Hansel & Gretel - Review

Mendengar lima lagu deep purple secara berulang - ulang pada pc kokak ini membangkit semangat untuk memberi sedikit ulasan terhadap sebuah siri dongeng kanak - kanak yang telah diadaptasi kepada filem dengan sedikit twist of time menjadikan Hansel & Gretel sebuah filem yang menghiburkan bagi peminat filem bergenre horor fantasi dengan penambahan darks komedi.



Sejujurnya tidak kupasti masih ada lagi tayangannya di pawagam atau tidak, namun bergitu rasanya tak lah terlalu lewat aku bercerita tentang filem ini.

Mesti semua dah tahu dongeng dahulu kala yang menceritakan kisah dua beradik ini telah dihantar oleh bapanya ketengah hutan dan ditinggalkanya, memaksa kedua adik beradik ini mencari jalan pulang sehingga tersesat sehingga mereka menjumpai rumah yang diperbuat dari makanan. Dimana seorang ahli sihir yang akan memberi kanak-kanak makan sehingga budak itu gemuk dan giliran perempuan sihir itu memasak dan memakan kanak- kanak tersebut. Apa bila gilaran hansel untuk dimasak Gretel berjaya mencuri kunci gari dan membebaskan diri. Di kesempatan itu gretel berjaya  mengambil sebilah pisau lalu menikam dan menolak ahli sihir itu kedalam oven pembakaran. Disinilah adanya satu adegan apabila gretel memegeng pisau perempuan sihir itu mengenakan sihir terhadap Gretel tetapi tidak memberi kesan kepadanya.



Untuk adegan seterusnya Hansel dan Gretel telah dewasa dan meraka menyelamatkan seorang gadis yang hampir dihukum bunuh oleh kumpulan sheriff. dengan menegaskan meraka akan menyelamatkan kanak - kanak yang hilang dan berkata  suka atau tidak kejahatan itu ada dimana-mana dan meraka mengarahkan semua penduduk yang berkumpul itu pulang. Walaupun tindakan mereka tidak disenangi oleh sheriff. Dan disinilah bermulanya plot memburu ahli sihir yang jahat bermula dengan diselangi jenaka seram. gua sedikit kecewa tadak kuasa yang power keluar dari ahli sihir itu setakat tinggi kan pokok bagi menghalang hansel mengejarnya dan penyapu terbang. macam ini terang - terang kena tangkap.

Babak seterusnya memaparkan sheriff mengupah pemburu upahan menjejak kanak - kanak yang hilang. Setibanya pemburu dihutan meraka berehat dengan dikejutkan datang seorang perempuan yang sebenarnya dalam siri ini ialah ketua perempuan sihir rangking no.1 dengan selambanya menjinakan rottweiller (kalau tidak silap) dan mengarahkan rottweiler itu menyerang tuan asalnya, seorang lari ditangkap oleh pokok dan diputuskan badan dan seorang lagi pemburu telah disumpah dengan hungger for crawling thing, aku pun tak pasti apa bendanya macam ulat sagu jer. PEmburu yang terkena sumpahan itu pergi ketempat witch hunter mengeteh dan meyampaikan amanat dari the dark witch sebelum meledakan dirinya yang penuh berisi benda-benda yang merayap. Adegan lawak kurang jelas Hansel menarik seorang rakan untuk dijadikan perisai sebelum letupan berlaku. Cuma yang telah dipastikan Hansel adalah  seorang yang menghidapi kencing manis.


Seterusnya meraka membuat perancangan memburu salah satu witch untuk disoal siasat, dengan memasang perangkap dihutan dengan membuat penyamaran seorang kanak - kanak telah terpisah dengan bapanya, helah meraka menjadi dan sekali lagi gua dikecewakan kerna ahli sihir ini sama sekali tidak berguru dengan valdermot dengan itu takdelah side efect kuasa hebat dikeluarkan,.
Setelah seorang ahli sihir itu ditankap ketua dan leff hand nya telah pergi kebandar tempat dimana Hansel dan Gretel melakukan soal siasat misi meraka menculik kanak - kanak pilihan dan membebaskan rakan mereka, disinilah adegan dima grettel hampir dibunuh dan Hansel telah tersankut pada pokok apabila dia tidak melepaskan penyapu terbang perempuan sihir itu.

Bermulanya disini segalanya terjawab selepas Gretel dibelsah oleh sheriff and the gang sehingga mahluk troll menyelamatkanya dan adegan dewasa Hansel dikolam meraka ditemukan disebuah rumah yang usang dan telah meraka sedari rumah tersebut adalah rumah meraka sewaktu meraka kecil. Dan datangnya perempuan sihir jahat yang membongkar salah silah keluarga meraka. Dan tujuannya menculik Gretel yang ingin dijadikan korban supaya kuasa penyihir jahat itu menjadi lebih hebat. Dengan bantuan gadis kolam yang sebenarnya penyihir baik Hansel pergi menyelamatkan Gretel. Meraka bertarung sehungga ahli sihir itu lari samapi ke rumah kuih yang pernah menghantui meraka disinilah Muriel ditewaskan dan angota badan dan kepala dibakar didalam oven yang sama lima belas tahun dahulu.

Cis dekat You Tube Dah ada Full Movie
 

4 comments.. read them below or add one

titan titan 24 February 2013 at 07:31
memang terbaik cerita ni walaupun mengarut. haha
Admin Admin 25 February 2013 at 00:16
aku dapat tengok trailer dia je. nak download tnet macam kura kura! hampeh!
mie mie 25 February 2013 at 01:15
xtengok lagi pun citer ni..
ehehehee