Harga Terbaik Lampin Pakai Buang

okeh bulan lepas di danga city mall Johor Bahru ada expo menjual barangan bayi dan ibu, Paling popular waktu berginilah mereka akan memborong lampin pakai buang.

Tawaran yang diberikan memang berbaloi jugalah, proven lebih murah daripada harga diluar ekspo " Baby and mom fair" .

Aku ada lah juga pergi, buat persiapan untuk yang bakal lahir awal tahun hadapan.
Tetapi walaupun harga yang ditawarkan agak murah dan kawasan legar antara "booth" boleh dikatakan agak selesa, kecuali masa nak parking kereta agak pengsan.

Bukan setakat kereta berpendaftaran Johor, malah kenderaan warga singapura juga membanjiri tapak ekspo, Bertambah sesak dan kawasan tempat letak kereta juga susah untuk mendapatkanya.

Dari saya kalau bergini gayanya, Setakat membeli lampin, baik saya beli di pasaraya - pasaraya biasa, Kedai baby pun ada menjual dengan harga yang berpatutan.

Nak lagi advance dan mudah kita survey online sahaja, lagi senang tak payah keluar rumah,keluar petrol tengok harga ,bandingkan dengan katalog pasaraya tempatan . Kalau murah terus je on habis cerita.

Untuk rakan - rakan yang ingin survey boleh lah terus kedai lampin disini.

0 comment... add one now