Isu kalimah Allah

Assalamualaikum, Dalam masa beberapa tahun ini isu kalimah Allah telah menjalar di media arus perdana dan baru - baru ini, isu ini umpama telah disimbah petrol supaya lebih marak lagi. Pastinya ramai yang mengetahui teks ucapan YB tersebut, untuk aku takde halnya aku nak mencari, isu ini pun secara tidak sengaja aku perolehi dari blog-blog peribadi yang kata bukan blog politik. Aku memang tak de niat nak mengulas atau menambah inti, keran ilmu didada pun sekadar untuk menjaga diri dan keluarga dari terlari dari landasan Islam.Oleh itu aku share video yang aku peroleh dari YT dari satu sumber INI yang sedikit sebanyak dapat menjelaskan dengan lebih baik lagi.


Ops sorry salah video pasal tajuk video ini  Bolehkah Orang Kafir Menyebut Kalimah Allah/Islam? .Cuma aku pelik dengan dia orang ni, nak upload video tentang agama ni jangan lah pendek -pendek kasi panjang sikit, Kasi terang - terang takut orang akan keliru, Perumpamaanya tak kan kita hendak mengajar ilmu munakahat pada budak darjah satu , Orang yang dah akhil kalau nak kahwin pun kena hadir kursus paling tidak dua hari . Kalau nak ulas tentang isu ini kasilah video panjang sikit supaya jelas seperti video dibawah ini.


Ha video ini baru betul tajuk dia Pandangan Datuk Dr Haron Din tentang isu kalimah Allah, Satu sahaja iklan ulangan dari aku minta jasa semua penduduk untuk mengimarahkah mesjid atau surau berhampiran tempat anda, Jangan seperti mesjid yang dekat zoo negeri aku sebelah ada sekolah mahad dekat - dekat ada kompleks islam waktu zohor dua saf pun susah tapi berkempen untuk isu semasa ini memang bersemangat sekali.

P/S Sekali lagi aku gagal mengulas Bab Harta.
Isu kalimah Allah

5 comments.. read them below or add one

WRizuan WRizuan 14 January 2013 at 14:49
semakin panas isu ini....lagi dekat PRU lagi diperhangatkan....
tehr tehr 14 January 2013 at 23:09
nampak isu ni semakin panas
tapi bagi aku semakin jelas
pipoq pipoq 15 January 2013 at 01:54
itu la realitinya..kekadang tu takut, diri kita sendiri pun belum cukup sempurna kita tegakkan tapi kita sibuk nak pertahankan yang kita sendiri tak tahankan..

ala, sama la macam suruh orang lain buat baik tapi sendiri pun tak baik..

kita pelihara la diri kita dan ahli keluarga kita dari perkara yang merosakkan ketaqwaan kita dulu..
effortlab effortlab 16 January 2013 at 23:39
Ada pihak yg saja nak cucuk kemarahan kita. Yang penting, jangan menggelabah.