Teknik Kuasai Kontrak Kerajaan

KONTRAKTOR MESTI TAHU INI

Ini berita yang di nanti-nanti, kebanyakan Jabatan, Agensi dan Bahagian telah dapat peruntukan masing-masing.Jadi, anda tahu apa maknanya?

Maknanya makin rancaklah kontrak kerajaan lepas ni... Semuanya mahu minta sebutharga sama ada untuk pembelian terus, sebut harga, tender atau pun untuk membuat kajian pasaran untuk proses penyediaan spesifikasi dan bajet.

Jadi, apa tindakan anda? Anda boleh tengok saja kalau mahu...

Ya, tengok kawan-kawan anda dapat kontrak kerajaan dari yang kecil sampai yang berjuta-juta...

Sudah anda bersedia?

Pastikan persiapan diri dan syarikat anda sekarang dengan jadikan buku Kuasai Kontrak Kerajaan sebagai rujukan dan panduan.



Pihak kerajaan amat memerlukan bantuan dan kerjasama anda.

Mari saya kongsikan serba sedikit mengenai kontrak kerajaan atau juga dikenali sebagai perolehan kerajaan atau pembelian oleh pihak kerajaan dan kelebihan dalam menyertainya.

Kerajaan terdiri dari Kementerian, Jabatan dan Agensi. Kerajaan juga terbahagi kepada dua iaitu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Pihak kerajaan ini memerlukan pelbagai produk, kerja dan perkhidmatan dari kontraktor untuk menguruskan dan melakukan pembangunan bagi pihak Kementerian, Jabatan dan Agensi untuk kemudahan rakyat.

Membina perniagaan anda dengan lebih pantas

Percepatkan proses pembelajaran anda.Banyak kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh kontraktor termasuk yang berpengalaman, ada yang cuai dalam menyediakan dokumen cadangan kepada kerajaan. Ini menyebabkan dokumen mereka ditolak. Implikasinya dokumen tersebut tidak akan dinilai dan ini menyebabkan anda kerugian.

Jadi, dengan niat ingin membantu kontraktor/usahawan saya mengambil inisiatif membuat kajian dan menyediakan rujukan bagi membantu kontraktor/usahawan dan bakal kontraktor/usahawan terutama Bumiputera, supaya tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh kontraktor/usahawan sebelum ini.

Buku ini mempercepatkan perjalanan anda mempelajari dan memahami kontrak kerajaan. Dari apa yang dikongsikan, anda akan dapat menguasai kontrak kerajaan dengan lebih cepat dan dapat bersaing dengan  syarikat-syarikat yang telah lama terlibat dan berpengalaman. Menjimatkan masa anda!



© onlajer.net, All Rights Reserved

Rock with Thesis Blogger Template from Malayatimes.com

Back To Top "