Cetak Coil


Hari ini saya ingin berkongsi tips atau cara motor rewinder membuat cetak atau former coil(perkataan yang selalu disebut meraka) untuk lilitan wayer bagi sesebuah stator motor elektrik. Walau pun cara ini mungkin tidak seperti pekerja-pekerja dari kilang - kilang yang besar seperti teco,fuji,siemens atau sebagainya. Mungkin dengan kaedah yang saya akan tunjukan dapatlah tuan atau puan mendapat pencerahan bagaimanakah sesebuah motor elektrik itu dililit wayer.

Jika anda tidak tahu motor elektrik contoh yang paling gampang adalah kipas angin yang selalu anda lupa nak matikan di rumah. hehehe

Ok setelah selesai proses meletakan kertas atau plastik insulation pada setiap slot atau lubang yang berada pada motor tersebut,
Stator yang telah siap di masukan kertas insulation pada slot

-ambil dua keping papan untuk dijadikan former
-ukur panjang kertas insulation pada slot dan tambahkan lebih kurang 10mm hingga 15mm pada panjang asal.

-buat garisan pada papan former jika 200mm bahagilah dua sebelah atas 100mm sebelah bawah 100mm
 ( faham tak?)  nampaknya gua kena bubuh rajah nih.

dua keping papan  ditindih menjadi satu





-Ambil benang yang agak kasar lebih kurang tali rafia dan ukur jarak antara lubang slot pertama hingga jarak asal biasanya jarak slot 1 hingga 8 bergantung pada pole atau kelajuan sesebuah motor atau jumlah slot yang ada. (nampaknya boleh buat modal idea blogspot aku ini hehe)

Mengukur jarak slot mengunakan benang putih tanda center to center
-Selepas selesai mengukur pindahkan ukuran pada papan , dan tebuk lah papan itu untuk dimasukan paku.
(tebuk dua keping papan sekali gus.

Memindahkah ukuran kepada papan
-Selasai membuat former boleh lah anda mula memusing wayer untuk dijadikan coil.

Tangan tengah memusing coil 
-Amaran yang tersangat keras sila pusing satu set dahulu untuk percobaan, masukan dulu pada slot dan jika ngam mula lah menyiapkan kesemua set coil tersebut.

Satu coil sudah siap
Dan akhir sekali cuba siap kan proses rewinding ini dengan teliti,cepat dan wayer tidak akan luka bagi mendapat keuntungan yang paling maksimum jika anda bercita- cita untuk membuka bisnes seperti ini.

coil  baru siap masuk
Ok beri sedikit Pendapat anda semua dengan bidang ini:-
Pautan:-
1-Motor-rewinding-1
2-Motor-rewinding-2
3-Motor-rewinding-3
4-Motor-rewinding-4
5-Mengukur-cooper-wire
6-Rewinding-dc-motor-stator
7-Conecting-wire-for-single-phase-blower.


Nota untuk pembaca :
Onlajer menyokong contest  10 Blogger Terbaik Malaysia  hehehe

 

3 comments.. read them below or add one

Nur Misnan Nur Misnan 16 February 2013 at 14:41
Seronok juga belajar bab baru.. mana taukan
terniat nak buka bisnes satu. hik3
tehr tehr 16 February 2013 at 23:58
nampak mudah juga nak buat ni
mungkin juga aku boleh belajar nanti