Showing posts with label Info Kerjaya. Show all posts
Showing posts with label Info Kerjaya. Show all posts

Senarai semak Harga King safety Shoes

on Thursday, 19 January 2017

King salah satu jenama yang tidak asing lagi untuk keperluan PPE.

Antara produk keselamatan yang dihasilkanj adalah dari safety helmet,safety eyeware ,sarung tangan hinggalah yang paling popular adalah dari pengeluaran kasut keselamatan yang kebanyakan syarikat perindustrian berat memilihnya.

Jadi disini saya serta kan katalog dan senarai harga yang terbaik pernah saya perolehi dari pengedar kasut berjenama king ini...




Anda boleh juga menyemak harga pada halaman jualan untuk mengetahui tawaran terkini daripada mereka...



Senarai semak harga safety boot

on Tuesday, 17 January 2017

Tahun baru lembaran baru. Kebanyakan syarikat-syarikat kejuruteraan akan mengeluarkan peruntukan untuk personal protection equipment (PPE).

Antara yang paling ketara adalah kasut keselamatan atau lebih dikenali sebagai safety boot.

Untuk peruntukan safety boot kebiasaanya adalah bergantung kepada jenis industri yang dijalankan.

Kebiasaanya untuk syarikat yang sederhana besar, mereka sudah punyai peruntukan yang paling sesuai untuk setiap pekerja. Kemunkinan besar budget mereka adalah dalam sekitar RM 80 hingga RM150,Setahun. 

Jadi untuk pekerja, majikan mereka pasti akan memberi sedikit panduan untuk penjagaan kasut mereka supaya tidak mudah rosak.

Dari cara pemakaian, Hinggalah pembersihan yang patut dititik berat kan oleh mereka.Dan selebihnya terpulanglah kepada mereka untuk bagai mana memelihara safety boot mereka.

Okeh sekarang untuk anda yang punyai budget lebih atau memang boleh beli dulu claim kemudian .. Anda pasti nak survey Safety boot terbaik, Atau paling kurang pun kalau nak tukar lampu dekat jusco pun masih boleh bergaya, Anda boleh lah survey dari halaman jualan Kasut Safety dari LAzada.

Banyak pilihan malah ada juga yang punyai potongan harga dan hadiah percuma yang pasti menarik perhatian anda..

Anda bolehg survey dari - Lazada Best deal Safety boot.


Antara tawaran menarik  yang ada pada halaman jualan 
safety boot .


Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

on Friday, 1 January 2016

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Pada penghujung bulan ini atau selewatnya akhir tahun diwartakan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 akan dijalankan.

Seperti peperiksaan yang lepas , Jumlah calon perperiksaan akan sentiasa bertambah.  Mengikut maklumat tersebut aini adalah satu pertunjuk positif untuk ramai lulusan pengajian ingin berkhidmat untuk rakyat sekaliannya.

Antara satu syarat untuk menjawat, Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 anda haruslah menduduki exam dan seterusnya PERLU LULUS dalam peperiksaan sebelum dipangil untuk sesi temudaga.

ANTARA CONTOH SOALAN

Contoh Soalan: (SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM )

1. Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, kecuali

A menangani kos sara hidup.
B mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan.
C memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman.
D meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.

Jawapan: B

2. Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) merupakan bantuan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada -

I kanak-kanak.
II balu askar dan polis.
III orang kelainan upaya.
IV mangsa bencana alam.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Jawapan: A

Contoh Soalan: (SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH  )

1. Petak A dan C berbentuk segi empat sama dan keluasan petak C adalah 1/4 daripada keluasan petak A.

Sekiranya lebar petak B adalah 7 meter, hitung keluasan petak B.

A 105m2
B 125m2
C 230m2
D 245m2

Jawapan: A

Teknik menjawab:
Petak C = 1/4 daripada keluasan bilik A
Petak C = 1/4 * (10 * 10)
 =25 m2
Panjang Petak B = panjang petak A + panjang petak C
 = 10 + 5
 = 15 m
Luas petak B = 15 * 7
 = 105 m2

Berikut merupakan contoh - contoh soalan yang  akan dikeluarkan. Oleh itu jika anda berminat untuk mendapatkan review copy atau Rujukan penuh , 





Contoh Soalan Peperiksaan Pereka Julai 2015

on Saturday, 25 July 2015

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengeluarkan panggilan peperiksaan sesi hujung bulan ini.

Ianya satu berita yang bagus selepas pengumuman kontroversi pembekuan ambilan kakitangan kerajaan.

Ianya untuk jawatan PEREKA.

Jika anda dipanggil, buat sehabis baik dan ini adalah
rujukan yang anda perlukan;


Contoh soalan Peperiksaan Pereka :

1.      Apakah elemen-elemen yang berkaitan dengan senilukis?

I.        Garisan
II.      Jalinan
III.    Warna
IV.    Citarasa


A.      I dan II
B.      I, II dan III
C.      II, III dan IV
D.     I, II, III dan IV


2.      Apakah unsur seni yang paling asas sekali?

A.      Jalinan
B.      Garisan
C.      Ruang
D.     Jalinan


3.      Apakah pernyataan yang paling sesuai untuk menggambarkan huraian mengenai garisan?

A.      Satu siri poin yang berhubung dengan poin yang lain.
B.      Gabungan titik ke titik yang disambungkan antara satu sama lain.
C.      Garisan dihasilkan dengan campuran pelbagai media untuk melukis.
D.     Ia terdapat di mana-mana sahaja seperti ciptaan manusia dan alam semulajadi.


4.      Berikan contoh objek buatan manusia yang mempunyai garisan KECUALI

A.      Kain songket
B.      Kertas kosong
C.      Jaring
D.     Penapis air
5.      Berikut ialah senarai objek semulajadi yang mempunyai garisan KECUALI

A.     Cermin
B.      Batu sungai
C.      Akar kayu
D.     Kulit pokok


6.      Secara umumnya, terdapat 12 jenis garisan yang ada dalam senilukis. Di antaranya ialah
I.        Garisan halus
II.      Garisan tebal
III.   Garisan berbelang
IV.   Garisan berbunga

A.     I dan II
B.      I, II dan III
C.      II, III dan IV
D.     I, II, III dan IV


7.      Apakah yang anda tahu mengenai fungsi garisan?

A.      Mewujudkan rasa
B.      Menampilkan bentuk
C.      Menampakkan objek

D.     Menonjolkan ruang

Nota Rujukan Peperiksaan Pereka Julai 2015

Nota 1 : Asas-asas / Elemen-elemen Seni Lukis
Terdapat beberapa elemen asas yang perlu diketahui dalam seni lukis seperti :
· Garisan
· Jalinan
· Warna
· Rupa Bentuk
· Ruang

Nota 2 : Garisan dan Kegunaannya
· Garisan merupakan unsur seni yang paling asas.
· Apa itu garisan?
o Merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.
o Dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.
o Terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.
§ Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia :-    
· Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak
· fabrik, jala, penapis   dan sebagainya.
§ Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi :
· Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat
· daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar,
· kulit kayu dan sebagainya
· Jenis-jenis garisan (12 jenis) :
o Halus
o Tebal
o Beralun
o Berpancar
o Berlingkar
o Berserabut
o Bersudut-sudut
o Bergerigi
o Berbiji
o Berbulu
o Putus-putus
o Berduri

· Fungsi garisan
o Menimbulkan rupa.
o Menimbulkan bentuk.
o Menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
o Mewujudkan ruang.
o Menghasilkan jalinan.
o Menghasilkan motif pada reka corak.
o Mewujudkan ton.
o Menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.

· Hubungan garisan, ton dan ruang :
o Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap.
o Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap.
o Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan menampakkan ruang yang hadapan.

· Penggunaan garisan dalam karya seni
o Lukisan
o Catan
o Anyaman
o Tenunan
o Kolaj
o Pualaman
o Arca
o Gurisan
o Cetakan
o Resis (batik / ikat celup)

Nota 3 : Apa Itu Jalinan dan Kegunaannya?

· Jalinan adalah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain.
· Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza.
· Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.
· 2 jenis jalinan
· Jalinan Sentuh
o Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang        
o Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya.
· Jalinan Tampak
o Merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.
· Terdapat beberapa fungsi untuk jalinan iaitu:
o Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang.
o Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut.
o Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding.
o Pengaliran air dan udara.

· Contoh karya berjalinan tampak :

o Gosokan
o Teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana permukaan kertas hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan.
o      Capan
o Kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada permukaan kertas.
o Ikat dan celup
o Menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki.
o Pualaman
o Menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.
o Batik
o Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya.
o Lukisan dan catan
o Menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan.

o Cara/Kaedah penghasilan karya berjalinan :
§ Anyaman
o Penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya.
§ Tenunan
o Jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh.
§ Sulaman
o Semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta kesan jalinan sentuh.
§ Kolaj
o Merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat  daripada bahan-bahan  seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain

Nota Penuh Rujukan Peperiksaan PEREKA

Nota 4 : Pengenalan : Rupa

o Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.
o Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.
o Jenis Rupa :
o Rupa Geometri
§ Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu


o Rupa Organik
§ Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya. Ia dihasilkan secara sepontan.


o Rupa Positif  - Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.
o Rupa negatif - Ruang di sekeliling rupa objek tersebut.
o Peranan rupa dalam aktiviti mencorak :
o Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ).
o Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu.

o Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif.
o Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu.
o Jenis-jenis susunan dalam mencorak :
o Susunan selang-seli
o Susunan turun separa
o Susunan batu-bata.
o Susunan orgee
o Susunan cerminan
o Susunan sisik ikan
o Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan.
o Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.
o Rupa dan Muka Taip :
o Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.
o Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.
o Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif ( tidak berekor).


Nota 5 : Apa Itu Bentuk dan Pengenalan

Apa itu bentuk? :
o Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)
o Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik.
o Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.
o Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.
Ciri-ciri bentuk adalah :
o Bersifat tiga dimensi (3D) - mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman
o Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna
o Boleh dilihat dari semua arah - mempunyai lebih dari satu permukaan
o Terdapat bayangan - mempunyai kesan cahaya dan bayang
Terdapat 2 jenis bentuk, iaitu :
o Bentuk Konkrit
o Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.
o Mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata).
o Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.
o Bentuk Ilusi
o Bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain
o Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi)
o Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
o Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.
Bentuk konkrit dibina melalui cara berikut :
o Garisan - anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai).
o Rupa - potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain (topologi)
o Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun, batu, kaca dan sebagainya.

Nota 6 : Pengenalan Ruang
o Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat pada jarak jauh.
o Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif.
o Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ktentuan pelukis.
o Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi melalui 3 cara iaitu :-
a. Perspektif 1 titik lenyap
b. Perspektif 2 titik lenyap
c. Perspektif 3 titik lenyap

Panduan menghasilkan lukisan :
o Perspektif 1 titik lenyap
o Perspektif 1 titik lenyap berpunca daripada satu arah (fokus) jauh dan menghilang. Objek akan menjadi besar apabila hampir dengan kita.
o Perspektif 2 titik lenyap
o Mempunyai 2 titik disebelah kanan dan kiri lukisan dan memfokuskan ke arah bahagian tengah yang menjadi bahagian terdekat atau paling hadapan.
o Perspektif 3 titik lenyap
o Biasanya digunakan semasa menghasilkan lukisan bangunan-bangunan yang tinggi

Untuk Maklumat Dan Nota Lanjut Anda boleh Layari  -

Nota Penuh Rujukan Peperiksaan PEREKA


Cara Membuat Tempahan Pakej Rahsia Bijak Temuduga

on Wednesday, 12 November 2014

Alhamdulilah anda sudah lulus peperiksaan SPA, Jadi untuk anda Tim infokerja telah menyediakan satu panduan untuk anda menghadapi temuduga kerajaan. Dengan panduan sebergini kemungkinan besar dapatlah anda membuat persedian yang secukupnya untuk menghadapi sesi Temuduga itu nanti.

Jadi Tanpa membuang masa anda bolehlah membaca  cara membuat tempahan pakej rahsia bijak temuduga.

1. Pergi ke laman Rahsia Bijak Temuduga dan tempah pakej ebook Rahsia Bijak Temuduga. Isikan emel anda di bahagian yang ditandakan dengan warna merah. Kemudian tekan butang “proceed to checkout”.
cara membuat tempahan pakej rahsia bijak temuduga
2. Isikan maklumat pada borang tempahan. Ruangan bertanda * wajib diisi dengan betul. Masukkan kod diskaun “ptd2014″ untuk mendapatkan potongan harga. Kemudian klik butang “apply coupon”.
Klik pada kotak di bahagian “payment information” dan klik butang “pay now” untuk membuat pembayaran.
cara membuat tempahan pakej rahsia bijak temuduga
3. Rujuk pada visual di bawah untuk melihat langkah ke 3. Ikuti langkah-langkah yang dipaparkan.
cara membuat tempahan pakej rahsia bijak temuduga
4. Pastikan anda sertakan bukti pembayaran yang diminta.
cara membuat tempahan pakej rahsia bijak temuduga
Terus ke laman Rahsia Bijak Temuduga untuk membuat tempahan.


Panduan Membeli Rujukan Perperiksaan Penguasa Kastam

on Friday, 29 August 2014

Ada juga yang bertanya bagaimana untuk Membeli Rujukan Perperiksaan Penguasa Kastam.

Untuk tidak membuang masa anda saya catatkan juga panduan bagaimana caranya untuk membeli.

Langkah Pembelian

STEP 1 of 4
Terus kelaman www.PenguasaKastam.com dan pilih pakej pilihan anda. Anda akan dibawa ke laman ini setelah pakej dipilih. Isikan EMAIL ANDA



STEP 2 of 4
Isikan maklumat anda di sini dan pilih mode pembayaran (BankTempatan /Kad Kredit)



STEP 3 of 4
Selepas klik 'PAY NOW', anda akan di bawa ke laman ini untuk maklumat bank. SIMPAN URL laman ini.

Setelah selesai pembayaran, kembali ke laman ini dan isikan BANK PILIHAN anda ketika pembayaran dan KLIK HANTAR

p/s Pastikan anda simpan bukti pembayaran (Slip transaksi/printscreen transaksi)

STEP 4 of 4
Selesai isi maklumat pembayaran di borang pada STEP 3, anda akan mendapat email dalam tempoh 3-5 minit. Semak email anda.

REPLY email tersebut dengan bukti pembayaran dan selepas itu Tim Infokerjaya akan buat semakan dan hantarkan akses dalam tempoh 24 - 48 jam


Bagaimana Mudahkan? Jadi usahah Berlengah lagi dapatkan rujukan Perperiksaan Penguasa Kastam ini untuk Persediaan Awal.


Name:
Email Address:


Buat persediaan secukupnya bermula sekarang dan apa yang paling penting adalah persediaan anda itu bukanlah persediaan rambang. Bersedia dengan rujukan dan panduan yang tepat. Didoakan agar cita-cita anda untuk menjawat jawatan Penguasa Kastam W41 ini menjadi kenyataan.



Contoh Soalan Perperiksaan Penguasa Kastam

on Wednesday, 27 August 2014

Telah diketahui umum 6 SEPTEMBER ini akan diadakan Peperiksaan online Pengusa Kastam.

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Justeru soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Penguasa Kastam, Gred W41.

 Rujukan Lengkap Perperiksaan Pengusa Kastam  

SUKATAN PEPERIKSAAN.

1. Ujian ini mengandungi dua seksyen iaitu:
i) Seksyen A – Pengetahuan Am
ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
iii) Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
iv) Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

Masa : 40 Minit
Bilangan Soalan : 50
Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan urusan perkastaman, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang
sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa.

Contoh Soalan:
1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia terletak di bawah
A Kementerian Kewangan.
B Kementerian Dalam Negeri.
C Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.
D Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan.

Jawapan: A

2. Manakah antara berikut yang telah diwartakan sebagai Pulau Bebas Cukai?

I Pulau Perhentian
II Pulau Langkawi
III Pulau Tioman
IV Labuan

A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV

Jawapan: D

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 Minit
Bilangan Soalan : 40
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

1. Urutan yang terakhir ialah rajah


2. Apakah nilai paling sesuai bagi A?



ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

1. Carta Bar berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara
yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac.



Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah meningkat sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 2/3 berbanding bulan
sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

A 160 orang
B 200 orang
C 400 orang
D 560 orang

Jawapan: A

Teknik menjawab:
Pelancong luar negara = 40/100 x 400
= 160
= 160 + 400
= 560
Pelancong tempatan = 2/3 x 600
= 400
Beza pelancong Bulan April = 560 – 400 = 160

Ini adalah antara CONTOH soalan yang akan dikemukan.

Persediaan Penuh Perperiksaan Pengusa Kastam

Untuk persediaan penuh, dicadangkan agar anda mendapatkan rujukan penuh yang disediakan oleh Tim Infokerjaya. Mereka telah membantu lebih 60,000 graduan dalam memasuki Skim Perkhidmatan Awam dengan rujukan dan panduan yang disediakan Untuk peperiksaan Akauntan, anda boleh mendapatkan rujukan penuh beserta contoh soalan di;


Name:
Email Address:


Buat persediaan secukupnya bermula sekarang dan apa yang paling penting adalah persediaan anda itu bukanlah persediaan rambang. Bersedia dengan rujukan dan panduan yang tepat. Didoakan agar cita-cita anda untuk menjawat jawatan Penguasa Kastam W41 ini menjadi kenyataan.

Panduan Peperiksaan online Pegawai Pembangunan Masyarakat

on Friday, 23 May 2014

Disini saya ada menjumpai Video bagaimana calon harus menjawab soalan dalam persedian Panduan Menduduki Peperiksaan Online SPA. Panduaan ini juga khas buat mereka yang mengambil Peperiksaan online Pegawai Pembangunan Masyarakat 27 Mei ini.


Oh ya jika anda memang benar - benar telah mendapat surat tawaran untuk menduduki perperiksaan ini anda patut mendapatkan Rujukan dan contoh soalan Peperiksaan online Pegawai Pembangunan Masyarakat daripada Tim Infokerja.

Dapatkan Segera


Harapan saya semoga anda lulus dalam perperiksaan kali ini.

Rujukan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

on Thursday, 22 May 2014


Exam Pegawai Pembangunan Masyarakat S41
Akan diadakan pada 27 MEI ini.

Semakan SPA telah dikeluarkan di laman SPA dan format perperiksaan  ini adalah peperiksaan ONLINE. Namun bergitu apa yang saya ketahui formatnya tetap sama.

Disini saya ada serba sedikit Contoh Soalan Perperiksaan

Format Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Peperiksaan ini mengandungi satu (a) bahagian iaitu Kecenderungan iaitu:

BAHAGIAN I - KECENDERUNGAN

Seksyen A - Pengetahuan Am

Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen C - Esei Bahasa Melayu

Seksyen D - Esei Bahasa Inggeris

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan bidang kerja
sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan
komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan
semasa didalam dan luar negara.

Masa : 40 minit
Bilangan Soalan : 50 soalan
Markah : 30


CONTOH SOALAN :

1. Dasar Sosial Negara mempunyai objektif utama seperti berikut kecuali

A menjana sinergi multisektor.
B berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik.
C membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.
D memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan
Sosial.

Jawapan : B

2. Klinik Nur Sejahtera LPPKN adalah sebuah klinik yang berkonsepkan kesejahteraan
yang merupakan satu inisiatif pihak LPPKN.
Perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Nur Sejahtera LPPKN ialah

I pengurusan menopaus.
II saringan kanser reproduktif.
III ujian makmal yang komprehensif.
IV perkhidmatan perancang keluarga.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

Jawapan : D

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan
menggunakan pendekatan seperti berikut:

(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
(iii) Konsep Matematik

(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih
jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.

(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon
dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi
memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.

(iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif
untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan
untuk berfikir secara kuantitatif.


Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40 soalan
Markah : 30

CONTOH SOALAN :

1. 30, 32, 36 , X , 60, 92

Apakah X?

A 38
B 40
C 44
D 48

Jawapan : C

2.
Rajah di atas menunjukkan satu nombor perpuluhan. Berapakah hasil tambah digit 3
dan 7 dalam nombor di atas?

A 300.7
B 30.7
C 3.07
D 3.7

Jawapan : C


Seksyen C – Esei Bahasa Melayu

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam
penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang
disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas


CONTOH SOALAN :

1. Gagasan 1Malaysia : Harapan baru rakyat Malaysia.
 Bincangkan.

2. Anda sebagai seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat. Jelaskan peranan anda
dalam membentuk kepimpinan kampung yang unggul.

Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam
penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang
disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas

CONTOH SOALAN :

1. Children learn best by observing the behavior of adults and copying it. Discuss.

2. What dangers are there for a society which depends on computer screens rather than
face-to-face contact for its main means of communication?

Persediaan Penuh Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Untuk persediaan penuh, dicadangkan agar anda mendapatkan rujukan penuh yang disediakan oleh Tim Infokerjaya. Mereka telah membantu lebih 60,000 graduan dalam memasuki Skim Perkhidmatan Awam dengan rujukan dan panduan yang disediakan Untuk peperiksaan Akauntan, anda boleh mendapatkan rujukan penuh beserta contoh soalan di;

Rujukan Lengkap Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41



Buat persediaan secukupnya bermula sekarang dan apa yang paling penting adalah persediaan anda itu bukanlah persediaan rambang. Bersedia dengan rujukan dan panduan yang tepat. Didoakan agar cita-cita anda untuk menjawat jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 ini menjadi kenyataan.

Pakej Rujukan Perperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27

on Thursday, 8 May 2014

Saya baru perasan tadi bahawasanya Perperiksaan PENOLONG PEGAWAI ARKIB S27, Akan diadakan pada 12 Mei 2014.
Bagai mana persiapan anda sebagai calon?. Sudahkah anda  bersedia, atau belum untuk menduduki perperiksaan ini. Jika belum, Tim Infokerjaya telah menyediakan bahan rujukan yang sesuai untuk dijadikan bahan panduan. Perperiksaan pada 12 MEI ini mengandungi dua format yang mengandungi 2 Seksyen sahaja;

- Seksyen A: Pengetahuan Am
- Seksyen B: Matematik & Penyelesaian Masalah

Untuk itu para calon yang sudah menerima surat pangilan terkini untuk perperiksaan sesi ini pada 12 Mei iaitu Penolong  Pegawai Arkib S27 segeralah mendapatkan panduan tersebut pada halaman Tim Infokerjaya.

Rujukan Perperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27



Salam Sukses Untuk Anda!



Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan W41

on Wednesday, 30 April 2014

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41 dicari oleh calon peperiksaan SPA yang dipanggil bagi jawatan Akauntan dalam masa terdekat. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sendiri ada mengeluarkan panduan umum untuk sesi peperiksaan ini tetapi ianya sangat asas. Bagi calon baru yang masih belum tahu format soalan peperiksaan Akauntan ini mungkin sangat membantu tetapi percaya atau tidak, contoh soalannya amat sedikit sekdar panduan umum calon. Kita akan kongsikan contoh soalan nanti, tetapi perlu diingat, ianya bukanlah soalan bocor peperiksaan Akauntan Gred W41 

Jawatan Akauntan W41 adalah jawatan yang diletakkan di bawah Jabatan Akauntan Negara (JANM). Mengikut rekod, tahun 2013, tiada peperiksaan ambilan jawatan ini. Kali terakhir sesi peperiksaan adalah pada tahun 2012. Jadi jika anda mendapat panggilan ke sesi peperiksaan ini, jangan lepaskan peluang kerana ini adalah peluang keemasan untuk anda menjawat jawatan Akauntan W41

Format Peperiksaan Akauntan Gred W41

Ujian ini mengadungi empat seksyen iaitu:
  • Seksyen A - Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
  • Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C - Esei Bahasa Melayu
  • Seksyen D - Esei Bahasa Inggeris
 

Tip Menjawab Soalan Akauntan W41


(a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Soalan-soalan tersebut, walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan tersebut.

(b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan, 4 opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1. Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji ke semua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

(c) Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alatulis-alatulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41


Contoh #1

Jualan Syarikat Teras Uji Sdn. Bhd. Bernilai RM871,421, kos barang yang dijual berjumlah RM465,651 dan kos operasi RM233,562.
Kirakan untung kasar bagi syarikat ini?  

Contoh #2

Syarikat Infokerjaya Resources Sdn. Bhd. Telah membeli sebuah kenderaan dengan kos perolehan sebanyak RM90,767.
Aset ini dijangka mempunyai nilai sisa berjumlah RM5,000 selepas 5 tahun. Kirakan jumlah peruntukan susut nilai selepas tiga tahun asset ini dugunakan dengan kaedah garis lurus?

Contoh #3

Pada 28 Julai 2013, Haji Yazid membeli barang niaga berharga RM4,300 secara kredit dengan syarat 10% 5 hari; 5% 10 hari.
Berapakah jumlah hutang yang perlu dibayar oleh Haji Yazid pada 3 Ogos 2013?  

Contoh #4

Manakah antara perkara berikut yang tidak diambil kira dalam menghitung susut nilai aset?
A. Kos Pembaikan
B. Harga Kos Belian
C. Nilai Skrap Aset
D. Jangka Usia Penggunaan Aset  

Contoh #5

8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

 A. 28
 B. 49
 C. 56
 D. 62  

Persediaan Penuh Peperiksaan Akauntan W41

Untuk persediaan penuh, dicadangkan agar anda mendapatkan rujukan penuh yang disediakan oleh Tim Infokerjaya. Mereka telah membantu lebih 60,000 graduan dalam memasuki Skim Perkhidmatan Awam dengan rujukan dan panduan yang disediakan Untuk peperiksaan Akauntan, anda boleh mendapatkan rujukan penuh beserta contoh soalan di;

 [+] Rujukan Lengkap Peperiksaan Akauntan W41  


Buat persediaan secukupnya bermula sekarang dan apa yang paling penting adalah persediaan anda itu bukanlah persediaan rambang. Bersedia dengan rujukan dan panduan yang tepat. Didoakan agar cita-cita anda untuk menjawat jawatan Akauntan W41 ini menjadi kenyataan.
 
© onlajer,Net All Rights Reserved
OnLajer