PEMBUMIAN PEPASANGAN ELEKTRIK

Pembumian
Pinjam rajah dari google
Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam pemasangan pendawaian elektrik dengan jisim am bumi. Ianya bagi mengadakan laluan mudah dengan galangan atau rintangan yang rendah ke bumi supaya sistem perlindungan beroperasi dengan berkesan, bagi menjamin keselamatan manusia atau pengguna dari bahaya renjatan elektrik apabila terjadi arus bocor ke bumi. Secara amnya, system pepasangan elektrik dibumikan bagi tujuan berikut :-

i. Keselamatan .
ii. Sistem Perlindungan.
iii. Menghadkan Voltan Berlebihan.
iv. Mengadakan Laluan Nyahcas.
v. Keperluan Undang-Undang dan Peraturan.

Pembahagian Pembumian
Pembumian secara amnya dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu:

i. Pembumian Sistem
a) Mengasingkan sistem apabila berlaku kerosakan;
b) Menghadkan bezaupaya di antara konduktor yang tidak bertebat disesuatu
kawasan; dan
c) Menghadkan berlakunya voltan berlebihan (over voltage) dalam keadaan yang berbeza.

ii. Pembumian Peralatan
Pembumian peralatan dilakukan untuk perlindungan kepada manusia atau pengguna. Jika suatu punca yang hidup menyentuh badan peralatan, tenaga elektrik akan mengalir ke bumi dan arus tidak akan mengalir melalui badan manusia atau pengguna. Ini disebabkan badan manusia mempunyai rintangan yang lebih tinggi berbanding dengan rintangan ke bumi.

Amaran: Maklumat tentang Elektrik ini dikumpul bagi tujuan rujukan sahaja dan sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.


Nota untuk pembaca : 
Onlajer menyokong contest -


{ 12 comments.. read them below or add one }

nazray nazray 1 February 2013 at 22:13
owh, patut la ade je wayar yang dimasukkan ke dalam tanah, kat rumah saya pun ada, kalau tak silap warna wayar tu warna hijau. Dia terus masuk ke dalam tanah. ni untuk keselamatan ke? tak tahu pulak.
mie mie 2 February 2013 at 11:21
boleh menghadkan voltan rupanya..
baru tau..
ehehehe
onn Lajer onn Lajer 2 February 2013 at 13:54
wire hijau memang kod warna pendawaian bumi. pastikan semua peralatan bersambung kepada wayar bumi lebih-lebih lagi mesin basuh
onn Lajer onn Lajer 2 February 2013 at 13:55
ya betul voltan yang berlebihan akan terus turun kebumi
tehr tehr 3 February 2013 at 06:46
maksudnya lebihan voltan ni sentiasa berlaku la ya
akubiomed akubiomed 3 February 2013 at 15:39
Bagaimana tahu pembumian baik atau tidak?
onn Lajer onn Lajer 4 February 2013 at 08:11
biasanya kita akan mengukur ohm dia mengunakan earth tester, nanti aku cuba dapatkan notanya
aqilaqil 15 April 2013 at 22:09
saya nk tnya...dekat malaysia ni pembumian yg mcm mna yg guna pkai...
AnonymousAnonymous 29 April 2013 at 20:26
salam..kalau 3 db gne 10 chamber..tiap chmber tu dia link guna kabel..kalau 1 db trip adkah db lain akan trip?
onlajer onlajer 30 April 2013 at 05:36
tak pernah lagi saya buat db berlainan mengunakan chamber yang sama atau dilink kan antara satu sama lain. Rasanya ia akan tripkan db yang lain atau hanya yang paling hampir bergantung kepada kebocoran yang berlaku
onlajer onlajer 1 May 2013 at 13:12
maaf jawapan sebenarnya db yang berlaku kebocoran sahaja yang akan trip