PEMERIKSAAN DAN UJIAN PENDAWAIAN ELEKTRIK



Kehendak Perundangan 
-Mengikut Peraturan 12(1) dan (2), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan bahawa setiap pendawaian dalam sesuatu pepasangan perlu diselia oleh Pendawai dengan sekatan Fasa Tunggal atau Sekatan Fasa Tiga. Setelah siap, pendawai berkenaan hendaklah memperakukan suatu Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan.

Mengikut Peraturan 13(1) dan (2), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan pepasangan itu hendaklah diuji oleh Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal atau oleh Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga yang diberikuasa untuk menguji mana-mana pepasangan, dan yang hendaklah mengesahkan Perakuan Ujian bagi pepasangan itu.
-Mengikut Peraturan 14(1) Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian dalam peraturan 12 dan 13 hendaklah masing-masing dalam Borang G dan H yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.


IKLAN
DIGITAL MULTIMETER


Pengujian
Setelah selesai sesuatu pendawaian, beberapa pengujian terhadap pepasangan pendawaian perlu dilakukan bagi pengesahan kendalian litar pendawaian dan peralatan dipasang selamat untuk digunakan. Sebelum pengujian dijalankan proses pemeriksaan hendaklah dibuat. Keputusan pemeriksaan/penyeliaan dan pengujian hendaklah menggunakan Borang G (seperti Lampiran IV) dan Borang H (seperti Lampiran V).
Untuk pengesahan Perakuan Ujian bagi Borang H, ujian-ujian berikut hendaklah dilakukan;

 Ujian Keterusan;
 Ujian Rintangan Penebatan;
 Ujian Kekutuban;
 Ujian Rintangan Elektrod Bumi; dan
 Ujian Peranti Arus Baki.

Ujian Keterusan 
Terdapat 3 Ujian Keterusan Litar Akhir yang utama:- 
i. Ujian Keterusan Konduktor Pelindung 
iii. Ujian Keterusan Konduktor Litar Akhir Gelang 
iv. Ujian Keterusan Konduktor Hidup dan Neutral 

Ujian Keterusan Konduktor Pelindung 
• untuk memastikan semua konduktor pelindung disambung secara betul dan berkesan. 
• Alat uji - Jangka Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm 
• Kaedah Pengujian 
 pastikan Suis utama, RCD dan MCB di litar buka (Switch Off ) dan semua beban ditanggalkan. 
 sambungkan test lead penguji seperti rajah; 
 nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm 

Ujian Keterusan Konduktor Litar Akhir Gelang 
 untuk memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan disepanjang litar gelang. 
 Alat uji - Jangka Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm. 
 Kaedah Pengujian 
 Tanggalkan kedua-dua punca konduktor hidup dari MCB, konduktor neutral dari terminal neutral dan konduktor bumi dari terminal bumi di kotak fius agihan. 
 Sambungkan lead penguji seperti gambarajah dibawah ( E-E). 
 Ulang tatacara bagi (L-L) dan (N-N). 
 Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm.
Ujian Keterusan Konduktor Hidup dan Neutral 
 untuk memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan yang baik disepanjang litar. 
 Alat uji - Jangka Pelbagai (Juat Ohm) atau Jangka Ohm 
 Kaedah pengujian 
 Suis utama, RCD dan MCB di litar-buka ( Switch Off ). 
 Semua beban hendaklah ditanggalkan. 
 Suis hendaklah di litar-tutup ( Switch On ). 
 Fius atau pemutus litar akhir hendaklah tanggalkan dan di litar-tutup. 
 Jalankan ujian sebagaimana rajah di atas. 
 Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm. 

Ujian Rintangan Penebatan 
 Memastikan tiada kebocoran arus antara konduktor fasa dengan fasa, konduktor fasa dengan neutral dan konduktor fasa dengan bumi. 
 Menguji ketahanan penebatan kabel. 
 Alat uji - Penguji Rintangan Penebatan (Insulation Resistance Tester). Voltan kendalian adalah arus terus dengan keupayaan voltan 250V A.T atau 500V A.T. 
 Kaedah Pengujian 
• Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off ) 
• Semua beban hendaklah ditanggalkan. 
• Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on ) 
• Jalankan ujian sebagaimana jadual di bawah. 
• Nilai bacaan jangka hendaklah tidak kurang daripada 1 Megaohm. 


Nilai Minimum Bagi Rintangan Penebatan adalah seperti jadual di bawah. 


Ujian Kekutuban 
 Memastikan setiap fius atau kawalan kutub tunggal (satu kutub) dan peranti perlindungan disambung pada konduktor fasa sahaja. 
 Sentuhan tengah pemegang lampu skru Edison disambung konduktor fasa. 
 Memastikan sambungan pada soket alir keluar bagi setiap konduktor fasa, neutral dan bumi disambung pada terminal yang betul. 
 Alatuji - Jangka Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm. 
 Kaedah pengujian 
 Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off). 
 Semua beban hendaklah ditanggalkan. 
 Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on ). 
 Jalankan ujian sebagaimana dibawah berdasarkan rajah. 
 Menguji suis dan alat kawalan kutub tunggal pada konduktor fasa. 
 Menguji punca sambungan soket keluaran. 
 Menguji sambungan pemegang lampu jenis Edison skru. 
 Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm

Ujian Rintangan Elektrod Bumi 
i. Menguji rintangan elektrod bumi, 
ii. Mengetahui kesesuaian kedudukan elektrod yang ditanam, 
iii. Memastikan elektrod yang ditanam itu tidak berada dalam kawasan rintangan 




bertindih dengan elektrod lain. 
iv. Alat uji - Penguji Rintangan Bumi (Earth Resistance Tester). 
v. Kaedah pengujian - 
• Terminal 'E' disambungkan ke elektrod yang hendak diuji (konduktor hijau). 
• Terminal 'P' disambungkan pada pancang voltan (spike potential) (konduktor kuning) 
dengan jarak 10 meter daripada elektrod bumi. 
• Terminal 'C' disambungkan pada pancang arus (spike current) (konduktor merah) 
pada jarak 20 meter daripada elektrod bumi. 


Cara Pengukuran Rintangan Elektrod Bumi Dibuat 
Ujian hendaklah diulang sekurang-kurangnya tiga kali, bertujuan untuk mengelakkan bacaan tidak tepat disebabkan kawasan rintangan bertindih. 
i. Rekodkan bacaan pertama (Z1) 
Contoh : Z1 = 10 Ω 
ii. Ubah pancang voltan sejauh 6 meter dari kedudukan asal. Rekodkan 
bacaan kedua (Z2) 
Contoh : Z2 = 10 Ω 
iii. Ubah pancang voltan sejauh 6 meter dari kedudukan asal. Rekodkan 
bacaan ketiga (Z3) 

Keputusan: 
Daripada ketiga-tiga nilai rintangan, dapatkan nilai purata bagi menentukan nilai rintangan elektrod bumi yang diuji. 
Ujian Peranti Arus Baki 
i. Memastikan Peranti Arus Baki (PAB) terpelantik dalam masa yang ditetapkan apabila berlaku kebocoran arus ke bumi. 
ii. Alatuji - RCD Tester / RCCB Tester. 
iii. Kaedah Pengujian 1 
• Menggunakan Butang Tekan Trip. 
• Menekan butang trip yang terdapat pada RCD tersebut, sama ada ia terpelantik atau tidak. Ujian ini tidak dapat menentukan kepekaan RCD dan masa yang diambil untuk ianya terpelantik. 
iv. Kaedah Pengujian 2 
• Menggunakan Penguji RCD (RCD Tester). 
Alat ini lengkap dengan satu palam 13A yang boleh disambung kepada soket alir keluar 13A. Pilih kepekaan RCD supaya sama dengan kepekaan RCD yang hendak diuji, untuk menentukan sama ada RCD boleh terpelantik. Masa yang diambil untuk terpelantik mestilah tidak melebihi 40 milisaat. 
• Tatacara menjalankan ujian - 
a) Laraskan suis pilihan mengikut kepekaan RCD yang digunakan. 
Contohnya : 100 mA / 0.1 A 
b) Laraskan suis operasi kepada 'No Trip' (½ Rated mA = 50%), sambungkan palam 3 
pin pada soket alir keluar 13 A. 
c) 'On' soket alir keluar 13 A - pastikan lampu P-N dan P-E menyala. Ini menunjukkan 
kekutuban adalah betul. (Nota : Sekiranya kedua-dua lampu di atas tidak menyala - 
ujian tidak boleh diteruskan. 
d) Tekan butang uji - bacaan menunjukkan tidak kurang daripada 200 milisaat dan 
pada masa yang sama, lampu 'test' menyala dan lampu P-N dan P-E tidak menyala. 
Pada waktu ini RCD tidak akan terpelantik. 
e) Tukarkan suis pilihan kepada 1800 (gelombang +ve) - ulang langkah (d) dan (e). 
f) Ubah suis operasi kepada 'Trip' (Rated mA = 100%). 
g) Tekan butang uji - RCD akan terpelantik dan bacaan yang ditunjukkan mestilah tidak 
melebihi 200 milisaat. 
h) Tukarkan suis pilihan kepada 00 (gelombang -ve) 
i) Tekan butang uji - RCD akan terpelantik dan bacaannya mestilah tidak melebihi 200 
milisaat. 
j) Ujian di atas hendaklah dibuat berulang kali sehinggalah mendapat bacaan yang 
hampir tepat. 
k) Rekodkan keputusan ujian. 
l) Tukarkan suis operasi kepada 'Fast Trip' dan tekang butang uji - RCD akan 
terpelantik dalam masa tidak melebihi daripada 40 milisaat. 
m) Lakukan berulangkali pada 00 atau 1800. 
v. Keputusan ujian hendaklah sepertimana dalam jadual berikut:- 



Amaran: Maklumat tentang Elektrik ini dikumpul bagi tujuan rujukan sahaja dan sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Untuk info pendawaian anda baca juga Nota Asas Elektrik 

Note: Untuk anda yang mahukan riview produk elektrik atau perkhidmatan pendawaian dan pemasangan penghawa dingin anda  boleh terus hubungi kami melalui pautan ini : - Hubungi saya 

Atau terus sahaja Email di : onlajer@gmail.com
Anda juga boleh mencari kami di Facebook : - https://www.facebook.com/Onlajer/