Sebelum Tidur

on Friday, 7 December 2012

Tazirah ini aku sedut dekat FB rakan - rakan walaupun kita dah tahu tapi sengaja buat peringatan bagi yang terlepas pandang.

Bagi mengatasi kepenatan semasa melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :
“Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.”
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku?. Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur:

a. bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,
b. bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali
c. bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.

Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini. Katanya “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku.”
Alangkah baiknya amalan ini dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca:

a. Subhanallah (33 kali),
b. Alhamdulillah (33 kali)
c. Allahuakbar (33 kali)
pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya Allah – Allah dari petunjuk Nabii ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah SAW)
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Gambar tajaan google

p/s: Bryani gam Batu Pahat Menu Tengahari Jumaat  hehe
p/s: Untuk anda yang mahu belajar membuatroti boleh lah mendapatkan Video  Belajar Buat Bun, Pau dan Pizza Di Rumah Style Hotel
Ranking: 5

17 comments :

  1. Sedap bebenor tengok beriyani tu yer..
    A ah amalan ini patut di lakukan..sebelum tidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan memang ler sedap he,
      yang ini kekadang yang post ini pun terlalai

      Delete
  2. Semoga tazkirah ini dijadikan amalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah der,
      err der kawasan kau mana kedai yang power hehe

      Delete
  3. terima kasih bro sebab berkongsi tazkirah ni :)

    ReplyDelete
  4. peringatan buat yang sering terlupa..

    kekadang tu kita ni sebelum tidur, doa tidur pun tak baca..

    ReplyDelete
  5. gambar makanan menarik perhatian aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa der lepas majlis ada jamuan heh

      Delete
  6. Tengah menghayati tazkirah ni tetibe nampak gambar nasik tu...terus hilang fokuss... haiishh... hoho

    ReplyDelete
  7. jom sm2 jadikannya amalan sebelum tido...

    ReplyDelete
  8. Satu perkongsian yang menarik dan baik untuk diamalkan oleh semua. Terima kasih kerana saling mengingatkan.

    ReplyDelete
  9. ingatkan tadi sebelum tido kena makan nasi beriani.....bagus info tu bro

    ReplyDelete

 
© onlajer,Net All Rights Reserved
OnLajer