Pengalaman Bersama ONEXOX

on Sunday, 20 December 2015

No rasmi untuk urusan online saya adalah +60 11 1326 5783.Ketika ini anda boleh SMS  atau menghubungi saya terus dengan nombor onexox saya yang ini..sudah suda Aplikasi wasap akan saya beritahu nanti apabila saya sudah upgrade handphone kedua saya.

Resit topup yang saya beli dari stesen petronas - ingat RM50 kena bayar RM50 sekali dia nak RM53
Ya nombor ini saya dapatkan dengan secara percuma dari pada contest Pengalaman Bersama ONEXOX ,

 Pada artikel ini ditulis saya baru sahaja sebulan mengunakan perkhidmatan onexox . Dan untuk sekian lamanya saya mengunakan post paid (tajaan syarikat tempat saya bekerja), ini adalah kali pertama saya mengunakan perkhidmtan prepaid.

Saya diberitau oleh rakan - rakan , tempat yang paling mudah untuk membeli topup prepaid ini ialah petrol pump dan juga rangkaian 7eleven. Untuk kedai - kedai handphone mereka tidak pasti.

Mungkin disebabkan usia dan faktor ekonomi , saya agak jarang pergi kekedai - kedai handphone untuk membeli aksesories ataupun topup.

Saya hanya akan pergi kekedai yang menjual handphone apabila saya rasa betul - betul ingin membeli set handphone yang baru,  Dan cara saya membeli nya dengan survey harga handphone online dan baru pergi ke dealer handphone yang sah. Bukan bermaksud untuk menunjuk, tetapi takut terkena, Kita belum jutawan kan?

Pengalaman Bersama ONEXOX

Untuk pengalaman saya mengunakan oxexox ialah cara untuk memasukan 16 digit kod reload.
sebenarnya apabila anda baru pertama kali mengunakan akaun prepaid , anda harus membaca arahan dengan teliti. Bukan dengan gopoh seperti saya. Sudah tiga kali saya cuba memasukan 16digit nombor tetapi tidak berjaya. Ini disebabkan kerana saya tidak membaca arahan dengan sebetulnya.

Arahan yang sepatutnya-

Key in - *132*1*(masukan 16 digit ) dan tekan butang # dan send atau call. barulah hasilnya seperti dibawah ini.

Kesilapan saya tidak memasukan *1* , Dalam hati fuh rasa macam nak melayang RM53 aku.

Nampak jenama handphone lagend saya ?
Kenapa saya Tertarik dengan OneXOX
Pertama - Hanya dengan menulis artikel Nak SimKad percuma saya dapat simkad ONEXOX ini secara percuma yang dikirim oleh Saudara Anuar.

Kedua - Saya Tidak Perlu pergi kekedai dan mengeluarkan belanja untuk mendapatkan sim kad , Khidmat pos ditangung oleh penganjur contest onexox.

Ketiga - Dengan  topup sekali RM53 siap gst saya boleh mengunakan nombor ini selama 28 bulan. Sejarah saya no maxis saya hilang 15 tahun dahulu selepas majikan saya memberi handphone dan nombornya sekali. Padahal baru 3bulan tak topup dan baki prepaid masih banyak, sedih no time belajar tuh.

Keempat - Kampung saya takde line digi, jadi oxexox yang saya ketahui punyai talian dengan celcom membuatkan saya tertarik . Bolelah saya melayan pelangan - pelangan online saya, 

Kelima- Dah nama contest pasti ada hadiah , dan saya berharap saya menang contest ini, jika tak menang pun tak apa. Saya dah mendapat sim kad onexox secara percuma. Dari apa yang saya ketahui Onexox juga punyai program affiliate dia sendiri. Munkin jika ada masa saya akan sertai dan terus menjana pendapatanpasif dari padanya..

Sebenarnya tak banyak sangat pengalaman saya mengunakan oxexox ini, pengalaman saya hanya membeli topup dan hampir bengang apabila dua tiga kali gagal untuk mengisi nombor topup, itu sahaja.

Banner wajib untuk contest pengalaman bersama onexox


Catatan ringkas saya untuk contest pengalaman saya bersama ONEXOX yang ditaja oleh -


Ranking: 5

2 comments :

  1. Salam bro.... lama tak singgah di sini. Semoga anda sihat saja. Artikel terbaik daripada bro...., semoga berjaya...

    ReplyDelete
  2. entri yang sangat menarik utk dibaca, apa pun semoga berjaya dalam contest ni

    ReplyDelete

 
© onlajer.net All Rights Reserved
OnLajer