AKSESORI ELEKTRIK

on Wednesday, 23 January 2013


Pemilihan Aksesori Pendawaian
i. Semua aksesori pendawaian yang digunakan hendaklah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga dan dilabelkan dengan label yang dikeluarkan oleh SIRIM .
    -Suis, soket alir kuasa, palam 3 pin, ros siling, penyambung, soket - bahan binaannya hendaklah terdiri dari jenis polycarbonate.

iii. Bagi semua pendawaian menggunakan pembuluh logam -
 -Suis, soket alir kuasa dan penyambung - bahan binaannya hendaklah terdiri dari jenis berperisai logam (metal clad); dan
 -Semua aksesori hendaklah dibumikan secara berkesan.

iv. Suis fius yang digunakan pada pemasangan pendawaian fasa tunggal mestilah
mempunyai fius yang dipasang secara tetap dan tidak bergerak bersama suis.
v. Fius suis yang digunakan pada pemasangan kediaman sistem 3 fasa juga mempunyai fius dan suis. Penyambung fius dipasang bersama bagi membolehkan fius bergerak secara serentak.

vi. Lampu 
a. Bagi lampu kalimantang yang menggunakan magnetic ballast (watt loss tidak melebihi 6 watt) mesti dilengkapkan dengan pemuat (capacitor) jenis kertas kering;
b. Bagi lampu kalimantang yang menggunakan pencekik elektronik (electronic ballast) atau high frequency electronics ballast tidak memerlukan pemuat (capacitor);
c. Bagi pemasangan lampu di luar rumah kediaman, hendaklah menggunakan lampu kalis cuaca dan kalis air.
d. Voltan bagi semua pemasangan lampu dalam air (seperti kolam renang, fountain dan lain-lain) mestilah menggunakan jenis lampu kalis air dengan kadaran voltan tidak boleh melebihi 12 Volt AC.

vii. Pemanas air elektrik terbahagi kepada 2 jenis iaitu pemanas air seketika dan pemanasan air setoran [jenis tangki setoran].
-Pemanas air jenis seketika mesti dilengkapkan dengan kawalan suis 2 kutub dan peranti arus bakinya sendiri. Manakala pemanas air jenis setoran (jenis tangki setoran) pula hendaklah dipasang dengan pengasing dan peranti arus bakinya sendiri; dan
-Pemanas air elektrik yang melebihi 3kW hendaklah disambung secara tetap kepada pemutus litar/fius 20A/30A berserta suis pengasing dan peranti arus baki.

viii. Pemasak Elektrik yang melebihi 3kW, mestilah mempunyai litar tersendiri yang disambung secara tetap kepada pemutus litar atau fius 30A berserta suis pengasing dan unit kawalan pemasak yang digandingkan bersama soket alir keluar 13A. Dua atau lebih alatan memasak boleh di pasang dalam bilik yang sama dengan jarak tidak melebihi 2 meter.

ix. Motor elektrik (pintu pagar, penghawa dingin, fountain, kolam renang, kolam ikan, pam air) yang melebihi 373W tetapi tidak melebihi 2238W, mestilah disambung terus secara tetap kepada pemutus litar/fius berkadaran 20A/30A berserta pengasing, penghidup motor dan soket alir keluar 15A. Penghidup motor mestilah jenis terus ke talian (Direct On Line) dengan kelengkapan bersama sesentuh, geganti beban lampau dan kawalan mula-henti. Pemutus litar/fius yang mengawal litar motor mesti berkeupayaan menahan arus permulaan beban motor tersebut.

x. Loceng elektrik - Litar mestilah mengandungi suis tetekan (push button) dan pengubah AU/AT.

xi. Kipas angin siling mestilah mematuhi standard MS 1219:2002 pada klausa 21.101 iaitu test on suspension system of ceiling fan.

Ranking: 5
 
© OnLajer All Rights Reserved
OnLajer