Contoh Soalan Peperiksaan Pereka Julai 2015

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengeluarkan panggilan peperiksaan sesi hujung bulan ini.

Ianya satu berita yang bagus selepas pengumuman kontroversi pembekuan ambilan kakitangan kerajaan.

Ianya untuk jawatan PEREKA.

Jika anda dipanggil, buat sehabis baik dan ini adalah
rujukan yang anda perlukan;


Contoh soalan Peperiksaan Pereka :

1.      Apakah elemen-elemen yang berkaitan dengan senilukis?

I.        Garisan
II.      Jalinan
III.    Warna
IV.    Citarasa


A.      I dan II
B.      I, II dan III
C.      II, III dan IV
D.     I, II, III dan IV


2.      Apakah unsur seni yang paling asas sekali?

A.      Jalinan
B.      Garisan
C.      Ruang
D.     Jalinan


3.      Apakah pernyataan yang paling sesuai untuk menggambarkan huraian mengenai garisan?

A.      Satu siri poin yang berhubung dengan poin yang lain.
B.      Gabungan titik ke titik yang disambungkan antara satu sama lain.
C.      Garisan dihasilkan dengan campuran pelbagai media untuk melukis.
D.     Ia terdapat di mana-mana sahaja seperti ciptaan manusia dan alam semulajadi.


4.      Berikan contoh objek buatan manusia yang mempunyai garisan KECUALI

A.      Kain songket
B.      Kertas kosong
C.      Jaring
D.     Penapis air
5.      Berikut ialah senarai objek semulajadi yang mempunyai garisan KECUALI

A.     Cermin
B.      Batu sungai
C.      Akar kayu
D.     Kulit pokok


6.      Secara umumnya, terdapat 12 jenis garisan yang ada dalam senilukis. Di antaranya ialah
I.        Garisan halus
II.      Garisan tebal
III.   Garisan berbelang
IV.   Garisan berbunga

A.     I dan II
B.      I, II dan III
C.      II, III dan IV
D.     I, II, III dan IV


7.      Apakah yang anda tahu mengenai fungsi garisan?

A.      Mewujudkan rasa
B.      Menampilkan bentuk
C.      Menampakkan objek

D.     Menonjolkan ruang

0 comment... add one now