Tahun Baru Muka Baru

Assalamualaikum sudah masuk jumaat yang kedua bagi Tahun 2013 masihi , pastinya perubahan atau pembahruan sesuatu benda akan berlaku. umpama budak - budak sekolah yang mendapat uniform persekolahan yang terbaru untuk digayakan pada rakan -rakan. Onlajer.blogspot pun tidak mahu ketinggalan dengan mengeluarkan sedikit fulus dan wa laa dah siap satu header tak payah susah - susah nak edit dekat photoshop yang terang - terang kita tak mahir dengan nya ." terima kasih koz "


I say tengok dah ada header ini macam sayang sekali kalau aku tak isi , kata orang mangkin bertambah semangat untuk jadi tukang karut yang lebih hengsem daripada abang ansem hehe.

Nak isi artikel dalam blogspot ini bukan payah cari satu benda yang kau suka lepas tu kau ulas - ulas sikit. mula - mula hasil penulisan kau mungkin teruk lebih - lebih lagi kalau kau jenis dah lama habis dari alam pembelajaran macam aku, tapi  lama - lama mesti bagus dan sedap orang nak baca. sesedap kuih karipap. Dan kalau betul - betul kosong takde apa - apa dan dah nak seminggu tak updated , senang jer kau orang pergi dekat mykhalifah dot com sana ada penulisan daripada saudara rosli_salleh daripada Hizbut Tahrir kerana artikel - artikel tersebut semamangnya digalakan untuk disebarkan seluruh dunia. Balik solat jumaat pun kekadang dekat mesjid ada disediakan untuk tatapan ambil satu jika mahu, Tapi apa-apa pun kredit untuk meraka tetap diberi. 

Cuma kekadang otai - otai cakap jangan banyak kopi-kopi nanti google tak suka, apa kita nak google suka atau kita yang suka, kita kena suka dahulu baru bagi orang suka baru jadi happy nak masuk entry yang berani mati. Fikir juga kalau kopi-kopi cerita sensasi pasti boleh meletop, lagi - lagi bab - bab politik dan hiburan pasti ramai yang suka, kalau tak percaya tanya brader ini . cumanya aku tak berani lagi , merana dan butthurt pastinya dengan lanun-lanun cyber tropper yang pastinya akan menyerang. Dari itu ambil sahajalah jalan slow and steady pasti nya ada rezeki dalam blog ini..

Kasi tarok lagu hepi-hepi satu

Apa ntah gua melalut ni asalnya gua cuma mahu kerek yang onlajer dah ada header baru tak lebih dari itu. apa pandangan anda semua tentang muka baru ini ok tak , gua tengok ok seronok sahaja gua memandang, kasi sikit- sikit idea dekat koz terus macam dia dapat baca apa dalam tengkorak aku. err ada sapa -sapa berani nak komen muka baru ini?




{ 26 comments.. read them below or add one }

selipar putih selipar putih 11 January 2013 at 15:37
nice header..aku pon tempah kat bro koz ni...
Unknown Unknown 11 January 2013 at 15:40
terbaik der..header yg kemas dan cantik
Amirez Amirez 11 January 2013 at 15:42
smart header. semangat blogging kena lebihlah macam ni ;)
onlajer onlajer 11 January 2013 at 15:43
koz macam boleh baca apa yang aku nak hehe
onlajer onlajer 11 January 2013 at 15:44
koz ada orang puji kau lagi hihi
onlajer onlajer 11 January 2013 at 15:46
semangat + masa - sibuk = naik satu mata hehe
tehr tehr 11 January 2013 at 23:26
menarik dan tertarik
memang sesuai sangat dah ni
moga2 blog ni akan lebih meriah
akubiomed akubiomed 12 January 2013 at 00:43
Semangat tahun baru. Tanniah. :-)
onlajer onlajer 12 January 2013 at 10:55
Kozumi Ro yang buat lah der
nazray nazray 12 January 2013 at 10:55
selamat tahun baru, tahniah. salam kenal
onlajer onlajer 12 January 2013 at 10:57
Hanif idrus,pipoq,tehr,akubiomed,nazray = terima kasih
Budak Felda Budak Felda 12 January 2013 at 14:04
kasi link der nk terjah hehehe
Unknown Unknown 12 January 2013 at 15:47
header baru utk tahun baru.....cun gak bro
boni kacak boni kacak 12 January 2013 at 15:57
hehehhe.. nak masukkan hiburan boleh je bro.. just ketengahkan lagu2 baru dan sertakan sekali liriknya..itu pun dah memadai :)
Nadot Nadot 13 January 2013 at 07:26
cantik!..bestnya tempah header baru...saya baru buat header sendiri, dah la tak reti guna software, hasil cikai je..tapi takpa la buat sementara waktu... hohoho
AnonymousAnonymous 20 January 2013 at 20:44
Salam bro.. ada permintaan. Boleh tak buat tutorial camna nak pasang header ni pada theme thesis for blogspot yg bro pakai ni?
onlajer onlajer 21 January 2013 at 13:48
Salam, sorry la der benda ini kozomi aka budak nakal yang tolong setting kan.