IRON MAN

Google Image
Kalau tak silap aku penghujung 80an atau awal 90an animasi Iron man telah disiarkan pada RTM aku tak berapa ingat lah 1 atau 2 tapi yang penting masa dulu - dulu kalau time tengok kartun pastinya dah set dalam kepala jadualnya.

Sejak kebelakangan ini para pengeluar filem telah banyak menngadaptasikan cerita - cerita kartun kepada filem yang sebenar seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. Jika dahulu Superman dan Batman menjadi pilihan pengeluar sekarang dari Transformer hingga ke Iron Man dijadikan mesin mesin mendapatkan wang. Buktinya ramai pastinya ingin melihat kartun - kartun zaman kanak - kanak difilemkan dengan aksi yang sebenar. Termasuk aku! cuma masalahnya untuk berkesempatan pergi tengok dekat pangung memang agak susah bagi aku untuk mencuri-curi masa sesuai, jadi jawabnya kena tunggulah ada stesyen tv menyiarkan nya untuk membolehkan aku melihatnya. (muka nak free jer hehe)


Lagu ini sekadar penyedap telinga.

Jujurnya kedua - dua filem ironman ini telah aku tontoni dan untuk filem yang pertama perasaan kecewa ada pada dada dengan plot yang menujukan militan - militan afghanistan menjadi musuh atau seteru dalam filem ini. sama sekali berbeza dengan siri kartun yang pernah disiarkan pada tv. adakah ini salah satu iklan penjenamaan US keseluruh negara bahawasanya paksi keganasan di asia barat, memang tengah hot lah time tu selepas tahun - tahun meraka berjaya menakluki Afghan dan Iraq.

Filem yang kedua nampaknya meraka cool down sedikit dari memaparkan keganasan datang dari asia barat dengan memaparkan Tony Stark bergelut dengan masalah kesihatan disebabkan side efect daripada arc reactor , dan disini tony cuba mengatasinya dengan membina arc reactor yang tidak mempunyai kesan sampingan. Dalam filem ini Marvel Studios menghadiahkan watak jahat kepada Mickey Rourke  sebagai  Ivan Vanko . tak kisah sangatlah aku pasal takde kait mengait dengan Orang islam cuma watak yang ini tak dapat aku ingati dalam cerita kartun Iron Man.Back to Mandarin yang ini barulah betul - betul watak jahat sebenar dalam siri ini yang tak sabar aku nak cari acsess torrent filem ini.

 Mungkin filem yang ketiga ini lebih menarik daripada siri yang pertama atau sekadar gah pada trailer sahaja.Nak ulas - ulas pun bukanya filem ini aku dah tengok , Tahu nak keluarpun pasal iklan says suruh promote link yang dekat bawah ini.
Iron Man 3 Trailer UK - Official Marvel | HD


{ 7 comments.. read them below or add one }

Encik Anif Encik Anif 14 February 2013 at 14:22
Dah lama tak menonton wayang. Rasanya tak ekonomikal la dalam keadaan sekarang. Tunggu jer la tayangannya di TV nanti. :D
onn Lajer onn Lajer 14 February 2013 at 14:35
tunggu saluran 5 Mediacorp keluarkan ya bro hehe
eykabaha eykabaha 14 February 2013 at 15:11
http://eykabaha.blogspot.com/ ;)
suri suri 14 February 2013 at 17:21
bila nak tgok tak tahuluh heee tpi bli gak klu ada amsa bila2masa dh blh tgok
Hanif Idrus Hanif Idrus 14 February 2013 at 22:41
Tak sabar gak nak tengok mandarin...
tehr tehr 15 February 2013 at 00:34
selamanya aku tunggu ada siaran kat tv je
hehe
Denaihati Denaihati 15 February 2013 at 14:51
dah nak keluar yg 3 rupanya. best jugak layan.