Cara Menjadi Pembekal Kerajaan dan Mendaftar ePerolehan

on Friday, 22 August 2014


Ramai usahawan dan kontraktor yang masih tidak tahu dan ragu-ragu bagaimana untuk menjadi pembekal kerajaan dan memasuki perolehan kerajaan.
Kali ini saya akan bincangkan bagaimana untuk anda mendaftarkan syarikat anda menjadi pembekal kerajaan dan memperolehi status eP-Enable.

Untuk menjadi pembekal kerajaan anda perlulah mendaftarkan syarikat anda di SSM dan mendaftarkan syarikat anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF). Pendaftaran boleh dibuat secara online di laman we ePerolehan (www.eperolehan.gov.my).
Syarikat anda perlulah memenuhi syarat yang telah ditetapkan di laman web tersebut sebelum membuat pendaftaran.




Bagi pendaftaran baru, pendaftaran semula dan pembaharuan pendaftaran, kadar bayaran yang akan dikenakan adalah RM450 sahaja untuk tempoh 3 tahun. Ramai kontraktor membayar lebih untuk pendaftaran ini kerana tidak mencari maklumat yang tepat dan hanya bayar saja contohnya syarikat setiausaha yang mendaftarkan bagi pihak mereka. Charge yang dikenakan amat tinggi di antara RM500-RM2000. Jadi, anda perlulah jadi usahawan yang bermaklumat kerana dengan ilmu yang ada anda dapat jimatkan wang syarikat anda.

Untuk memasuki perolehan kerajaan anda perlu mendaftarkan bidang yang syarikat anda ingin bekalkan. Bagi 10 bidang yang pertama adalah termasuk dalam bayaran di atas dan untuk tambahan bidang seterusnya RM50 akan dikenakan untuk setiap bidang.

Anda juga perlu memohon untuk mendapat taraf Bumiputera dan tiada sebarang bayaran akan dikenakan. Pastikan anda telah membuat bayaran yang telah ditetapkan dan memastikan slip pembayaran dihantar sekali berserta permohonan anda.

Ia akan mengambil sedikit masa untuk permohonan anda di proses dan seterusnya diluluskan atau ditolak atas sebab-sebab tertentu.

Ini adalah antara rule yang biasa digunakan..dalam perniagaan membekal produk kita kepada kerajaaan.. tetapi apapun anda patut dahulu memiliki kemahiran dan kertas kerja yang ampuh seperti apa yang ada di laman pakej Niaga.

SELAMAT BERJAYA!

Ranking: 5
 
© onlajer.net All Rights Reserved
OnLajer