Resepi Mudah Pizza Istimewa

Pergh makan pizza sekali pergi empat orang mahu tak cecah 70, 80ringgit. Dah sampai tempat pizza bukan nya kita boleh nak makan satu benda sahaja banyak pulak site oder yang kita tambahkanya... conform - conform yang lapar mata bukan perutnya hihihi...

Sedapkan hati untuk sesekali sekali takpe la,untuk keluarga dan anak - anak bukan nya orang lain tak gitu..

Tapi apa kata kita sekeluarga buat projek menghasilkan pizza bersama - sama, pasti lebih menyeronokan tak bergitu.

Taip sahaja di teletran one Google pasti menjumpai resepinya...

Sebagai contoh resepi mudah yang tercatat dibawah ini..
semua bahan boleh didapati dikedai berhampiran anda...

Dari bahan untuk doh pizza hingga ke intinya , semuanya ada..

Ok tanpa membuang masa jom kita lihat resepi dan panduan membuat pizza....


Doh Pizza

Bahan-bahan :

500 tepung gandum
1 paket yeast mauripan gaul rata
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil  garam
1 sudu kecil  majerin/spry
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak

Cara - cara:
1. Gaul rata semua bahan sehingga betul2 lembut.

2. Tudungkan adunan dgn kain lembab sehingga adunan naik 2kali  ganda.

3. Tumbukkan adunan (untuk mengilangkan angin) dan bahagikan adunan kpd beberapa ketulan.

4. Bulatkan adunan dan leperkan mengikut besar yang dikehendakki.

5. Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 10 minit.

6. Keluarkan dan taburkan bahan yang disediakan...ikut pilihan yang disukai.

7. Bakar lagi sehingga nampak keju mozzarella cair.

div id="middle">Lazada Malaysia
INTI PIZZA (Mengikut Cita rasa Anda)

Bahan-bahan :

2 ketul dada ayam atau 250 gm daging kisar
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum kecil
3 keping nanas -
1 cawan cendawan butang [belah 4]
2 biji tomato
100 gm parutan keju mozzarella
1 s/b minyak
3 s/b cili sos [jika nak pedas..tambahkan cili mesin]
1 cawan tomato sos
1 s/k serbuk daun aregano
garam

Cara - cara

1. Potong dadu semua bahan.

2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.

3. Masukkan ayam dan tambahkan garam serta daun aregano, sos tomato dan cili

4. Kacau hingga ayam empuk. Biarkan sehingga pekat.

5. Ratakan inti atas doh yang sudah di sapukan tomato sos.

6. Aturkan tomato, capsicum, cendawan, nanas dan sedikit keju di atas ayam.

7. Bakar hingga masak dalam suhu 180'C

8. Taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair



Nota - Untuk anda yang mahu belajar dan mendapatkan panduan resepi - resepi Roti,Bun dan Pizza istimewa dari Chef Hairul Hissam anda boleh lah melayari ----> Panduan RotiBun dan Pizza.com

0 comment... add one now