SISTEM KAWALAN DAN PERLINDUNGAN PENDAWAIAN

on Tuesday, 18 December 2012

Download Percuma Rahsia Teknologi Penjimat Elektirk 

Pemilihan Sistem Kawalan dan Perlindungan Pendawaian 

Kawalan dan perlindungan pendawaian adalah suatu sistem pemencilan /pengasingan dan pensuisan serta sistem perlindungan yang mesti ada di dalam setiap pendawaian domestik.
Pengasingan dan Pensuisan
Contohnya suis, palam kuasa dan soket alir keluar serta pemutus litar. Ianya berfungsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan secara manual pada sesuatu litar tanpa mengganggu litar lain. Ia bertujuan untuk mencegah bahaya renjatan elektrik semasa penyenggaraan, pengujian, mengesan kerosakan dan pembaikan.
Perlindungan
Memberi perlindungan kepada sistem pendawaian, kelengkapan elektrik atau pengguna daripada bahaya yang disebabkan oleh arus elektrik seperti arus lebih, arus bocor ke bumi, litar pintas, kilat dan sebagainya. Litar di bawah menunjukkan alat pengasing dan perlindungan yang mesti dipasang pada sistem pendawaian elektrik domestik.
Alat Pengasing dan Perlindungan Pendawaian Elektrik Domestik



Perlindungan Arus 
Secara amnya, perlindungan bagi arus boleh dibahagikan kepada dua ;
i. Perlindungan arus lebih (arus beban lebih atau litar pintas).
Pemutus litar atau fius hendaklah digunakan dengan kadaran yang sesuai bagi perlindungan arus beban lebih atau litar pintas.
Pemutus litar atau fius hanya digunakan pada konduktor hidup sahaja. Bagi penggunaan litar fasa tiga, semua pemutus litar atau fius hendaklah digabungkan dalam satu kumpulan litar. Pemilihan alat perlindung arus lebihan mestilah berpandukan kepada paras kerosakan arus litar pintas pemutus litar atau suis utama [kA].
ii. Perlindungan arus bocor ke bumi.
Pemutus Arus Baki (RCD) hendaklah digunakan dengan kadaran yang sesuai bagi perlindungan arus bocor ke bumi (mengelakkan daripada renjatan elektrik).
a) Peraturan 36(1), PPE 1994 menyatakan bagi sesuatu pepasangan di tempat hiburan awam, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah menggunakan peranti arus baki berkepekaan tidak melebihi 10 miliampiar;
b) Peraturan 36(2), PPE 1994 menyatakan bagi sesuatu pepasangan di tempat yang lantainya berkemungkinan akan basah atau jika dinding atau kepungan berintangan elektrik yang rendah, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah menggunakan peranti arus baki berkepekaan tidak melebihi 10 miliampiar;
c) Peraturan 36(3), PPE 1994 menyatakan bagi sesuatu pepasangan jika kelengkapan, radas atau perkakas yang dipegang dengan tangan, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah menggunakan peranti arus baki berkepekaan tidak melebihi 30 miliampere; dan
d) Peraturan 36(4), PPE 1994 menyatakan bagi sesuatu pepasangan selain daripada (1), (2) dan (3), perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah menggunakan peranti arus baki berkepekaan tidak melebihi 100 miliampere.

Keperluan Pengunaan Pemutus Litar Arus Baki (Kepekaan) Berdasarkan Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.


Alat Perlindung Arus/Voltan Mendadak (Surge Protection Device (SPD)
SPD adalah digalakkan untuk dipasang bagi melindungi daripada sambaran kilat yang mendadak (lightning surge) atau voltan berlebihan yang mendadak (overvoltage surge). Ianya boleh dipasang berdekatan dengan punca bekalan (sebelum RCD). Spesifikasi Keperluan Alat Pelindung Arus/Voltan Mendadak (Surge Protection Device):


Contoh surge protector (SPD)






Ranking: 5
 
© onlajer,Net All Rights Reserved
OnLajer