Nota Rujukan Peperiksaan Pereka Julai 2015

Nota 1 : Asas-asas / Elemen-elemen Seni Lukis
Terdapat beberapa elemen asas yang perlu diketahui dalam seni lukis seperti :
· Garisan
· Jalinan
· Warna
· Rupa Bentuk
· Ruang

Nota 2 : Garisan dan Kegunaannya
· Garisan merupakan unsur seni yang paling asas.
· Apa itu garisan?
o Merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.
o Dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.
o Terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.
§ Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia :-    
· Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak
· fabrik, jala, penapis   dan sebagainya.
§ Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi :
· Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat
· daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar,
· kulit kayu dan sebagainya
· Jenis-jenis garisan (12 jenis) :
o Halus
o Tebal
o Beralun
o Berpancar
o Berlingkar
o Berserabut
o Bersudut-sudut
o Bergerigi
o Berbiji
o Berbulu
o Putus-putus
o Berduri

· Fungsi garisan
o Menimbulkan rupa.
o Menimbulkan bentuk.
o Menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
o Mewujudkan ruang.
o Menghasilkan jalinan.
o Menghasilkan motif pada reka corak.
o Mewujudkan ton.
o Menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.

· Hubungan garisan, ton dan ruang :
o Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap.
o Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap.
o Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan menampakkan ruang yang hadapan.

· Penggunaan garisan dalam karya seni
o Lukisan
o Catan
o Anyaman
o Tenunan
o Kolaj
o Pualaman
o Arca
o Gurisan
o Cetakan
o Resis (batik / ikat celup)

Nota 3 : Apa Itu Jalinan dan Kegunaannya?

· Jalinan adalah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain.
· Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza.
· Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.
· 2 jenis jalinan
· Jalinan Sentuh
o Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang        
o Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya.
· Jalinan Tampak
o Merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.
· Terdapat beberapa fungsi untuk jalinan iaitu:
o Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang.
o Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut.
o Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding.
o Pengaliran air dan udara.

· Contoh karya berjalinan tampak :

o Gosokan
o Teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana permukaan kertas hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan.
o      Capan
o Kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada permukaan kertas.
o Ikat dan celup
o Menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki.
o Pualaman
o Menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.
o Batik
o Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya.
o Lukisan dan catan
o Menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan.

o Cara/Kaedah penghasilan karya berjalinan :
§ Anyaman
o Penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya.
§ Tenunan
o Jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh.
§ Sulaman
o Semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta kesan jalinan sentuh.
§ Kolaj
o Merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat  daripada bahan-bahan  seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain

Nota Penuh Rujukan Peperiksaan PEREKA

Nota 4 : Pengenalan : Rupa

o Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.
o Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.
o Jenis Rupa :
o Rupa Geometri
§ Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu


o Rupa Organik
§ Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya. Ia dihasilkan secara sepontan.


o Rupa Positif  - Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.
o Rupa negatif - Ruang di sekeliling rupa objek tersebut.
o Peranan rupa dalam aktiviti mencorak :
o Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ).
o Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu.

o Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif.
o Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu.
o Jenis-jenis susunan dalam mencorak :
o Susunan selang-seli
o Susunan turun separa
o Susunan batu-bata.
o Susunan orgee
o Susunan cerminan
o Susunan sisik ikan
o Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan.
o Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.
o Rupa dan Muka Taip :
o Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.
o Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.
o Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif ( tidak berekor).


Nota 5 : Apa Itu Bentuk dan Pengenalan

Apa itu bentuk? :
o Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)
o Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik.
o Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.
o Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.
Ciri-ciri bentuk adalah :
o Bersifat tiga dimensi (3D) - mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman
o Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna
o Boleh dilihat dari semua arah - mempunyai lebih dari satu permukaan
o Terdapat bayangan - mempunyai kesan cahaya dan bayang
Terdapat 2 jenis bentuk, iaitu :
o Bentuk Konkrit
o Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.
o Mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata).
o Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.
o Bentuk Ilusi
o Bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain
o Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi)
o Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
o Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.
Bentuk konkrit dibina melalui cara berikut :
o Garisan - anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai).
o Rupa - potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain (topologi)
o Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun, batu, kaca dan sebagainya.

Nota 6 : Pengenalan Ruang
o Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat pada jarak jauh.
o Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif.
o Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ktentuan pelukis.
o Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi melalui 3 cara iaitu :-
a. Perspektif 1 titik lenyap
b. Perspektif 2 titik lenyap
c. Perspektif 3 titik lenyap

Panduan menghasilkan lukisan :
o Perspektif 1 titik lenyap
o Perspektif 1 titik lenyap berpunca daripada satu arah (fokus) jauh dan menghilang. Objek akan menjadi besar apabila hampir dengan kita.
o Perspektif 2 titik lenyap
o Mempunyai 2 titik disebelah kanan dan kiri lukisan dan memfokuskan ke arah bahagian tengah yang menjadi bahagian terdekat atau paling hadapan.
o Perspektif 3 titik lenyap
o Biasanya digunakan semasa menghasilkan lukisan bangunan-bangunan yang tinggi

Untuk Maklumat Dan Nota Lanjut Anda boleh Layari  -

Nota Penuh Rujukan Peperiksaan PEREKA


0 comment... add one now

© onlajer.net, All Rights Reserved

Rock with Thesis Blogger Template from Malayatimes.com

Back To Top "