
Takpe saja nak bagi nota bagi budak elek yang masih green, kalau dah otai meraka akan kata benda ini merapu hehe
boni kacak boni kacak 27 November 2012 at 21:46
pergh... memang pening..hehehehe..
tehr tehr 28 November 2012 at 06:26
aku tak berapa nak faham
sebenarnya digunakan untuk apa ni, bro?
onn Lajer onn Lajer 28 November 2012 at 10:59
Yang ini masih kira simple je bro hehe
onn Lajer onn Lajer 28 November 2012 at 11:01
Kawalan ini biasanya digunakan pada conveyor ataupun esculator
Hazmin Hamudin Hazmin Hamudin 28 November 2012 at 12:27
Tak faham apa pun ni. Hehe.. Layankan je.
JebengOtai™ JebengOtai™ 29 November 2012 at 00:09
ilmu mcm ni x der merapunya..hehe

mungkin utk sistem yg lebih advance ditambah regenerative braking utk jimat tenaga.. :)
titan titan 29 November 2012 at 00:49
apa hang tulis ni? songsang??? bukan terbalik ke?
Denaihati Denaihati 30 November 2012 at 14:41
ingat Mara tu majlis amanah rakyat...heee. cuba2 nak fahamkan.