Rujukan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41


Exam Pegawai Pembangunan Masyarakat S41
Akan diadakan pada 27 MEI ini.

Semakan SPA telah dikeluarkan di laman SPA dan format perperiksaan  ini adalah peperiksaan ONLINE. Namun bergitu apa yang saya ketahui formatnya tetap sama.

Disini saya ada serba sedikit Contoh Soalan Perperiksaan

Format Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Peperiksaan ini mengandungi satu (a) bahagian iaitu Kecenderungan iaitu:

BAHAGIAN I - KECENDERUNGAN

Seksyen A - Pengetahuan Am

Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen C - Esei Bahasa Melayu

Seksyen D - Esei Bahasa Inggeris

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan bidang kerja
sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan
komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan
semasa didalam dan luar negara.

Masa : 40 minit
Bilangan Soalan : 50 soalan
Markah : 30


CONTOH SOALAN :

1. Dasar Sosial Negara mempunyai objektif utama seperti berikut kecuali

A menjana sinergi multisektor.
B berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik.
C membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.
D memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan
Sosial.

Jawapan : B

2. Klinik Nur Sejahtera LPPKN adalah sebuah klinik yang berkonsepkan kesejahteraan
yang merupakan satu inisiatif pihak LPPKN.
Perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Nur Sejahtera LPPKN ialah

I pengurusan menopaus.
II saringan kanser reproduktif.
III ujian makmal yang komprehensif.
IV perkhidmatan perancang keluarga.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

Jawapan : D

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan
menggunakan pendekatan seperti berikut:

(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
(iii) Konsep Matematik

(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih
jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.

(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon
dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi
memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.

(iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif
untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan
untuk berfikir secara kuantitatif.


Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40 soalan
Markah : 30

CONTOH SOALAN :

1. 30, 32, 36 , X , 60, 92

Apakah X?

A 38
B 40
C 44
D 48

Jawapan : C

2.
Rajah di atas menunjukkan satu nombor perpuluhan. Berapakah hasil tambah digit 3
dan 7 dalam nombor di atas?

A 300.7
B 30.7
C 3.07
D 3.7

Jawapan : C


Seksyen C – Esei Bahasa Melayu

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam
penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang
disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas


CONTOH SOALAN :

1. Gagasan 1Malaysia : Harapan baru rakyat Malaysia.
 Bincangkan.

2. Anda sebagai seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat. Jelaskan peranan anda
dalam membentuk kepimpinan kampung yang unggul.

Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam
penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang
disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas

CONTOH SOALAN :

1. Children learn best by observing the behavior of adults and copying it. Discuss.

2. What dangers are there for a society which depends on computer screens rather than
face-to-face contact for its main means of communication?

Persediaan Penuh Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Untuk persediaan penuh, dicadangkan agar anda mendapatkan rujukan penuh yang disediakan oleh Tim Infokerjaya. Mereka telah membantu lebih 60,000 graduan dalam memasuki Skim Perkhidmatan Awam dengan rujukan dan panduan yang disediakan Untuk peperiksaan Akauntan, anda boleh mendapatkan rujukan penuh beserta contoh soalan di;

Rujukan Lengkap Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41



Buat persediaan secukupnya bermula sekarang dan apa yang paling penting adalah persediaan anda itu bukanlah persediaan rambang. Bersedia dengan rujukan dan panduan yang tepat. Didoakan agar cita-cita anda untuk menjawat jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 ini menjadi kenyataan.

© onlajer.net, All Rights Reserved

Rock with Thesis Blogger Template from Malayatimes.com

Back To Top "