Beli Jam tangan G shock dengan harga terbaik di laman jualan online

Seingat saya , kali pertama saya memiliki jam tangan G schock adalah dalam sekitar tahun 1999.
Kiranya waktu tu baru start nak belajar cari duit sendiri. Sedangkan hakikatnya kita tidak lah sekental orang tua - tua yang terdahulu . Boleh buat kerja mengali parit berkilo - kilo meter dengan hanya mengunakan cangkul dan kudrat.

Dan kita yang hanya sekadar buruh kasar , cukup sebulan dapat gaji terus cabut. Hasilnya  hampir keseluruhan gaji di labur untuk membeli jam tangan idaman.

Itu lah cerita dulu - dulu , Bagaimana saya mahu memiliki jam tangan yang saya inginkan dari sejak bangku sekolah lagi.

Tetapi sekarang alhamdulilah , Jika nak beli boleh lah beli hanya masa dan diskaun yang akan menentukan jodoh pertemuan saya sekali lagi dengan jam tangan G- Shock ini.

Sebenarnya apabila jam tangan idaman itu hilang , saya memang sudah tidak pernah membeli lagi jam tangan PVC , ya saya dudah beralih ke jam tangan dari besi.

Tetapi untuk pekerja elektrik jam tangan besi memang tidak sesuai dan tidak digalakan sama sekali untuk memakainya , lelagi kalau ada kerja - kerja yang melibatkan talian kuasa.

Dan tanpa ku duga Jodoh dengan G-Shock telah berputik kembali saya boleh sekali lagi terbeli dengan harga yang cukup istimewa.

Dan hasilnya saya terbeli juga seutas jam tangan dengan hanya berberapa klik.


Dan apabila sampai kerumah , saya ingat ada orang hantar tin sardin , Rupanya seutas Jam tangan G-Shock dan juga manualnya.

Rasa tak rugi pun beli disebabkan tiada bayaran penghantaran yang dikenakan. Anda juga boleh survey - survey Jam Tangan G-Shock pelbagai jenis Model dan harga dari Halaman Jualan G-shock

0 comment... add one now