Kata Usahawan Kecil ?


Keberangkalian kata kunci yang merujuk kepada usahawan kecil atau tips-tips keusahawan pastinya telah menjadi suatu kata kunci sepanjang zaman. Bak kata opah ganyang style always green brother.Seseorang  Itu pun kalau rasa nak menjadi seorang usahawan yang berjaya dan kaya pastinya meraka akan mengoogle kan perkataan itu sepuas - puas sehingga mencapai kefahaman peringkat ultra hitam.

Tetapi kenapa ya nak menjadi seorang usahawan?
Bosan dengan gaji yang ciput kena kerah kesana kemari dengan bangsa - bangsa yang terror berniaga. Walaupun sederet bangunan kedai pejabat menjual benda yang sama tapi mereka semua survive takde santau halilintar peringkat ultra yang hingap lebih - lebih flyer Ah long yang melekat tapi apa ada heran mereka semua ini hebat.
Kenapa Mereka hebat? Itu aku tak tahu,Tapi izinkan aku bercerita tentang mitos yang pernah aku dengar satu mitos bagaimana pada masa dahulu golongan feudal zaman Maharaja china tidak mengalakan atau membenar sama sekali golongan belia dari kelas bawahan menjalankan perniagaan atau menjadi usahawan, meraka hanya diberi pilihan sama ada menjadi askar yang setia atau petani yang mampu mengeluarkan hasil atau sumber makanan., Disebabakan meraka ini merasa mempunyai bakat untuk menjadi usahawan yang berjaya dan kaya meraka menjadi bosan dengan syarat yang dikenakan dari itu mereka membuat  keputusan untuk lari atau meninggalkan tanah besar dengan merantau keseluruh dunia. Dan tidak terkecuali tanah melayu menjadi destinasi mereka.

Mungkin seawal tibanya mereka disini meraka hanyalah golongan buruh kasar yang berkerja makan gaji. Tetapi dengan sokongan padu rakan sebangsa mereka cuba bangkit dengan berniaga secara kecil - kecilan dengan mensasarkan kepada rakan senegara, apabila merasakan potensi yag lebih luas jika rajin berusaha mereka tidak kisah untuk berbasikal berpuluh - puluh kilometer untuk memasarkan produk mereka,Walaupun sekadar ikan basah yang sudah pecah perut tetapi jika produk itu telah samapi dihadapan mata dengan harga yang diangap murah mana mungkin masyarakat setempat menolaknya.

Hebat bukan cara meraka me infiltrate sesuatu kawasan dengan azam kerajinan yang memerlukan kudrat yang pasti menyihatkan tubuh badan.

Cuba anda bayangkan suatu masa dahulu seorang tauke yang hanya menjual ikan pecah perut dengan sampingan menjual sayur sawi yang mungkin tidak ada ditanam dikawasan kita telah menjadi seorang tauke besar yang berjaya dan kaya. Boleh pulak ada pasarraya besar yang tidak akan anda jumpa ikan pecah perut atau sayur bayam yang sudah layu macam - macam ada. Bukankah ini satu tranfomasi dari usahawan kecil menjadi usahawan yang besar .Berani kita menanyakan tips - tips keusahawanan?.

Aku pernah bertanya kepada seorang rakan , "Kawan macam mana ha!  wa mau wa punya projek sucsess seperti lu punya"Dan jawapan yang diberi pula" haiya kawan lu orang lagi senang maa kasi kamcing saja ma dengan ini latok pasti lu punya projek manyak sucsess ini latok manyak kontek dan manyak projek ma, lu mau tanya wa pun wa talak sekolah tinggi ma tak sempat srp wa sulah lari" cis kawan lu cakap la baik sikit- sikit wa ma tahu kalau lu tak mau bagi tahu takpela ini projek gua kasi sama lain punya tauke". "I say sorry kawan jangan marah arr ini saya mahu bagi tahu lu tahu tak dulu - dulu masa kita mula-mula beli kebun sama itu broker, i say kawan itu lorong atau jalan pun saya tak tahu ada bengkok - bengkok jalan tegak sikit ada pokok jalan sikit lagi ada pokok mana smoth itu macam lagi itu mahu seberang itu parit pun takda jambatan itu batang kelapa sahaja ada mana buleh.

Patutlah meraka sangup mengeluarkan modal untuk membuat jalan supaya segala hasil yang ingin dibawa menjadi mudah dan lancar.Jadi kesimpulannya mesti sediakan jalan dengan jalan yang lurus barulah segala urusan itu lancar tidaklah tersekat - sekat. Walaupun kekadang susah nak percaya pada mereka ini  sebagai contoh kita lihat sebuah pasar mini berjiran dengan kedai runcit yang serba serbi kurang kita lihat ramai yang keluar masuk pasar mini kedai runcit seorang - seorang sebulan masih disitu , setahun masih disitu masuk sepuluh tahun pun disitu dua - dua ada lagi . kalau kena kita? awak,awak lah jawab sendiri. Pastinya mereka ada tips-tips yang boleh dikongsi tapi ada kita nak tanya prinsipnya orang tak tanya macam mana kita nak beritahu. Rasanya itu lah salah satu penyebab utama usahawan kecil kita sentiasa menjadi kecil tidak ingin membesar.

p/s: Mohon beri tajuk yang sesuai untuk cerita ini


Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

{ 15 comments.. read them below or add one }

Encik Anif Encik Anif 6 March 2013 at 17:04
Berniaga ni sama macam kejaya lain. Perlukan komitmen jitu untuk berjaya.

Apa pun segala perkara yang bakal memudahkan kerja / perniagaan perlu dianggap sebagai perbelanjaan modal.. serupa macam cerita tegakkan jalan tu! :D
Katak Comel Katak Comel 6 March 2013 at 23:03
entri yg menarik..
seronok membacanya...
onn Lajer onn Lajer 7 March 2013 at 14:03
cerita tu memang berlaku beb
Nasir Bravo Nasir Bravo 7 March 2013 at 14:07
tinggalan usahawan berjaya di Penang, BOON SIEW HONDA, mitos cerita asalnya HONDA nk berikan motor kapcai nie dipasarkan di Malaysia kepada org Melayu memandangkan org Jepun bermusuhan dengan Cina, tp sadisnya org Melayu kata mana nak laku jual motor mcm nie, akhirnya dberikan kepada BOON SIEW, seorang yg buta huruf dan hnya tahu teknik berniaga, tgk skrg???laku ke x???aku sendiri naik motor EX5..aduh
onn Lajer onn Lajer 7 March 2013 at 14:34
ex5 macam pernah dapat anugerah dengan menatang ini hehe
suri suri 8 March 2013 at 11:01
sy pakai motor honda gak ee..kena usaha walau prkara yg dibuat kecil2 tpi bila dpt modal balik cuba cri stok brg besar2 mesti rm lgi besar.tpi bila berniaga mesti terima ada untung dn juga rugi
suri suri 8 March 2013 at 11:02
sy tka tahu kisah honda begitu baru pertama kali mengetahuinya hee..mmg rugi sb tolak tuah
onn Lajer onn Lajer 8 March 2013 at 11:14
Memang betul berniaga itu ada untung dan rugi, tapi pastinya matlamat utama untung berpanjangan
onn Lajer onn Lajer 8 March 2013 at 11:16
cerita yang lagi sadis tentang tauke honda ini pun saya pernah dengar tapi tak tahu la itu khabar angin atau tidak.
Harta pertama gua motor honda hehe
tehr tehr 8 March 2013 at 17:31
asal saja tak masuk skim cepat kaya yang boleh cepat jadi miskin tu
hehe
onlajer onlajer 8 March 2013 at 23:38
yang ini memang patut dielakan heh
Yas y Yas y 10 March 2013 at 15:28
Entri penaik semangat nih.....hehehe
sensasi2020 (kamil salleh) sensasi2020 (kamil salleh) 23 March 2013 at 04:08
Betul juga tu, jalanraya memainkan peranan yang besar supaya barangan yg hendak dipasarkan dapat dihantar ke destinasi.