Panduan Membeli Alat Penjimat Elektrik

 Bil elektrik anda tinggi ! saya rasa anda patut mendapatkan Alat penjimat elektrik yang berada di pasaran.

Anda boleh juga survey di Lazada untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk anda beli.
Nasihat saya Cari yang punyai Review yang paling tinggi untuk anda membuat bandingan…

Dan selebihnya anda boleh tentukan nya sendiri mengikut Panduan bagaimana alat penjimat elektrik berfungsi..




APA ITU FAKTOR KUASA?
Faktor kuasa adalah satu angka atau peratus yang menggambarkan kecekapan sesuatu alat elektrik menggunakan kuasa elektrik. Kuasa masukan kepada sesuatu alat atau mesin elektrik tidak seratus peratus boleh diperolehi pada bahagian keluaran alat atau mesin tersebut. Sebahagian dari kuasa masukan tersebut akan digunakan atau hilang didalam alat atau mesin. Oleh itu kuasa keluaran mestilah kurang dari kuasa masukan dan ia digambarkan dengan angka 0 hingga 1.
Faktor kuasa maksima ialah 1. Ini bermakna 100% kuasa masukan boleh diperolehi sebagai kuasa keluaran. Alat-alat yang bersifat resistive tanpa apa-apa gelung didalamnya seperti mentol filamen, pemanas air, stereka elektrik selalunya mempunyai faktor kuasa 1.
Alat-alat yang mengandungi gelung iaitu bersifat induktif seperti cok, ballast, motor elektrik, alternator dan alatubah mempunyai faktor kuasa kurang dari satu. Ini disebabkan gelung memerlukan kuasa untuk mewujudkan medan magnet sebelum alat-alat tadi dapat berfungsi.
Faktor kuasa yang boleh diterima pakai oleh semua pihak iaitu pembekal kuasa dan pengguna serta pembuat barangan elektrik ialah tidak kurang dari 0.85.
JENIS – JENIS BEBAN
a. Beban Resistive
Beban jenis ini hanya mengandungi rintangan tulen didalamnya. Tiada gelung terdapat didalam alat ini. Selalunya beban resistive akan mengeluarkan haba atau cahaya atau kedua-duanya sekali. Tiada medan magnet dan tiada daya mekanikal terhasil. Contohnya lampu pijar, cerek elektrik, stereka elektrik dsb.
b. Beban Induktif
Beban induktif mempunyai gelung. Gelung digunakan untuk menghasilkan medan magnet dan seterusnya menghasilkan daya mekanikal. Kuasa diperlukan untuk menghasilkan medan magnet. Kuasa ini disebut juga sebagai Magnetizing power.
JENIS-JENIS KUASA
Jenis-jenis kuasa adalah seperti berikut:
a. Kuasa Sebenar
Kuasa sebenar kadang-kadang dipanggil juga sebagai real power, useful power atau active power. Unitnya adalah Watt atau Kilowatt (kW). Kuasa ini adalah kuasa yang dapat digunakan sebagai kuasa keluaran (output power).
b. Kuasa Ketara
Kuasa Ketara dipanggil juga sebagai Kuasa Samar atau Apparent Power. Ia adalah hasil darab voltan bekalan dengan arus talian tanpa mengambil kira apa-apa kehilangan atau ketidakcekapan oleh apa-apa sebab. Unitnya ialah VA atau biasanya dalam kVA (Kilo VA). Kuasa ini biasanya adalah kuasa masukan dan tidak semuanya boleh diperolehi sebagai kuasa keluaran.
c. Kuasa Reaktif
Kuasa Reaktif dipanggil juga sebagai Kuasa Regangan atau Useless power. Ini adalah kuasa yang diperlukan untuk mengujudkan medan magnet atau disebut juga sebagai Magnetizing power dan juga kuasa yang diperlukan untuk mengatasi regangan yang dihasilkan oleh gelung apabila diberikan bekalan arus ulangalik. Unit asasnya ialah VAR atau biasanya dalam kVAr.
Hubungkait diantara ketiga-tiga kuasa tersebut adalah secara vector seperti yang digambarkan dibawah:
BEBAN-BEBAN PENYEBAB FAKTOR KUASA RENDAH
a. Motor aruhan – terlebih saiz, beban rendah, putaran perlahan (4, 6, 8 kutub), motor lama dengan ruang udara besar (air gap)
b. Lampu discharge
c. Choke
d. Ballast
e. Gelong
f. Mesen pengimpal (welding set)
g. Alatubah
h. Rectifier
i. Thyristor drive / DC drive

KEBURUKAN FAKTOR KUASA RENDAH
1. Dikenakan denda oleh pihak pembekal elektrik (TNB) jika F.K kurang dari 0.85
2. Arus menjadi lebih tinggi
3. Kehilangan tembaga yang tinggi didalam kabel
4. Susut voltan yang ketara kepada kabel
5. Susut nilai kuasa (kVA) yang boleh dipergunakan dari alat ubah
6. Susut voltan berlebihan dibahagian sekunder alat ubah
7. Kehilangan tembaga yang banyak didalam alat ubah
8. Kos permulaan dan kendalian menjadi lebih tinggi
9. Merugikan pihak berkuasa bekalan (TNB)

PEMBETULAN FAKTOR KUASA
Pembetulan atau pembaikan faktor kuasa memerlukan pemasangan peralatan yang mempunyai ciri-ciri berlawanan dengan kuasa reaktif yang menjadi punca faktor kuasa rendah.
Cara yang paling mudah, murah dan praktikal ialah dengan pemasangan kapasitor bank. Kapasitor mempunyai ciri-ciri yang berlawanan dengan gelung. Gelung mempunyai ciri-ciri mengekor (lagging) manakala kapasitor mempunyai ciri-ciri mendahului (leading).
Cara lain ialah dengan menggunakan motor segerak (synchronous motor), tetapi cara ini melibatkan kos yang tinggi dan senggaraan yang tinggi juga sebab banyak bahagian mekanikal yang berputar. Motor segerak hanya sesuai digunakan jika ia digunakan sebagai pengerak proses pengilangan dan sebagainya, dan dalam masa yang sama ia berfungsi untuk memperbaiki faktor kuasa.
Harga kapasitor bank tidaklah begitu tinggi berbanding dengan motor segerak dan ia adalah static dan tiada bahagian mekanikal yang berputar. Kos senggaraannya tersangat rendah dan mempunyai kecekapan yang tinggi. Kaedah ini digunakan di stesen janakuasa, pengubah dan juga pencawang -substation.

Kaedah inilah yang digunakan oleh pembuat alat penjimat elektrik di rumah, rumah kedai dan kilang untuk pepasangan domestik dan industri dengan hanya menggunakan kapasitor (high voltage capacitor). Fungsi kapasitor adalah untuk meninggikan faktor kuasa. Secara teorinya apabila faktor kuasa tinggi maka ia akan merendahkan arus begitulah sebaliknya. Komponen ini juga kita lihat dalam set lampu pendaflour dan kipas (tingkat daya kilas dan simpan cas) di rumah kita.


Okeh sekarang kita sudah tahu bagaimana alatan elektrik dan fungsi alat penjimatan elektrik .. Sekarang boleh lah kita survey - survey produk PenJimat Elektrik yang ada dipasaran.

0 comment... add one now