Semakan Daftar Pemilih

on Tuesday, 26 February 2013




Demam pilihan raya telah semangkin mendidih rata-rata dari Selatan tanah air hingga sampai Batu Pahat hehe, tepi - tepi jalan penuh dengan warna - warni bendera parti - parti yang memerintah dan yang ingin memerintah. Suatu pemandangan yang tidak sedikit pun menjadi kudis dalam hati ku jika tidak mengangu sign board - sign board arah tujuku. Pernah mendengar juga kisah pencacai dari daerah sebelah,  kedua - dua belah pihak berbalas - balas tamparan yang memeritkan pipi dan kata - kata yang bukan nasihat dihamburkan daripada kedua - dua belah pihak berlaku pada waktu embun jantan mula menghinggap pada lengan kulit - kulit yang kering dan montel akibat daripada perebutan tempat  cacakan tiang bendera.

Dengan media massa mengatakan pilihan raya umum kali ke13 ini yang paling sengit semenjak kemerdekaan, Dengan itu adakah anda semua telah mendaftarkan diri anda menjadi salah seorang yang layak mengundi. Untuk sekali ini onlajer telah meletakan dua link untuk anda menyemak status anda sebagai pengundi disini.

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH (LINK 2)
Dari itu kepada sesiapa yang merasakan telah cukup umur dan telah mendaftar diri sebagai pemilih tak perlulah meroyan kesana-sini, Cukup masa pangkah sahaja parti yang  anda pecayai.

Sumber Link:





Ranking: 5

6 comments :

  1. saya dah boleh undi tahun ni..
    alhamdulillah

    http://sitiatikah.com

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak undi. harap buat pilihan yang bijak nanti.

    :)

    ReplyDelete
  3. siapa yang belum mendaftar tu
    elok la ambil langkah bijak untuk mendaftar
    percuma je

    ReplyDelete
  4. Tak sabar juga nak mengundi...hak kita ini !!

    ReplyDelete
  5. Tahun ni lom sempat semak laie....rasa2nya tempat yg sama kot...:D

    10 Blogger Terbaik Malaysia

    ReplyDelete
  6. tidak sabar nak tunggu PM bubarkan parlimen. tak sabar nak mengundi

    ReplyDelete

 
© onlajer,Net All Rights Reserved
OnLajer