Test Pen Bukan Screw Driver


Kekadang jika berada pada industri kejuruteraan elektrik benda - benda yang tidak sepatutnya dilakukan akan dibuat oleh individu - individu yang mahir dan berpengetahuan tentang peralatan yang patut diguna atau tidak patut diguna. satu contoh yang peralatan tangan yang sering disalah guna adalah Test Pen di jadikan screw driver atau pemutar skru.

Bukanya tidak boleh tetapi dari pengalaman saya  meraka akan cuba melongarkan skru yang berada di mcb dengan mengunakan test pen perkara seperti ini patut dielakan kerana ia akan merosakan bunga skru tersebut dan pada masa yang sama anda tidak akan dapat mengetatkan skru pada tahap yang paling maksima. Dan ini boleh menyebabkan contact dan wire tidak terikat dengan sempurna dan boleh menyebabkan berlaku kepanasan terhadap contact dan wire yang boleh mendatangkan kerosakan pada papan agihan kuasa.


Bukan untuk tidak membenarkan test pen  dijadikan screw driver tetapi ikutlah kesesuai benda kerja yang hendak dilakukan supaya ia tidak merosakan benda kerja dan seterusnya dapat memelihara Test Pen ini pada jangka hayatnya yang sebenar.


PVC Connector salah satu aksesori elektrik yang sesuai untuk dikahwinkan dengan test pen ini, tetapi jika saiz connector tersebut melangkaui  20amp maka Test pen juga tidak sesuai digunakan disebabkan saiz skru yang telah menjadi lebih besar mengikut kesesuai kabel yang hendak disambung.

P/S: 
Bengang betulah aku dengan kualiti test pen sekarang ini baru jatuh dari poket dah terbarai isi dia. 
Err Mr.Philips please do something about this, it's annoying to buy a new one frequently.










{ 18 comments.. read them below or add one }

Nadot Nadot 17 January 2013 at 13:02
ooo..tak boleh eh... ingatkan 2 dalam 1.. boleh je gune as screwdriver pun... heheh...tq fot the info :)
pipoq pipoq 17 January 2013 at 13:35
baru hari ni aku tau..selama ni itulah pemutar skru serbaguna..tapi memang tak dinafikan, bila guna test pen ni untuk memutar skru selalu mata dia ngan bunga skru tu tak berapa ngam..tapi paksakan jugak..hehehe
nazray nazray 17 January 2013 at 14:46
Pergh, serios, saya baru tahu, test pen bukan untuk memutar skru, selama ni saya main bedal je, asal muat dekat bunga, ok lah, janji berpusing je skru tu, hehe, terima kasih sebab bagi tau.
Nur Misnan Nur Misnan 17 January 2013 at 14:52
dulu2 masa kecik2 selalu tanya abah
test pen tu apa? Screw driver tu apa?
tak sama ke?... hik3..
Encik Anif Encik Anif 17 January 2013 at 15:30
:D Ramai yang ingat sama.. Hehe
Budak Felda Budak Felda 17 January 2013 at 16:04
aku pun prng guna buat screw driver hehehehe
onn Lajer onn Lajer 17 January 2013 at 16:12
Nadot,pipoq,nazray,nur misnan,En.anif, budak felda : sebenarnya banyak benda yang tak patut kita buat dengan test pen ini seperti buka tin biskut,scrap karat celah - celah barang , korek - korek permukaan dinding kayu yang telah dijangkiti anai - anai dan sebagainya hehe.
suri suri 17 January 2013 at 17:17
aik ni marh pasal beli brg tpi kualiti ko huu..
suri suri 17 January 2013 at 17:18
org kita asal blh semua benda dia nak belasah heeee..yg tak pakar terus jadi pakar
baguznet baguznet 17 January 2013 at 17:19
selalu jugak menyalahguna fungsi test pen ni tapi mmg betul pun apa yg bro kata tu...

tak dinafikan mutu keperluan alatan elektrik skrg ni semakin menurun
Hanif Idrus Hanif Idrus 17 January 2013 at 19:21
Alamak!!! terasa lak aku..hehehehee
Ohhh!! aku dah faham ...test pen tak boleh buka screw saiz besar..hahahhaha
boni kacak boni kacak 17 January 2013 at 19:24
hahahahaha.den selalu gunakan test pen untuk ikat skru..hehehe

betul tu bro. kualiti test pen sekarang sangat2 menjengkelkan.. jatuh sikit pun, dah terbarai teruk..
tehr tehr 17 January 2013 at 22:55
aku biasa guna pvc connector yang paling kecil je
jadi sesuai la dengan test pen
hehe
Cikgu Hairul Cikgu Hairul 17 January 2013 at 23:13
mata tu pun dipasang pada pemegang tak berapa sesuai untuk kerja-kerja mengetat. nama pun test pen. sekali putar kat skrew yang agak ketat dah terkehel mata tu. materialnya lembut sangat..
Budak Nakal Budak Nakal 17 January 2013 at 23:42
AHak...itulah kelebihan dan kekurangan pen test^^
titan titan 18 January 2013 at 00:19
hang buat sendirilah. haha..
Denaihati Denaihati 22 January 2013 at 17:01
selalu juga asal boleh je...heee
philip bukan ori kot yg jatuh je terbarai.
AnonymousAnonymous 23 January 2013 at 01:05
huhu dulu masa keja maintenance hotel aku selalu guna test pen gak buat skew driver :D