Showing posts with label Produk Elektrik. Show all posts
Showing posts with label Produk Elektrik. Show all posts

Muat turun katalog lampu Philips

on Tuesday, 14 February 2017

Okeh anda mewakili kontraktor atau pun individu yang mahu melakukan kerja - kerja pengubah suai atau dekorasi lampu .

Jika ia anda pasti perlukan katalog untuk dijadikan rujukan atau sebagai refrence kepada pelangan anda.

Jadi diblog ini saya siarkan katalog lampu philips yang anda boleh muat turun atau mencetaknya secara percuma .

Dan juga sertakan link untuk anda Survey harga pasaran -  lampu Philips

Benarkah Aircond York sekarang level cap ayam

on Wednesday, 11 January 2017

Artikel asal - Aircond murah

Di atas Ini adalah komen yang dihantar oleh pembaca. Beliau mendakwa Aircond York yang diedar pada masa kini tidak lah sebaik pada masa lalu.

Munkin ia dan munkin juga tidak. Saya perlukan lebih banyak feed back daripada pembaca yang telah mengunakanya. Lagi baik  jika orang yang memberi feed back adalah juruteknik yang membaiki aircond.  Itu sahaja..

Walaupun sudah beralih kepada Johnson control, namun bergitu jenama ini masih lagi mendapatkan sambutan disebabkan jenama yang sudah dikenali.

Pastinya mereka sedaya upaya cuba bersaing dengan jenama - jenama penghawa dingin yang lain.

Anda boleh menyemak disini untuk melihat Promosi terkini  mereka - York  Aircond..

Panduan Membeli Alat Penjimat Elektrik

on Wednesday, 14 September 2016

 Bil elektrik anda tinggi ! saya rasa anda patut mendapatkan Alat penjimat elektrik yang berada di pasaran.

Anda boleh juga survey di Lazada untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk anda beli.
Nasihat saya Cari yang punyai Review yang paling tinggi untuk anda membuat bandingan…

Dan selebihnya anda boleh tentukan nya sendiri mengikut Panduan bagaimana alat penjimat elektrik berfungsi..




APA ITU FAKTOR KUASA?
Faktor kuasa adalah satu angka atau peratus yang menggambarkan kecekapan sesuatu alat elektrik menggunakan kuasa elektrik. Kuasa masukan kepada sesuatu alat atau mesin elektrik tidak seratus peratus boleh diperolehi pada bahagian keluaran alat atau mesin tersebut. Sebahagian dari kuasa masukan tersebut akan digunakan atau hilang didalam alat atau mesin. Oleh itu kuasa keluaran mestilah kurang dari kuasa masukan dan ia digambarkan dengan angka 0 hingga 1.
Faktor kuasa maksima ialah 1. Ini bermakna 100% kuasa masukan boleh diperolehi sebagai kuasa keluaran. Alat-alat yang bersifat resistive tanpa apa-apa gelung didalamnya seperti mentol filamen, pemanas air, stereka elektrik selalunya mempunyai faktor kuasa 1.
Alat-alat yang mengandungi gelung iaitu bersifat induktif seperti cok, ballast, motor elektrik, alternator dan alatubah mempunyai faktor kuasa kurang dari satu. Ini disebabkan gelung memerlukan kuasa untuk mewujudkan medan magnet sebelum alat-alat tadi dapat berfungsi.
Faktor kuasa yang boleh diterima pakai oleh semua pihak iaitu pembekal kuasa dan pengguna serta pembuat barangan elektrik ialah tidak kurang dari 0.85.
JENIS – JENIS BEBAN
a. Beban Resistive
Beban jenis ini hanya mengandungi rintangan tulen didalamnya. Tiada gelung terdapat didalam alat ini. Selalunya beban resistive akan mengeluarkan haba atau cahaya atau kedua-duanya sekali. Tiada medan magnet dan tiada daya mekanikal terhasil. Contohnya lampu pijar, cerek elektrik, stereka elektrik dsb.
b. Beban Induktif
Beban induktif mempunyai gelung. Gelung digunakan untuk menghasilkan medan magnet dan seterusnya menghasilkan daya mekanikal. Kuasa diperlukan untuk menghasilkan medan magnet. Kuasa ini disebut juga sebagai Magnetizing power.
JENIS-JENIS KUASA
Jenis-jenis kuasa adalah seperti berikut:
a. Kuasa Sebenar
Kuasa sebenar kadang-kadang dipanggil juga sebagai real power, useful power atau active power. Unitnya adalah Watt atau Kilowatt (kW). Kuasa ini adalah kuasa yang dapat digunakan sebagai kuasa keluaran (output power).
b. Kuasa Ketara
Kuasa Ketara dipanggil juga sebagai Kuasa Samar atau Apparent Power. Ia adalah hasil darab voltan bekalan dengan arus talian tanpa mengambil kira apa-apa kehilangan atau ketidakcekapan oleh apa-apa sebab. Unitnya ialah VA atau biasanya dalam kVA (Kilo VA). Kuasa ini biasanya adalah kuasa masukan dan tidak semuanya boleh diperolehi sebagai kuasa keluaran.
c. Kuasa Reaktif
Kuasa Reaktif dipanggil juga sebagai Kuasa Regangan atau Useless power. Ini adalah kuasa yang diperlukan untuk mengujudkan medan magnet atau disebut juga sebagai Magnetizing power dan juga kuasa yang diperlukan untuk mengatasi regangan yang dihasilkan oleh gelung apabila diberikan bekalan arus ulangalik. Unit asasnya ialah VAR atau biasanya dalam kVAr.
Hubungkait diantara ketiga-tiga kuasa tersebut adalah secara vector seperti yang digambarkan dibawah:
BEBAN-BEBAN PENYEBAB FAKTOR KUASA RENDAH
a. Motor aruhan – terlebih saiz, beban rendah, putaran perlahan (4, 6, 8 kutub), motor lama dengan ruang udara besar (air gap)
b. Lampu discharge
c. Choke
d. Ballast
e. Gelong
f. Mesen pengimpal (welding set)
g. Alatubah
h. Rectifier
i. Thyristor drive / DC drive

KEBURUKAN FAKTOR KUASA RENDAH
1. Dikenakan denda oleh pihak pembekal elektrik (TNB) jika F.K kurang dari 0.85
2. Arus menjadi lebih tinggi
3. Kehilangan tembaga yang tinggi didalam kabel
4. Susut voltan yang ketara kepada kabel
5. Susut nilai kuasa (kVA) yang boleh dipergunakan dari alat ubah
6. Susut voltan berlebihan dibahagian sekunder alat ubah
7. Kehilangan tembaga yang banyak didalam alat ubah
8. Kos permulaan dan kendalian menjadi lebih tinggi
9. Merugikan pihak berkuasa bekalan (TNB)

PEMBETULAN FAKTOR KUASA
Pembetulan atau pembaikan faktor kuasa memerlukan pemasangan peralatan yang mempunyai ciri-ciri berlawanan dengan kuasa reaktif yang menjadi punca faktor kuasa rendah.
Cara yang paling mudah, murah dan praktikal ialah dengan pemasangan kapasitor bank. Kapasitor mempunyai ciri-ciri yang berlawanan dengan gelung. Gelung mempunyai ciri-ciri mengekor (lagging) manakala kapasitor mempunyai ciri-ciri mendahului (leading).
Cara lain ialah dengan menggunakan motor segerak (synchronous motor), tetapi cara ini melibatkan kos yang tinggi dan senggaraan yang tinggi juga sebab banyak bahagian mekanikal yang berputar. Motor segerak hanya sesuai digunakan jika ia digunakan sebagai pengerak proses pengilangan dan sebagainya, dan dalam masa yang sama ia berfungsi untuk memperbaiki faktor kuasa.
Harga kapasitor bank tidaklah begitu tinggi berbanding dengan motor segerak dan ia adalah static dan tiada bahagian mekanikal yang berputar. Kos senggaraannya tersangat rendah dan mempunyai kecekapan yang tinggi. Kaedah ini digunakan di stesen janakuasa, pengubah dan juga pencawang -substation.

Kaedah inilah yang digunakan oleh pembuat alat penjimat elektrik di rumah, rumah kedai dan kilang untuk pepasangan domestik dan industri dengan hanya menggunakan kapasitor (high voltage capacitor). Fungsi kapasitor adalah untuk meninggikan faktor kuasa. Secara teorinya apabila faktor kuasa tinggi maka ia akan merendahkan arus begitulah sebaliknya. Komponen ini juga kita lihat dalam set lampu pendaflour dan kipas (tingkat daya kilas dan simpan cas) di rumah kita.


Okeh sekarang kita sudah tahu bagaimana alatan elektrik dan fungsi alat penjimatan elektrik .. Sekarang boleh lah kita survey - survey produk PenJimat Elektrik yang ada dipasaran.

Senarai Semak Harga Rice Cooker

on Monday, 8 August 2016

Pilihan Periuk Nasi Elektrik yang patut anda beli...?

Sebenarnya apabila anda mahu membeli sebuah periuk nasi elektrik anda haruslah memikirkan berberapa pekara utama.

Jimat elektrik?
Tahan Lama?
Masak dengan sempurna?

Sebagai contoh seperti jenama yang kita ingin beli, Kapasiti, jaminan selepas jualan dan yang paling penting berapa kah harga seunit periuk nasi idaman hati.

Dibawah ini adalah antara senarai semak  Harga periuk nasi elektrik yang berada dipasaran.

Walaupun kebiasaan kita akan membelinya dari kedai - kedai perkakas elektrik tetapi kita boleh sahaja menyemak nya di ---> EZ BUY RICE COOKER...

Anda boleh bukan sahaja mendapat maklumat tentang harga malah segala maklumat tentang jaminan, tawaran dan gambaran penuh ada disana, Jadi apa tunggu lagi layari lah...

---> EZ BUY RICE COOKER <--- a="">


Mudahnya alat perangkap nyamuk terbaik ini

on Tuesday, 3 May 2016

Murahnya alat perangkap nyamuk terbaik ini.

Musim panas ... Sudah lah resah gelisah dengan bahang panas.. Ditambah pula dengan gatal - gatal di betis dan kaki angkara nyamuk menari - nari..

Solusinya esok hari anda kenalah kemas - kemas  kawasan pesekitaran anda..

Buang benda - benda yang tidak diperlukan
..
Pasang ubat nyamuk atau kelambu.

Dan dari saya benda yang paling mudah gunakan Perangkap nyamuk elektrik..



Cari Voltage 24VAC dan semestinya jimat tenaga..

Alat perangkap nyamuk seperti ini bagus disebabkan tiada bau, tiada bahan kimia dan boleh dibawa kemana sahaja , selagi punyai bekalan kuasa..

Untuk maklumat lanjut sila layari EZ buy - Mosquito Fly Bug Insect Trap Night Lamp Killer 



Lazada Malaysia

Blender Mini terbaik di Asia

on Friday, 8 April 2016

Assalamualaikum... ..Pagi jumaat ini sengaja nak tunjuk satu produk untuk rakan - rakan niaga tepi jalan... Ataupun untuk peniaga di kiosk - kiosk minuman.. (yang tak niaga pun boleh ambil tahu)



Produk ini di beri Shake And take IT...
Jika untuk kegunaan sendiri boleh lah ... Lepas blend buah - buahan atau bancuhan perisa minuman botolnya boleh terus di bawa kemana - mana .

Tetapi untuk peniaga seperti kita kena lah tuang dekat gelas - gelas pelangan yang kita hormati...😀

Kelebihannya mini ini....
Kita tak penat untuk Shake air yang kita bancuh..
Boleh blend buah - buahan...
Dengan input 180watt.. Sekurang - kurang nya 5unit boleh diguna serentak untuk 1000watt genset...
Dan yang paling penting untuk masa terhad harga seunit adalah di bawah RM40...
Percuma dua botol pengisar...

Dari saya jika berminat anda boleh mendapatkan nya dari -----> Blender Mini terbaik di Asia

Tarif Elektrik 2014 - PenJimatan Daripada Dapur.

on Friday, 14 February 2014

Seperti yang telah diumumkan oleh TNB Tarif Elektrik 2014 akan dinaikan dengan kadar 15peratus daripada asal.

Untuk Tahun 2014 Rakyat digalakan berjimat cermat dan mengunakan tenaga elektrik dengan berhemah.

Antara penjimatan elektrik daripada dapur -

  1. Gantikan pembakar roti elektrik dengan mengunakan Kuali diatas dapur Gas
  2. Tidak Mengunakan Cerek elektrik untuk memasak air gunakan lah gas ,Cerek elektrik hanya diguna apabila ada tetamu yang datang.
  3. Tukar Peti sejuk yang mengunakan sistem inverter atau service peti sejuk lama anda supaya kebocoran getah pintu mahupun alat kawalan suhunya telah rosak dapat dibaiki .



Yeah dan paling utama apabila meningalkan dapur ialah tutup suis yang tidak digunakan untuk penjimatan elektrik yang berkesan!.


Sanwa Analog MultiTester

on Monday, 25 March 2013

Salah satu Multitester analog yang paling popular dipasaran dan dikalangan juruteknik adalah multitester daripada Sanwa model YX360TRF. Ada dijual dimana - mana kedai hardware khususnya kedai elektrik. Dengan mengunakan 2 biji bateri jenis AA multimeter ini sangat praktikal untuk juru letrik. Untuk Mengunakan multitester ini sentiasa peka kepada apa yang ingin anda lakukan sama ada anda C atau voltan DC atau anda ingin menguji ohm, jika anda gagal memastikan aras pedal yang sepatutnya kemungkinan besar multimeter ini akan meletup dan ada tidak dapat mengunakanya lagi.

Tips penjagaan dari saya,Jika tidak digunakan sentiasa laraskan pedal selain daripada  penunjuk ohm supaya kuasa bateri tidak habis atau tanggalkan batteri jika anda tidak selalu mengunakanya. Dan untuk menguji keberkesanan ohm anda boleh sahaja melaraskan pedal pada penunjuk x1 dan pegang pada kedua - dua bahagian probe mengunakan tangan Lihat sama ada penunjuk ohm menaik atau tidak jika tidak ini menunjukan multimeter anda masih lagi berkeadaan baik.

 Basic Features
■Drop shock proof meter
■ Null (zero center) meter ±5 / ±25 in DCV
■ High resistance up to 200MΩ with low voltage
■ Protective body cover
■ Capacitance, dB, Li measurement
Bandwidth : 30〜100kHz (AC10V)

Optional Accessories
hFE probe : HFE-6T
Clip adapter : CL-11, CL-15a, CL-DG3a, TL-8IC
High voltage probe : HV-10T

Safety
IEC61010-1 (EN61010-1) 2001-02 CAT.III
600V Max. / CAT.II1000VDC / 750VAC Max.

Source: Sanwa

p/s: Rupanya benda ini dipangil Multitester bukannya Multimeter

Yang Lain



Kyoritsu 3321A

on Tuesday, 19 March 2013


Insulation Tester " budak - budak tempat aku pangil "mega". Jenama yang biasa digunakan seperti kyoritsu. Mega ini biasanya mempunyai dua terminal wayer atau probe bagi menguji sesuatu alatan. Namun bergitu biasanya kegunaan dia hanyalah untuk menguji penebat sesuatu kabel atau wayar dari berlaku kebocoran. Tidak kiralah antara Life dengan neutral atau dari life ke earth mahupun neutral ke earth. Kebiasaanya alat ini digunakan apabila selesai proses pemasangan sesuatu pendawaian atau untuk menguji sebuah motor elektrik itu tidak berlaku kebocoran litar.

AC Voltmeter with linear, easy-to-read scales.
Auto discharge function; any charge stored in the circuit under test will be automatically discharged after testing.
Designed to meet IEC/EN 61010-1 CAT.III 600V, CAT.II 1000V
Color-coded scales for easy reading.
Back light function to facilitate working at dimly illuminated locations.
Test lead set with remote control switch.
Shoulder strap for hands free.




Amaran: Jangan memegang kedua - dua probe atau batang penguji jika anda tidak suka dengan kejutan elektrik yang melampau.

Kredit: 3321A

24H Timer

on Sunday, 2 September 2012

Assalamualaikum dah lama rasanya aku tidak mengeluarkan post yang bersangkut paut tentang elektrik. pada post yang terdahulu aku pernah mengeluarkan post kotak kawalan masa yang memerlukan banyak modal atau modifikasi yang mungkin merumitkan bagi orang yang tidak mempunyai latar belakang elektrik.

Jadi aku mencadangkan salah satu produk yang sesuai diguna di rumah plug socket 24jam. Plug ini sesuai diguna pada peralatan elektrik yang tiada timer off atau mode tidur. Benda yang patut dimiliki oleh para penjaga kewangan yang  ingin mengawal kos bil elektrik angkara socket - socket outlet yang tidak reti mematikan diri sendiri. Socket ini boleh didapati di kedai - kedai hardware dan dipasaraya yang berdekatan dengan anda.

Timer 24jam
-Voltan 240V
-Dail pengawal masa yang mudah ditetapkan
-Arus elektrik sehinga 13A (3kw) dan daya ketahanan lampu
  400W
-15 minit untuk setiap minima kawalan
 

Safety Breaker RCD Adaptor

on Tuesday, 31 July 2012


Assalamualikum fikiran aku melayang pada zaman mula-mula nak belajar hidup poket nipis dapur tak ada jadi water heater jenis spring adalah teman setia anda (boleh masak air buat kopi dan meggi) Alat yang perlu ada untuk rumah setiap rumah bujang dan budak - budak hostel. jika kantoi dengan warden hostel wajib kena rampas selama - lamanya. adui mana aku nak korek duit beli lagi ni. (zaman aku kalau nak beli kattle mak oi harga dia melampau lampau).

Mungkin pihak pengurusan menitik berat atas dua perkara satu kebakaran dan yang kedua renjatan elektrik. jadi pasal renjatan itulah yang aku nak cerita tentang satu alat yang dipangil Safety Breaker RCD Adaptor bahasa pasar tempat aku RCD plag. Apa fungsi plag ini? Fungsi RCD plag adalah mematikan arus elektrik apabila berlaku kebocoran arus elektrik kebumi istilah javanya short circuit, ada faham. Jadi alat ini bukan untuk membaling lipas atau cicak yang cuba mengorat anda ya.

Alatan apa dan dimana perlu mengunakan benda ini?. Sebenarnya alatan ini telah dimendatorikan oleh kebanyakan pihak pengurusan industri - industri perkilangan supaya semua alatan tangan seperti drill,grinder,vacuum dan sebagai haruslah melalui RCD plag ini supaya bekalan papan suis meraka tidak terganggu disebabkan berlakunya litar pintar daripada alatan tangan kita. (banyak cengkadak pulaklah kilang ini). Tapi untuk alatan rumah aku syorkan digunakan bersama cerek elektrik dan seterika yang pada pendapat aku kebanyakan kes-kes renjatan berlaku disebabkan kedua-dua alatan ini.

Dan dibawah ini aku copy dan paste kan spec dia

google copy
Type: Non-Latching
Operating Voltage: 230V AC
Current Rating : Fully Complies With BS1363
Rated Trip Current:   30mA
Trip Speed:        BS 7071 – 40ms
Contact Break Double Pole
Continues to Protect: With Lost Neutral & Pulsating
                 DC Earth Fault
Cable Capacity: 3 × 2.5mm²
Conforms To:   BS1363, BS7071
Dimensions (mm): Height 127, Width 60, Depth 70


Onlajer : Tempat aku lebih kurang RM80 tempat korang aku tak tahu.


Kotak kawalan Masa

on Saturday, 14 July 2012



Assalamualaikum dan salam sejahtera semoga kita tidak tergolong dari insan - insan yang rugi.  Entry hari ini aku nak tunjuk dekat korang litar schematic, Panel layout dan gambar yang berkait bagai mana kontraktor Elektrik membuat papan suis kawalan masa yang biasa digunakan pada lampu jalan yang selalu menerangi jalan - jalan raya yang anda lalui.

Komponen - komponen yang diperlukan
MCB
Contactor
24H Timer
Terminal Block
Selector switch
Panel box

Dan yang paling penting mesti ada wayer untuk membuat pendawaiannya cable 1.5mm.sq dan 2.5mm.sq sudah cukup memadai. Komponen - komponen ini bergantung pada jumlah lampu yang hendak dikawal.  Dan pemilihan panel box ia bergantung dimana anda ingin meletakan nya. Di sini aku mengunakan Metal encloser panel box . GW  ( W250 x H250 x D140) Kebisaan yang diguna untuk kawasan perindustrian. Dengan rajah dan gambar yang diberi bolehlah kiranya anda mengupah budak - budak elektrik untuk membinanya dengan kos yang paling minima.


Schematic

Panel Layout
Gambaran litar jenis direct on line yang mengunakan selector switch untuk mengawal lampu dengan mode auto (24h timer) dan manual (fungsi suis).


Pendawaian yang telah siap dilakukan



                                                                                                                                                                       Bagi menyahut seruan Pertanian bandar Fungsi kotak kawalan masa sesuai juga digunakan pada taman - taman bunga atau kebun sayuran untuk mengawal pump air bagi proses penyiraman , pengudaraan dan pencahayaan .



 
© onlajer,Net All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net .
OnLajer